settings icon
share icon
Soalan

Siapakah yang telah mencipta Tuhan? Dari manakah datangnya Tuhan?

Jawapan


Seorang ateis bernama Bertrand Russell menulis dalam bukunya yang berjudul “Mengapa Saya Bukan Seorang Kristian”, sekiranya benar setiap perkara terdapat penyebabnya, maka Tuhan juga terdapat satu penyebab kepada kewujudan-Nya. Dia membuat kesimpulan bahawa sekiranya Tuhan memerlukan penyebab, maka Dia bukanlah Tuhan (dan sekiranya bukan Tuhan, maka tiada Tuhan). Soalan ini ialah satu pertanyaan yang lebih rumit sedikit berbanding dengan pertanyaan kanak-kanak yang berbunyi, “Siapakah yang telah mencipta Tuhan?” Seorang budak pun tahu bahawa tiada sebarang benda dihasilkan daripada sesuatu yang tidak wujud, maka sekiranya Tuhan itu merupakan “sesuatu”, maka Dia juga tentunya terdapat satu penyebab, bukankah begitu?

Soalan ini menjadi suatu persoalan yang mengelirukan kerana bermula daripada anggapan bahawa Tuhan Allah datang daripada sesuatu dan kemudian bertanya dari manakah tempat permulaan itu. Jawapan kepada soalan itu ialah soalan itu adalah tidak masuk akal. Pertanyaan sebegitu samalah dengan bertanya, apakah bau bagi warna biru? Warna biru bukannya terletak di bawah kategori benda-benda yang mengeluarkan bau, maka soalan itu sendiri sudah tidak betul. Dengan cara yang sama, Tuhan juga tidak dikategorikan di bawah kategori benda-benda yang dicipta, yang diwujudkan atau yang diakibatkan. Tuhan tiada penyebab dan Dia tidak dicipta. Dia sememangnya wujud.

Bagaimanakah kita dapat mengetahui semua ini? Baiklah, kita tahu bahawa tiada sebarang benda yang akan dihasilkan daripada sesuatu yang ‘tidak wujud’. Jadi sekiranya terdapat waktu di mana tidak ada apa-apa pun yang sudah wujud, maka pasti tidak akan ada apa-apa yang akan wujud. Tetapi hakikatnya, benda-benda memang wujud. Maka dengan itu, disebabkan tidak mungkin terdapat waktu di mana tidak ada apa-apa yang sudah wujud, sesuatu harus senantiasa ada (wujud). Sesuatu yang sentiada ada adalah Dia yang kita sebut sebagai Tuhan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Siapakah yang telah mencipta Tuhan? Dari manakah datangnya Tuhan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries