Soalan
Mengapa saya harus percaya kepada sistem agama?
Jawapan
Definisi kamus untuk “agama” adalah “kepercayaan kepada Tuhan atau dewa yang disembah, yang biasanya dinyatakan dalam tingkah laku dan upacara; apa juga sistem kepercayaan, penyembahan dsb., kerap melibatkan kod etika.” Dalam definisi inilah Alkitab bercakap tentang “sistem agama” tetapi dalam banyak kasus, tujuan dan impak daripada “sistem agama” bukanlah sesuatu yang menyenangkan Tuhan.
Sistem agama manusia mungkin pertama kali muncul dalam Kejadian 11. Keturunan Nuh mengatur diri mereka untuk membangun menara Babel dan bukannya pergi memenuhi seluruh muka bumi seperti yang Tuhan telah perintahkan. Mereka berpendapat kesatuan mereka lebih penting daripada perhubungan mereka dengan Tuhan. Tuhan campurtangan dan mengacaukan bahasa mereka dan memecahkan sistem agama ini.
Dalam Keluaran 6 dan seterusnya, Tuhan memberikan satu sistem agama kepada bangsa Israel. Hukum Sepuluh, peraturan-peraturan berhubung Kemah Pertemuan dan sistem korban semuanya telah dimulakan oleh Tuhan dan perlu ditaati oleh orang-orang Israel. Penyelidikan lanjut dalam Perjanjian Lama memberi penjelasan maksud kepada agama ini iaitu untuk menuntun orang ke titik memerlukan seorang Penyelamat/messias (Galatia 3; Roma 7). Bagaimanapun, ramai yang tidak memahamim kenyataan ini sebaliknya telah menyembah peraturan dan upacara-upacara itu sendiri dan bukannya Tuhan.
Dalam sepanjang sejarah israel, banyak konflik yang telah dihadapi melihatkan konflik dengan sistem agama. Contoh-contoh termasuklah penyembahan kepada Baal (Hakim-Hakim 6; 1 Raja-Raja 18), Dagon (1 Samuel 5) dan Molokh (2 Raja-Raja 23:10). Tuhan mengalahkan semua pengikut agama-agama ini dan telah menyatakan kedaulatan-Nya dan kuatkuasa-Nya.
Dalam kitab-kitab Injil, orang-orang Farisi dan Saduki dilihat sebagai wakil-wakil semua sistem agama pada masa Kristus. Yesus terus-menerus menghadapi pengajaran palsu dan kemunafikan hidup mereka. Dalam surat-surat, terdapat sistem agama yang mencampurkan Injil dengan beberapa senarai perilaku dan upacara tambahan yang perlu dilakukan. Mereka juga berusaha meletakkan beban ke atas orang-orang percaya untuk berubah dan menerima agama Kristian dengan tambahan-tambahannya. Galatia dan Kolose memberi amaran berhubung agama-agama ini. Dalam kitab Wahyu, sistem agama akan mempunyai impak ke seluruh dunia apabila Anti-Kristus membangun satu agama sedunia.
Dalam banyak kasus, akibat daripada sistem agama adalah pemesongan daripada maksud Tuhan yang sebenar. Bagaimanapun, Alkitab ada juga bercakap tentang sistem orang-orang percaya yang merupakan sebahagian daripada rancangan-Nya. Tuhan memanggil kumpulan-kumpulan orang percaya ini sebagai “gereja”. Gambaran yang diberikan dalam Kisah Para Rasul dan Surat-surat menunjukkan bahawa gereja perlu mempunyai sistem dan saling bergantung. Penyusunan sistem ini membawa kepada perlindungan, penghasilan dan jangkauan keluar (Kisah 2:41-47). Dalam kasus gereja, ini lebih baik disebut sebagai satu “perhubungan yang tersusun”.
Agama merupakan usaha manusia untuk dapat bersekutu dengan Tuhan. Iman Kristian merupakan perhubungan dengan Tuhan disebabkan apa yang telah dilakukan-Nya bagi kita melalui pengorbanan Yesus Kristus. Tiada rancangan untuk mencapai Tuhan (Dia yang telah mencapai kepada kita – Roma 5:8). Tidak ada kesombongan (semua diterima oleh kasih karunis – Efesus 2:8-9). Tidak perlu ada konflik kepimpinan (Kristus adalah Kepala – Kolose 1:18). Tidak perlu ada prejudis (kita semua satu dalam Kristus – Galatia 3:28). Masalah bukan di dalam sistem dan penyusunan. Menumpu kepada peraturan dan upacara agama itulah masalahnya.
English
Mengapa saya harus percaya kepada sistem agama?