settings icon
share icon
Soalan

Dapatkah doa yang berulang kali diterima, atau haruskah hanya sekali kita meminta?

Jawapan


Dalam Lukas 18:1-7, Yesus menggunakan satu perumpamaan untuk menegaskan kepentingan bertekun di dalam doa. Dia bercerita tentang seorang janda yang datang kepada seorang hakim yang tidak jujur meminta pertolongan terhadap seorang yang menentangnya. Disebabkan ketekunannya mememohon, hakim itu akhirnya bersetuju. Yesus mengajar tentang bertekun dalam doa. Sekiranya seorang hakim yang tidak jujur memberikan apa yang dengan tekun diminta oleh seorang yang inginkan keadilan, apakah Tuhan yang mengasihi kita “orang-orang pilihan-Nya” (ayat 7) tidak menjawab kita apabila kita berdoa? Perumpamaan ini bukan mengajar kalau kita berulang kali berdoa untuk sesuatu maka Tuhan mesti mengabulkannya. Itu kesilapan ramai orang. Mesejnya adalah Tuhan berjanji untuk membela orang kepunyaan-Nya, membenarkan mereka,memperbaiki kesalahan mereka, memberi keadilan kepada mereka dan melepaskan mereka daripada lawan mereka. Dia melakukan ini kerana keadilan-Nya, kekudusan-Nya dan kebencian-Nya terhadap dosa. Dia menjawab doa untuk mengotakan janji-Nya dan menyatakan kuasa-Nya.

Yesus memberikan satu lagi contoh tentang doa dalam Lukas 11: 5-12. Sama dengan perumpamaan hakim yang tidak jujur mesej Yesus dalam perumpamaan ini adalah tentang bertekun dalam doa. Sekiranya seseorang sanggup bersusah payah untuk memberi keperluan seorang sahabat, maka Tuhan lebih lagi mahu memberikan apa yang kita perlukan sebab tidak ada satu permintaan pun pun yang terlalu payah bagi Dia. Di sini juga tidak dikatakan kita akan menerima sekiranya kita terus meminta. Tuhan berjanji kepada anak-anak-Nya bahawa Dia akan memenuhi keperluan mereka, bukan kemahuan mereka. Tuhan lebih mengetahui keperluan kita daripada diri kita sendiri. Janji yang sama disebut dalam Matius 7:7-11 dan dalam Lukas 11:13, dan “pemberian yang baik” dijelaskan selanjut nya sebagai Roh Kudus.

Kedua-dua bahagian Firman Tuhan mendorong kita untuk tidak jemu-jemu berdoa. Tidak salah untuk berulangkali meminta perkara yang sama selagi apa yang anda minta berada dalam lingkungan kehendak Allah (1 Yohanes 5:14-15). Teruskan meminta sehingga Tuhan mangabulkannya atau membuang keinginan itu dari dalam hati anda. Kadangkala Tuhan membuat kita menanti jawaban kepada doa untuk mengajar kita bersabar. Kadangkala permintaan kita belum sesuai dalam waktu Tuhan. Kadangkala kita meminta sesuatu yang bukan kehendak Tuhan bagi kita dan Dia menjawab “tidak”. Doa bukan hanya kita menyatakan permintaan kita kepada Tuhan tetapi juga Tuhan menyatakan kehendak-Nya ke dalam hati kita. Teruslah meminta, mengetuk dan terus mencari sehingga Tuhan mengabulkan permohonan anda atau meyakinkan itu bukan kehendak-Nya bagi anda.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Dapatkah doa yang berulang kali diterima, atau haruskah hanya sekali kita meminta?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries