Soalan
Adakah Allah mendengar/menjawab doa-doa orang berdosa/tidak percaya?
Jawapan
Yohanes 9:31 menyebutkan, "Kita mengetahui bahawa Allah tidak mendengar doa orang-orang berdosa, melainkan orang yang soleh dan yang melakukan menurut kehendakNya." Disebutkan juga bahawa, "satu-satunya doa yang Allah dengar daripada orang-orang berdosa ialah doa agar diselamatkan." Kesan daripada ayat-ayat Alkitab ini sebahagian orang percaya bahawa Allah tidak mendengar dan/atau tidak pernah ingin menjawab doa-doa daripada orang yang tidak percaya. Ayat-ayat Alkitab ini menunjukkan bahawa Allah mendengar dan menjawab doa-doa orang yang tidak percaya. 1 Yohanes 5:14-15 memaklumkan kita bahawa Allah menyahut doa-doa kita berdasarkan permintaan yang sesuai dengan kehendakNya ataupun tidak. Prinsip ini, berkemungkinan, dapat diterapkan pada orang tidak percaya. Jika mereka berdoa ke hadrat Allah menurut kehendakNya, tiada halangan bagi Allah untuk menjawab doa tsb memenuhi kehendakNya.
Menerusi analisa ayat-ayat ini, kebanyakannya berhubungan dengan doa. Dalam satu atau dua peristiwa, kita mendapati Allah mendengar rintihan hati (tidak disebutkan adakah seruan itu mengarah kepada Allah ataupun tidak). Dalam beberapa kes, didapati doa tersebut dikombinasikan dengan penyesalan. Namun, dalam kes yang lain, doa tsb hanyalah doa memohon berkat atau keperluan jasmani, lalu Allah menjawabnya, sama ada disebabkan kasihan mahupun menjawab permintaan ikhlas atau iman daripada mereka. Berikut merupakan beberapa bahagian daripada Alkitab yang berhubungan dengan doa orang tidak percaya.
Orang-orang Niniwe; Yunus :5-10; agar Niniwe terselamat daripada bencana.
Hagar dan Ismael; Kejadian 21:14-19; bukan semata-mata berdoa, namun rintihan hati demi anaknya yang hampir mati.
Ahab, 1 Raja-Raja 21:17-29; khususnya ayat 27-29; Ahab berpuasa dan meratapi nubuat Elia tentang keturunannya. Allah menjawab dengan tidak menjatuhkan malapetaka pada zaman Ahab.
Wanita dari daerah Tirus dan Sidon; Markus 7:24-30; agar Yesus membebaskan anaknya dari roh jahat.
Kornelius, seorang perwira Roma; Kisah Rasul 10, tidak disebutkan apakah doanya (Kisah 10:30) tetapi dia ditunjukkan jalan keselamatan.
Allah telah berjanji kepada semua orang (sama ada yang sudah diselamatkan atau belum) seperti dalam Yeremia 29:13: "Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati." Inilah yang berlaku dengan Kornelius dalam Kisah 10:1-6. Tetapi ada banyak janji berdasarkan konteks ayat-ayat tsb yang hanya berlaku di kalangan orang Kristian. Disebabkan orang Kristian telah menerima Yesus, kita dinasihatkan agar berani datang ke takhta anugerah untuk menerima pertolongan semasa kita memerlukannya (Ibrani 4:14-16). Kita dimaklumkan ketika memohon berdasarkan kehendak Allah, Dia mendengar dan memenuhi permintaan kita (1 Yohanes 5:14-15). Begitu banyak janji-janji lain bagi orang Kristian yang berkaitan dengan doa (Matius 21:22; Yohanes 14:13; 15:7). Jadi, ya, terdapat contoh contoh Allah tidak menjawab doa orang tidak percaya. Pada masa yang sama, berkat anugerah dan kemurahanNya, Allah turut campur tangan dalam kehidupan mereka demi menjawab doa.
English
Adakah Allah mendengar/menjawab doa-doa orang berdosa/tidak percaya?