Soalan
Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?
Jawapan
Berita baik! Semasa kita cuba menjawab soalan ini, terdapat banyak perkara yang boleh kita ketahui mengenai Tuhan! Adalah baik bagi mereka yang mengkaji jawapan ini untuk membacanya sekaligus; kemudian mengimbas kembali dan membaca Kitab Injil untuk mendapat penjelasan lanjut. Merujuk kepada Kitab Injil adalah penting kerana tanpa kewibawaan daripada Kitab Injil, penjelasan hanya datang daripada pendapat manusia; dan hal ini selalunya tidak benar mengenai Tuhan (Ayub 42:7). Pernyataan mengenai ‘penting untuk kita cuba mengetahui Tuhan adalah satu pernyataan yang kurang tepat’! Kegagalan berbuat begitu akan menyebabkan kita membuat, mengejar dan menyembah tuhan palsu yang bercanggah dengan hasrat Tuhan (Keluaran 20:3-5).
Kita hanya boleh mengetahui segala yang Tuhan hendak dedahkan kepada kita. Salah satu sifat Tuhan ialah “cahaya”, hal ini bermakna Dia mendedahkan diri-Nya (Yesaya 60:19, Yakobus 1:17). Hakikat mengenai Tuhan mendedahkan diri-Nya tidak boleh diabaikan, agar kita tidak akan gagal mendapat rehat daripada Tuhan (Ibrani 4:1). Kejadian, Kitab, dan Firman menjadi manusia (Yesus Kristus) bagi membantu kita mengetahui Tuhan.
Biar kita mulakan dengan memahami bahawa Tuhan ialah Pencipta kita dan kita adalah sebahagian daripada ciptaannya (Kejadian 1:1, Mazmur 24:1). Tuhan mengatakan bahawa manusia dicipta menyerupai Tuhan. Manusia adalah di atas segala ciptaan lain dan diberi kuasa ke atas mereka (Kejadiaan 1:26-28). Penciptaan telah dicemarkan oleh “kejatuhan” tetapi hasil kerja Tuhan masih boleh dilihat (Kejadian 3:17-18, Roma 1:19-20). Dengan membayangkan kehebatan, kerumitan, keteraturan dan kecantikan penciptaan, kita akan dapat merasakan kehebatan Tuhan. Beberapa Nama Tuhan yang tertulis dalam kitab Injil boleh membantu kita memahami Tuhan. Contohnya:
Elohim – Yang kuat atau kekuasaan (Kejadian 1:1)
Adonai – Tuan atau bermakna hubungan antara Tuan dan pembantunya (Keluaran 4:10,13)
El Elyon – Paling tinggi atau yang paling kuat (Kajadian 14:20)
El Roi – Dia yang berkuasa dan melihat (Kejadian 16:13)
El Shaddai – Tuhan maha kuasa (Kejadian 17:1)
El Olam – Tuhan abadi (Yesaya 40:28)
Yahweh – TUAN “saya”, bermakna keabadian Tuhan (Keluaran 3:13,14)
Apabila kita mengkaji lebih lanjut mengenai sifat-sifat Tuhan; Tuhan adalah abadi, bermakna Dia tiada permulaan dan kewujudannya tidak akan berakhir. Tuhan tidak akan mati, tiada had (Ulangan 33:27; Mazmur 90:2; 1 Timotius 1:17). Tuhan tidak akan berubah, bermakna Dia tidak akan bertukar; maka Tuhan boleh diharap dan dipercayai dengan muktamad (Maleakhi 3:6; Bilangan 23:19; Mazmur 102:26,27). Tuhan tidak dapat dibandingkan, bermakna Dia adalah unggul; Dia adalah sempurna (2 Samuel 7:22; Mazmur 86:8; Yesaya 40:25; Matius 5:48). Tuhan tidak dapat diketahui sepenuhnya, bermakna Dia sangat mendalam dan tidak boleh dicari melebihi kefahaman manusia (Yesaya 40:28; Mazmur 145:3; Roma 11:33,34).
Tuhan adalah adil, bermakna Dia tidak pilih kasih (Ulangan 32:4; Mazmur 18:30). Tuhan adalah maha kuasa, bermakna kuasa-Nya tidak terhad; Dia boleh melakukan segala yang Dia mahu, tetapi perbuatan-Nya adalah berdasarkan sifat-sifatnya yang suci (Wahyu 19:6; Yeremia 32:17,27). Tuhan mengetahui segala-galanya termasuk sekarang, masa depan dan segala yang kita fikirkan; oleh sebab Dia mengetahui segalanya maka pengadilan-Nya betul (Mazmur 139:1-5; Amsal 5:21). Tuhan berada dimana-mana sahaja, dan hal ini bermakna Dia hadir di semua tempat, tetapi tidak bermakna Tuhan ialah semua benda (Mazmur 139:7-13; Yeremia 23:23).
Tuhan hanya satu, bermakna bukan sahaja tiada tuhan lain, tetapi juga hanya Dia yang dapat memenuhi keperluan hati kita, dan Dia sahaja yang boleh kita sembah (Ulangan 6:4). Tuhan adalah betul, bermakna Tuhan tidak akan berbuat salah; disebabkan kebetulan dan kesucian Tuhan maka dapatlah dosa kita diampuni, Yesus terpaksa menghadapi pengadilan daripada Tuhan semasa dosa kita diletakkan ke atasnya (Keluaran 9:27; Matius 27:45-46; Roma 3:21-26).
Tuhan adalah paling berdaulat, bermakna kedudukan-Nya adalah paling tinggi; semua ciptaannya tidak dapat mengubah tujuan Tuhan (Mazmur 93:1; 95:3; Yeremia 23:20). Tuhan ialah roh, bermakna Dia tidak dapat dilihat (Yohanes 1:18, 4:24). Tuhan ialah Triniti, bermakna Dia ialah tiga dalam satu, sama sifat, sama rata dalam kuasa dan kemuliaan. Tumpukan perhatian kepada perenggan pertama Kitab Injil yang menyatakan bahawa Tuhan adalah tunggal walaupun ia merujuk kepada tiga Individu – Bapa Tuhan, Anak Tuhan dan Roh Kudus (Matius 28:19; Markus 1:9-11). Tuhan ialah Kebenaran, bermakna Dia tidak bercanggah dengan sifat-sifat sendiri, Dia tidak akan merosot dan tidak akan menipu (Mazmur 117:2; 1 Samuel 15:29).
Tuhan adalah suci, bermakna Dia terpisah daripada segala perbuatan tidak moral dan membenci dosa. Tuhan murka terhadap dosa dan maksiat; api selalu melambangkan kesucian di dalam Kitab Injil. Tuhan dirujuk sebagai Api yang memusnahkan (Yesaya 6:3; Habakuk 1:13; Keluaran 3:2,4,5; Ibrani 12:29). Tuhan adalah rahmat – merangkumi kebaikan, belas kasihan dan kasih sayang Tuhan – kesemuanya menerangkan kebaikan Tuhan. Jika bukan kerana rahmat Tuhan,maka kita akan terus terpisah daripada semua sifat Tuhan. Nasib baik hal ini tidak berlaku, kerana Tuhan ingin mendekati kita secara individu (Keluaran 34:6; Mazmur 31:19; 1 Petrus 1:3; Yohanes 3:16; 17:3).
Semua ini adalah usaha-usaha yang sederhana untuk menjawap soalan yang sukar mengenai Tuhan. Kita semua digalakkan mencari kebenaran mengenai Tuhan (Yeremia 29:13).
English
Apakah sifat-sifat Tuhan? Bagaimanakah rupanya Tuhan?