settings icon
share icon
Soalan

Adakah neraka nyata? adakah neraka itu kekal?

Jawapan


Kenyataan tentang lebih tinggi peratusan orang yang percaya kepada kewujudan syurga berbanding yang percaya kepada kewujudan neraka merupakan satu perkara yang menarik. Namun menurut Alkitab, neraka itu nyata sama seperti syurga itu nyata. Alkitab dengan jelas mengajar bahawa neraka merupakan sebuah tempat ke mana orang-orang berdosa dihantar selepas kematian. Kita semua telah berbuat dosa terhadap Tuhan. Hukuman yang adil untuk dosa adalah maut (Roma 6:23). Disebabkan semua dosa dilakukan terhadap Tuhan (Mazmur 51:4), dan memandangkan Tuhan itu tidak terbatas dan bersifat kekal, maka hukuman untuk dosa, iaitu maut, haruslah bersifat tidak terbatas dan kekal. Neraka adalah kematian kekal tidak terbatas yang telah diakibatkan dosa kita.

Hukuman ke atas orang-orang berdosa dalam neraka digambarkan dalam Firman Tuhan sebagai “api kekal” (Matius 25:41), “api yang tak terpadamkan”, (Matius 3:12), “kehinaan dan kengerian yang kekal” (Daniel 12:2), tempat di mana “apinya tidak akan padam” (Markus 9:44-49), tempat “penyiksaan” dan “api” (Lukas 16:23-24), “hukuman kebinasaan selama-lamanya” (2 Tesalonika 1:9), tempat di mana “asap api yang menyiksa mereka itu naik ke atas sampai selama-lamanya” (Wahyu 14:10-11), dan “lautan api dan belerang” di mana orang berdosa “disiksa siang malam sampai selama-lamanya” (Wahyu 20:10).

Penghukuman orang-orang berdosa dalam neraka akan tiada hentinya seperti halnya dengan kenikmatan orang-orang percaya di syurga yang juga tiada hentinya. Yesus sendiri berkata penghukuman di neraka adalah kekal sama seperti dengan kehidupan di syurga adalah kekal (Matius 25:46). Orang-orang berdosa akan berada di bawah kegeraman dan murka Allah selama-lamanya. Semua yang berada di neraka akan mengakui kesempurnaan pengadilan Tuhan (Mazmur 76:9). Mereka akan tahu bahawa hukuman yang dikenakan ke atas mereka adalah adil. Mereka sendirilah yang harus dipersalahkan (Ulangan 32:3-5). Ya, neraka itu nyata. Ya,neraka merupakan tempat penyiksaan dan penghukuman yang akan berterusan selama-lamanya tanpa berhenti. Puji Tuhan kerana melalui Yesus, kita dapat mengelakkan diri kita daripada nasib malang dan kekal ini (Yohanes 3:16, 18, 36).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah neraka nyata? adakah neraka itu kekal?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries