settings icon
share icon
Soalan

Bolehkah Kristian kehilangan keselamatan?

Jawapan


Sebelum pertanyaan ini dijawab, istilah "Kristian" haruslah terlebih dahulu didefinisikan. Seseorang "Kristian" bukanlah seseorang yang berdoa atau ke gereja, atau dibesarkan di dalam keluarga Kristian. Walaupun setiap hal ini boleh menjadi sebahagian daripada pengalaman Kristian, semuanya bukanlah yang "menjadikan" seseorang itu Kristian. Seseorang itu dengan imannya telah menerima dan mempercayai Yesus Kristus sebagai satu-satunya Juruselamat (Yohanes 3:16; Kisah 16:31; Efesus 2:8-9).

Dengan mengingati definisi ini, mampukah seseorang Kristian kehilangan keselamatan? Mungkin cara terbaik untuk menjawab persoalan ini dengan menganalisis sesuatu berdasarkan Alkitab semasa keselamatan, dan mempelajari apa yang menyebabkan hilangnya keselamatan. Berikut beberapa contoh:

Seseorang Kristian merupakan ciptaan baharu. "Barangsiapa yang berada dalam Kristus adalah ciptaan baharu; yang lama telah berlalu, sesungguhnya yang baharu telah datang (2 Korintus 5:17). Ayat ini menyebutkan tentang seseorang yang menjadi ciptaan baharu sebagai hasilnya berada "dalam Kristus". Untuk menyebabkan seseorang Kristian kehilangan keselamatan, ciptaan baharu ini harus dihapuskan.

Seseorang Kristian ditebus. "Disebabkan kamu mengetahui bahawa kamu telah ditebus daripada cara hidupmu yang sia-sia, yang diwarisi dari nenek moyang, bukan dengan barang yang fana, bukan dengan perak atau emas, melainkan darah yang mahal, darah Kristus yang sama dengan darah anak domba yang tidak berdosa dan sempurna (1 Petrus 1:18-19). Perkataan "ditebus" merujuk pada pembelian yang dilakukan, harga yang ditebus. Bagi seseorang Kristian kehilangan keselamatannya, Allah sendiri yang harus membatalkan pembelian tersebut dengan darah Kristus yang berharga itu.

Seseorang Kristian dijanjikan hidup kekal. "Kerena begitu besar kasih Allah akan dunia ini, sehingga Ia telah mengurniakan Anak-Nya yang tunggal, supaya setiap orang yang percaya kepada-Nya tidak binasa, melainkan beroleh hidup yang kekal” (Yohanes 3:16). Hidup kekal merupakan janji kekekalan bersama Allah di syurga. Janji Allah, "“percayalah dan engkau akan beroleh hidup kekal.” Bagi seseorang Kristian yang kehilangan keselamatan, hidup kekal haruslah diambil semula. Jika mereka dijanjikan hidup selama-lama, mustahil Allah melanggar janjiNya dengan mengambil semula hidup kekal itu?

Seseorang Kristian dijamin untuk dimuliakan. “Dan mereka yang ditentukan-Nya dari semula, mereka itu juga dipanggil-Nya. Dan mereka yang dipanggil-Nya, mereka itu juga dibenarkan-Nya. Dan mereka yang dibenarkan-Nya, mereka itu juga dimuliakan-Nya.” (Roma 8:30). Sebagaimana dipelajari menerusi Roma 5:1, pembenaran dinyatakan semasa percaya. Menurut Roma 8:30, kemuliaan dijamin bagi semua yang dibenarkan Allah. Kemuliaan orang Kristian menerima tubuh kebangkitan yang sempurna di syurga. Jikalau umat Kristian hilang keselamatan, Roma 8:30 silap, disebabkan Allah tidak menjamin kemuliaan bagi semua yang ditentukanNya, dipanggil dan dibenarkan.

Masih banyak ilustrasi tentang hal yang berlaku semasa keselamatan yang dapat diberikan. Tetapi beberapa hal jelasnya tidak mungkin bagi umat Kristian kehilangan keselamatan. Kebanyakan mereka, jika tidak semua, yang disebut Alkitab berlaku kepada orang Kristian semasa dia menerima Yesus Kristus sebagai Juruselamat, akan terbatal jikalau keselamatan boleh hilang. Seseorang itu tidak boleh batal daripada menjadi ciptaan baharu. Penebusan tidak boleh dibatalkan. Hidup kekal tidak boleh hilang dan tetap bersifat kekal. Jika seseorang itu kehilangan keselamatan, Allah harus memungkiri kata-kataNya dan mengubah fikiranNya, dua perkara yang berdasarkan Alkitab tidak pernah dilakukan Allah.

Pemberatan paling umum tentang kepercayaan bahawa orang Kristian tidak boleh kehilangan keselamatan ialah: (1) bagaimana dengan umat Kristian yang sentiasa hidup tidak bermoral? -dan -(2) bagaimana dengan umat Kristian yang di kemudian hari menolak iman dan Kristus? Masalah dengan pemberat-pemberat ini adalah kesimpulan bahawa mereka "adalah Kristian". (1)Alkitab menyebutkan bahawa umat Kristian sejati tidak akan sentiasa hidup tidak bermoral (1Yohanes 3:6). (2) Alkitab menyebutkan bahawa seseorang yang mengabaikan iman bermaksud dia belum menjadi Kristian betul-betul (1 Yohanes 2:19).

Tidak, umat Kristian tidak boleh kehilangan keselamatannya. Tiada yang dapat memisahkan orang Kristian dari kasih Allah(Roma 8:38-39). Tiada yang dapat memisahkan orang Kristian dari tangan Allah(Yohanes 10:28-29). Allah bersedia dan mampu menjamin serta melindungi keselamatan yang telah dikurniakanNya buat kita. Yudas 24-25. "Bagi Dia, yang berkuasa menjaga supaya jangan kamu tersandung dan yang membawa kamu dengan tak bernoda dan penuh kegembiraan di hadapan kemuliaan-Nya, Allah yang esa, Juruselamat kita oleh Yesus Kristus, Tuhan kita, bagi Dia adalah kemuliaan, kebesaran, kekuatan dan kuasa sebelum segala abad dan sekarang dan sampai selama-lamanya. Amin.”

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bolehkah Kristian kehilangan keselamatan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries