settings icon
share icon
Soalan

Adakah Allah/Alkitab itu seksis?

Jawapan


Seksisme merupakan suatu gender, biasanya lelaki, mendominasi gender lainnya, biasanya perempuan. Alkitab mengandungi banyak rujukan pada perempuan yang dalam pemikiran moden kita dipengaruhi diskriminasi terhadap golongan perempuan. Adakah ini bermaksud Allah, dan disebabkan Alkitab itu seksis? Kita haruslah ingat bahawa ketika Alkitab menggambarkan tindakan, itu tidak bermaksud Alkitab menanggung tindakan tersebut. Alkitab menceritakan tentang lelaki memperlakukan perempuan tidak lebih daripada barang yang dimiliki, tetapi ini bukan bermakna Alkitab menyetujuinya. Malahan dalam contoh-contoh Alkitab memerintahkan perlakuan terhadap perempuan, itu bukanlah indikasi standard yang dikehendakiNya. Alkitab lebih memfokuskan untuk memperbaharui jiwa kita daripada sosial. Allah menyelami perubahan hati manusia akan menunjukkan perubahan tingkah lakunya.

Pada zaman Perjanjian Lama di seluruh dunia bersifat patriaki. Status sejarah tersebut agak jelas-bukan sahaja dalam Alkitab, namun peraturan sosial yang mengatur masyarakat seluruh dunia. Berasaskan sistem nilai moden dan pandangan manusia duniawi, hal tersebut disebut "seksis." Allah yang menentukan keseragaman dalam masyarakat, bukannya manusia, dan Dia lah sumber bagi prinsip-prinsip autoriti. Sungguhpun demikian, sama halnya dengan yang lain, manusia yang berdosa telah menganggu keseragaman ini. Hal ini menyebabkan ketidakseragaman dalam kedudukan lelaki atau perempuan di sepanjang perjalanan sejarahnya. Pengabaian dan diskriminasi yang terjadi dalam dunia bukanlah perkara baharu. Hal tersebut diakibatkan oleh kejatuhan manusia dan kemasukan dosa- yang merupakan pemberontakan menentang Allah. Oleh sebab itu, kita mendapati ada benarnya bahawa istilah dan amalan "seksisme" diakibatkan dari-produk dari- dosa umat manusia. Pewahyuan Alkitab secara progresifnya mengarah kita ke arah penyelesaian seksisme, dan juga kebiasaan berdosa umat manusia.

Demi memperoleh dan mempertahankan keseragaman rohani antara kedudukan autoriti yang telah ditetapkan oleh Allah, kita perlulah merujuk Alkitab. Perjanjian Baru merupakan penggenapan dari Perjanjian Lama, dan di dalamnya terkandung prinsip-prinsip yang memaklumkan jalur autoriti yang benar dan menyelesaikan dosa, penyakit seantero umat manusia, dan hal tersebut merangkumi diskriminasi gender.

Salib Kristus penyeimbang agung. Yohanes 3:16 menyebutkan, "Barangsiapa" dan ini merupakan pernyataan yang merangkumi kesemuanya dan tidak mengabaikan sesiapapun berdasarkan kedudukanNya dalam masyarakat, kemampuanNya berfikir atau gender. Kita turut memperoleh bahagian Alkitab dalam surat Galatia yang memaklumkan kesempatan yang sama rata bagi kita demi keselamatan. "Disebabkan kamu anak-anak Allah kerana iman di dalam Yesus Kristus. Disebabkan kamu semua, yang dibaptis (diidentifikasikan) dalam Kristus, telah mengenakan Kristus. Dalam hal ini tiada orang Yahudi ataupun Yunani,tiada hamba ataupun merdeka, tiada lelaki ataupun perempuan, disebabkan kamu bersatu dengan Yesus Kristus" (Galatia 3:26-28). Di salib tiada seksisme.

Alkitab bukannya seksis. Disebabkan Alkitab menggambarkan akibat dosa dengan tepat. Alkitab menyebutkan segala jenis dosa: pembulian dan perhambaan serta kegagalan pahlawan agung. Sungguhpun Alkitab turut memberi jawapan dan penyelesaian bagi dosa-dosa menentang Allah dan hukum-hukumNya yang sudah ditetapkan. Jawapan nya? Hubungan yang benar dengan Allah. Perjanjian Lama menjangkau ke depan pengorbanan paling agung, dan setiap kali pengorbanan untuk dosa berlaku, perkara itu mencerminkan akan keperluan perdamaian dengan Allah. Dalam Perjanjian Baru, "Anak domba yang menanggung dosa seisi dunia" dilahirkan, mati, dikuburkan dan dibangkitkan, kemudian dinaikkan ke tempatnya di syurga, dan di sana nanti Dia berdoa syafaat demi kita. Melalui kepercayaan terhadapNya, penyelesaian dosa ditemui dan hal itulah merangkumi dosa seksisme.

Pertuduhan seksisme terhadap Alkitab berasaskan ketidakfahaman tentangnya. Semasa lelaki dan perempuan menduduki taman yang telah ditetapkan oleh Allah dan hidup sesuai dengan "Demikianlah firman TUHAN,", akan wujudlah keseimbangan gender yang indah. Keseimbangan itu dimulakan oleh Allah dan akan diselesaikan olehNya juga. Terdapat banyak perhatian yang tidak layak diberikan pada produk-produk dosa dan bukannya punca dosa. Kecuali ketika berlakunya perdamaian peribadi dengan Allah menerusi TUHAN Yesus Kristus, maka kita memperolehi keseimbangan sejati. "Kamu akan mengenal Allah, Oleh itu kamu akan dibebaskan," (Yohanes 8:32).

Penting juga memahami perbezaan peranan yang ditentukan oleh Alkitab kepada lelaki dan perempuan bukan bersifat seksisme. Dengan jelasnya, Alkitab menyebutkan bahawa Dia menghendaki lelaki-lelaki memegang peranan sebagai ketua dalam gereja dan keluarga. Adakah ini merendahkan taraf perempuan? Tidak sama sekali. Adakah perempuan kurang bijak, kurang berkemampuan dan bertaraf rendah di sisi Allah? Tidak sama sekali! Yang dimaksud hal itu adalah dalam dunia yang penuh noda dosa, haruslah ada hukum-hakam dan autoriti. Allah telah menetapkan peranan autoriti demi kebaikan kita. Seksisme merupakan penyalahgunaan peranan-peranan tersebut….bukan kewujudannya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah Allah/Alkitab itu seksis?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries