Soalan
Adakah penyelamatan abadi berdasarkan Kitab Injil?
Jawapan
Apabila manusia mengetahui bahawa Yesus ialah Penyelamat mereka, mereka menjalin satu hubungan unik dengan Tuhan yang menjamin penyelamatan abadi mereka. Yudas 1:24 mengumumkan, “Allah, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela.” Kuasa Tuhan mampu melindungi orang yang percaya kepada-Nya daripada kejatuhan dan terpesong daripada kebenaran Tuhan. Adalah terpulang kepada Tuhan dan bukannya kita, sama ada kita boleh menyembah di hadapan-Nya dalam kemuliaannya. Penyelamatan abadi kita adalah keputusan Tuhan untuk melindungi kita, dan kita tidak berupaya untuk mengekalkan penyelamatan kita.
Tuan Yesus Kristus mengumumkan, “Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa.”(Yohanes 10:28-29b). Yesus dan Bapa Tuhan melindungi kita dengan baik dalam tangan mereka. Tiada sesiapa yang mungkin merampas kita daripada genggaman Bapa Tuhan dan Anak-Nya Yesus Kristus.
Efesus 4:30 memberitahu kita bahawa orang yang percaya adalah “dimeterai pada hari penyelamatan”. Jika orang yang percaya tidak mempunyai penyelamatan abadi, pemeteraian itu tidak akan kekal sampai hari penyelamatan, tetapi hanya pada masa berdosa, ajaran sesat atau ketidakpercayaan. Yohanes 3:15-16 memberitahu kita sesiapa yang percaya kepada Yesus Kristus akan “mempunyai kehidupan abadi”. Jika seseorang dijanjikan kehidupan abadi, tetapi kehidupan itu dirampas semula, maka kehidupan itu tidak abadi dari mula. Jika penyelamatan abadi tidak benar, maka jaminan kehidupan abadi di dalam Kitab Injil adalah palsu.
Hujah yang paling kuat menyokong penyelamatan abadi ialah Roma 8:38-39, “Aku yakin bahawa tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kematian mahupun kehidupan, baik malaikat mahupun penguasa lain di angkasa, baik hal-hal yang berlaku sekarang, mahupun pada masa yang akan datang; baik hal-hal yang di langit mahupun yang di bumi – tidak ada sesuatu pun di alam semesta yang dapat menghalang Allah mengasihi kita, seperti yang sudah ditunjukkan-Nya melalui Kristus Yesus, Tuhan kita!” Penyelamatan abadi kita adalah berdasarkan kasih Tuhan bagi mereka yang ditebus oleh-Nya. Penyelamatan abadi kita dibeli oleh Kristus, dijamin oleh Bapa Tuhan, dan dimeterai oleh Roh Kudus.
English
Adakah penyelamatan abadi berdasarkan Kitab Injil?