settings icon
share icon
Soalan

Bagaimana saya boleh menjadi seorang Kristian?

Jawapan


Langkah pertama untuk menjadi seorang Kristian adalah memahami erti “Kristian”. Perkataan “Kristian” berasal dari Kota Aniokhia pada abad pertama A.D (rujuk Kisah 11:26). Berkemungkinan pada mulanya istilah “Kristian” bermaksud penghinaan. Perkataan tersebut pada asasnya bermaksud “Kristus kecil”. Walaupun begitu, setelah berabad-abad lamanya, golongan yang mempercayai Kristis menggunakan istilah “Kristian” dan menjadikannya identifikasi bahawa mereka golongan pengikut Yesus Kristus. Definisi sederhana Kristian ialah pengikut Kristus.

Mengapa saya sewajarnya menjadi seorang Kristian?
Yesus Kristus mengatakan bahawa Dia “datang bukan untuk dilayani, tetapi untuk melayani dan ingin menyerahkan nyawaNya sebagai menebus orang” (Markus 10:45).

Timbul persoalan: mengapa kita harus ditebus? Penebusan merupakan pembayaran yang harus dijelaskan bagi membebaskan seseorang. Konsep penebusan sering kali digunapakai dalam penculikan, apabila seseorang diculik, dijadikan tebusan sehingga dibayar untuk membebaskannya.

Yesus Kristus menebus untuk membebaskan kita dari menjadi tebusan! Tebusan apa? Tebusan dosa dan konsekuensinya, kematian fizikal yang diikuti terpisah secara kekal dari Allah. Mengapa Yesus harus membayar tebusan ini? Kerana kita semua telah berdosa (Roma 3:23) dan kerana itu layak mendapat hukuman dari Allah (Roma 6:23). Bagaimana Yesus menebus kita? Dengan cara mati di kayu salib untuk membayar hukuman dosa kita (1Korintus 15:3; 2Korintus 5:21). Bagaimana kematian Yesus memadai untuk membayar dosa-dosa kita? Yesus merupakan Allah dalam imej manusia, Allah hadir ke dunia untuk menjadi salah seorang daripada kita sehingga Dia dapat mengenalpasti diri dengan kita dan mati bagi dosa-dosa kita (Yohanes 1:1,14). Sebagai Allah, kematian Yesus tidak ternilai, memadai membayar dosa seluruh dunia (1Yohanes 2:2). Kebangkitan Yesus setelah kematianNya membuktikan kematian itu suatu pengorbanan yang memadai, bahawa Dia berjaya mengatasi dosa dan kematian.

Bagaimana saya dapat menjadi seorang Kristian?
Ini bahagian yang paling bagus. Kerana Dia mengasihi kita, Allah memudahkan cara menjadi seorang Kristian. Anda perlu menerima Yesus sebagai Juruselamat Anda, menerima penuh KematianNya merupakan pengorbanan yang memadai untuk dosa-dosa anda (Yohanes 3:16), percaya sepenuhnya terhadap Dia satu-satunya Juruselamat (Yohanes 14:6; Kisah 4:12). Menjadi seorang Kristian bukanlah soal ritual, mengunjungi gereja atau mengamalkan pantang-larang. Menjadi seorang Kristian merupakan memiliki hubungan peribadi dengan Yesus Kristus. Hubungan peribadi dengan Kristus melalui iman, itulah yang menjadikan seseorang itu Kristian.

Adakah anda bersedia untuk menjadi seorang Kristian?
Jika anda bersedia untuk menjadi seorang Kristian dengan menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat anda, yang perlu dilakukan hanya percaya. Adakah anda memahami dan mempercayai bahawa anda telah berdosa dan layak dihukum oleh Allah? Adakah anda memahami dan mempercayai bahawa Yesus yang menanggung hukuman tersebut pada diriNya, dengan mati untuk menggantikan anda? Adakah anda memahami dan mempercayai bahawa kematianNya adalah pengorbanan yang memadai bagi membayar dosa-dosa anda? Jika anda menjawab Ya untuk ketiga-tiga soalan ini, Anda hanya perlu meletakkan kepercayaan terhadap Yesus sebagai Juruselamat anda. Terimalah Dia, dengan iman, percaya sepenuhnya terhadap Dia. Itu sahaja yang diperlukan untuk menjadi seorang Kristian.

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang “Saya telah menerima Kristus hari ini” di bawah.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimana saya boleh menjadi seorang Kristian?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries