Soalan
Apa maksudnya Allah adalah Allah yang cemburu? (Keluaran 20:5; Ulangan 4:24)? Saya beranggapan cemburu itu salah (Galatia 5:20).
Jawapan
Penting bagi kita memahami bagaimana menggunakan perkataan cemburu. Penggunaan perkataan ini untuk menggambarkan Allah dalam Keluaran 20:5 agak berbeza dengan penggunaannya untuk menggambarkan dosa cemburu (Galatia 5:20). Semasa kita menggunakan perkataan cemburu, kita menggunakannya dalam definisi iri hati terhadap seseorang yang mempunyai sesuatu yang kita tidak miliki. Seseorang itu iri hati kepada seseorang yang lain kerana dia mempunyai kereta atau rumah mewah (barang). Ataupun mencemburui kemampuan atau keterampilannya (contohnya ketangkasan atletiknya). Contohnya seseorang mencemburui kekacakan atau kejelitaan orang lain.
Ketika kita mengamat-amati ayat ini, didapati bahawa Allah tidak cemburu ataupun iri hati disebabkan seseorang memiliki sesuatu yang Allah tidak miliki. Keluaran 20:4-5 menyebutkan, "Jangan buat patung bagi diri kamu, patung yang menyerupai apa-apapun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun, kerana Akulah Tuhan, Allah kamu, dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apapun…" Lihatlah dalam ayat ini Allah berfirman tentang cemburu kerana orang mengambil hak milikNya dan memberi kepada orang lain. Dalam ayat-ayat ini Allah berbicara tentang orang-orang yang membuat patung kemudian sujud menyembahnya, dan tidak menyembah Allah sebagaimana sepatutnya.
Penyembahan dan pelayanan semata-mata bagi Tuhan. Berdosa (sebagaimana diperingatkan Allah dalam perintah ini) jika beribadat atau melayani apa-apapun selain Dia. Disebabkan itu, secara ringkasnya, ini merupakan dosa ketika kita mengharapkan, atau cemburu, atau iri hati pada seseorang yang memiliki sesuatu yang tidak kita miliki. Semasa Allah menyebutkan Dia Allah yang cemburu, perkataan cemburu di sini digunakan secara berbeza. Yang dicemburui Allah ialah apa yang menjadi milikNya; ibadah dan pelayanan adalah milikNya dan hanya boleh diberikan padaNya.
Mungkin contoh praktik yang berikut ini membantu kita memahami perbezaannya. Sekiranya seorang suami melihat lelaki lain bermain mata dengan isterinya, dia berhak untuk cemburu kerana hanya dia sahaja boleh bermain mata dengan isteri.Cemburu seperti ini bukannya dosa. Sebaliknya, ini sesuatu yang wajar. Cemburu pada milik anda itu baik dan wajar. Cemburu menjadi dosa ketika menginginkan sesuatu yang bukannya milik anda. Ibadat, puji-pujian, hormat dan penyembahan milik Allah disebabkan hanya Dia layak menerima itu. Disebabkan itu merupakan hakNya untuk cemburu bagi ibadah, puji-pujian, hormat atau penyembahan diberi pada berhala-berhala. Inilah cemburu yang digambarkan oleh Rasul Paulus dalam 2 Korintus 11:2, "Aku mengambil berat tentang kamu, seperti Allah pun mengambil berat tentang kamu."
English
Apa maksudnya Allah adalah Allah yang cemburu? (Keluaran 20:5; Ulangan 4:24)? Saya beranggapan cemburu itu salah (Galatia 5:20).