Soalan
Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang ibu Kristian?
Jawapan
Menjadi seorang ibu merupakan peranan sangat penting yang dipilih Tuhan untuk diberikan kepada ramai wanita. Seorang ibu Kristian diarahkan untuk mengasihi anak-anaknya (Titus 2:4-5) supaya jangan sampai nama Tuhan dan Penyelamat dihujat orang.
Anak-anak merupakan pemberian Tuhan (Mazmur 127:3-5). Dalam Titus 2:4, perkataan Yunani phileoteknos muncul sebagai merujuk kepada ibu-ibu yang mengasihi anak-anak mereka. Perkataan ini bercakap tentang sejenis “kasih ibu” yang istimewa. Perkataan itu memberi pengertian tentang memperhatikan anak-anak, memupuk, memeluk dengan sepenuh perasaan, memberikan keperluan dan menjadi sahabat lemah lembut kepada setiap anak yang merupakan pemberian unik daripada Tuhan.
Ada beberapa perkara yang diperintahkan dalam Firman Tuhan tentang ibu-ibu Kristian:
Kelapangan masa – pagi, tengahari, dan malam (Ulangan 6:6-7)
Penglibatan – berinteraksi, berbincang, berfikir, dan memproses kehidupan bersama-sama (Efesus 6:4)
Mengajar – Firman Tuhan dan sudut pandangan Alkitabiah tentang dunia (Mazmur 78:5-6; Ulangan 4:10; Efesus 6:4)
Melatih – membantu seorang anak membentuk kemahiran dan menemukan kekuatannya (Amsal 22:6) dan kurniaan-kurniaan rohani (Roma 12:3-8 dan 1 Korintus 12)
Disiplin – mengajar tentang takut akan Tuhan, menetapkan sempadan benar-salah, boleh-tidak boleh secara konsisten, pengasih, bertegas (Efesus 6:4; Ibrani 12:5-11; Amsal 13:24; 19:18; 22:15; 23:13-14; 29:15-17)
Memupuk – memberikan suasana sokongan lisan yang berterusan, kebebasan untuk berbuat kesilapan dan gagal, penerimaan, perasaan kasih sayang, kasih yang tidak bersyarat (Titus 2:4; 2 Timotius 1:7; Efesus 4:29-32; 5:1-2; Galatia 5:22; 1 Peter 3:8-9).
Teladan dengan ketulusan – melakukan apa yang anda katakan. Menjadi teladan yang dapat dipelajari seorang anak dengan membantu anak “menangkap” inti kepada kehidupan yang beriman (Ulangan 4:9, 15, 23; Amsal 10:9; 11:3; Mazmur 37:18, 37).
Alkitab tidak pernah berkata bahawa setiap wanita harus menjadi seorang ibu. Bagaimanapun Alkitab berkata kepada sesiapa yang telah diberkati Tuhan untuk menjadi seorang ibu, haruslah mengambil tanggungjaawab itu dengan serius. Ibu-ibu mempunyai peranan unik dan sangat penting dalam kehidupan anak-anak mereka. Menjadi ibu bukan satu rutin atau kerja yang tidak menyenangkan. Sebagaimana seorang ibu membawa anak sewaktu mengandung, menjaga dan memelihara anak sewaktu masih bayi, maka ibu-ibu akan terus memainkan peranan yang berterusan dalam kehidupan anak-anak mereka, samada sewaktu remaja, belasan tahun, pemuda-pemudi, ataupun orang dewasa yang sudah mempunyai anak-anak mereka sendiri. Peranan ibu berubah dan berkembang, namun kasih, pemeliharaan, pemupukan, dan dorongan seorang ibu tidak akan pernah berakhir.
English
Apakah yang dikatakan Alkitab tentang seorang ibu Kristian?