settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan minum arak/wain? Adakah seorang Kristian berdosa jika dia minum arak/wain?

Jawapan


Beberapa ayat suci menggalakkan manusia supaya jangan minum arak (Imamat 10:9; Bilangan 6:3; Ulangan 14:26; 29:6; Hakim-hakim 13:4,7,14; 1 Samuel 1:15; Amsal 20:1; 31:4,6; Yesaya 5:11,22; 24:9; 28:7; 29:9; 56:12; Mikha 2:11; Lukas 1:15). Walau bagaimanapun, Kitab Injil tidak sepenuhnya menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengandungi alkohol. Kristian diarah supaya jangan menjadi mabuk (Efesus 5:18). Kitab Injil menyalahkan perbuatan mabuk dan kesan buruknya (Amsal 23:29-35). Kristian juga diarahkan supaya tidak membenarkan badan mereka dikawal oleh sesuatu yang bukan daripada Tuhan (1 Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19). Kitab juga menghalang seorang Kristian melakukan sesuatu yang boleh menyinggung perasaan Kristian yang lain atau menyebabkan mereka berdosa (1 Korintus 8:9-13). Mengikut prinsip-prinsip ini, maka adalah susah untuk menyatakan bahawa Kristian minum arak untuk memuliakan nama Tuhan (1 Korintus 10:31).

Yesus menukar air kepada wain. Nampaknya Yesus juga minum wain semasa kenduri (Yohanes 2:1-11, Matius 26:29). Dalam Perjanjian Baru, air tidak bersih. Tanpa kaedah sanitasi moden, air dicemari oleh bakteria, virus dan bahan-bahan lain. Keadaannya sama seperti yang berlaku di dunia ketiga sekarang. Oleh itu, ramai orang minum lebih banyak wain daripada air pada zaman Yesus memandangkan wain adalah lebih bersih dan sihat. Dalam 1 Timotius 5:23, Paulus menyuruh Timotius supaya jangan minum air sahaja (yang menyebabkan sakit perut) dan minum sedikit wain. Pada masa itu, wain diawet, tetapi tahapnya tidak seperti sekarang. Wain bukannya jus anggur tetapi juga tidak serupa dengan wain hari ini. Sekali lagi, Kitab juga tidak menghalang Kristian daripada minum bir, wain atau sebarang minuman yang mengadungi alkohol. Perbuatan minum alkohol itu bukan dosa. Apa yang salah ialah perbuatan mabuk dan ketagih arak yang patut dielakkan oleh Kristian (Efesus 5:18, 1 Korintus 6:12). Mengikut prinsip dalam Kitab Injil, adalah susah untuk berdebat dan mengatakan bahawa Kristian yang minum arak boleh menggembirakan Tuhan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan oleh Kitab Injil mengenai perbuatan minum arak/wain? Adakah seorang Kristian berdosa jika dia minum arak/wain?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries