Soalan
Apakah pandangan Kristian terhadap orang psikik?
Jawapan
Alkitab sangat mengecam spiritisme, kedukunan, okultisme dan psikik (Imamat 20:27; Ulangan 18:10-13). Horoskop, kad tarot, astrologi, peramal nasib, pembacaan telapak tangan dan bercakap dengan orang mati termasuk dalam kategori ini juga. Amalan ini didasarkan pada konsep bahawa adanya dewa-dewa atau roh-roh, atau roh orang yang dikasihi yang telah mati yang boleh memberikan nasihat dan bimbingan. “Dewa-dewa: atau “roh-roh” ini adalah roh-roh jahat (2 Korintus 11:14-15). Alkitab tidak memberikan kita alasan untuk mempercayai orang-orang yang mati dapat menghubungi kita. Sekiranya mereka sudah menjadi percaya maka mereka sekarang berada di syurga dan sedang menikmati persekutuan yang indah dengan Tuhan. Sekiranya mereka bukan orang yang percaya maka mereka berada dalam neraka menderita penghukuman yang tiada hentinya sebab mereka telah menolak kasih Tuhan dan memberontak terhadap-Nya.
Jadi, jika orang yang kita kasihi tidak boleh menghubungi kita, bagaimana pula dukun dan peramal mendapatkan maklumat yang tepat seperti itu? Ada banyak pendedahan penipuan para psikik. Telah terbukti bahawa mereka boleh memperoleh sejumlah besar maklumat mengenai seseorang melalui cara biasa. Kadang-kadang dengan hanya menggunakan panggilan pengenalan melalui nombor telefon dan pencarian internet seorang psikik akan mendapat nama, alamat, tarikh lahir, tarikh perkahwinan, ahli keluarga dsb. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa para psikik kadangkala mengetahui perkara-perkara yang mustahil mereka ketahui. Di manakah mereka mendapatkan maklumat ini? Jawabannya adalah daripada Iblis dan roh-roh jahat “ Hal itu tidak usah mengherankan, sebab Iblis pun menyamar sebagai malaikat Terang. Jadi bukanlah suatu hal yang ganjil, jika pelayan-pelayannya menyamar sebagai pelayan-pelayan kebenaran. Kesudahan mereka akan setimpal dengan perbuatan mereka.” (2 Korintus 11:14-15) Kisah 16:16-18 menjelaskan tentang seorang peramal nasib yang mempu meramal masa depan sehingga Paulus mengusir roh jahat keluar daripadanya.
Iblis berpura-pura baik dan suka menolong. Dia berusaha untuk kelihatan baik. Iblis dan roh-roh jahat akan memberikan maklumat psikik berhubung seorang peribadi supaya mengikat orang itu dalam kedukunan yang dilarang oleh Tuhan. Pada mulanya ia kelihatan tidak bersalah, tetapi orang akan mendapati diri mereka ketagihan dengan kedukunan dan sengaja membiarkan Iblis untuk mengendalikan dan menghancurkan kehidupan mereka. Petrus berkata, “Sadarlah dan berjaga-jagalah! Lawanmu, si Iblis, berjalan keliling sama seperti singa yang mengaum-aum dan mencari orang yang dapat ditelannya.” (1 Petrus 5:8). Dalam beberapa kes, peramal sendiri tertipu dan mereka sendiri sebenarnya tidak tahu dari mana sumber maklumat yang mereka terima. Apabila tidak berkaitan dengan kedukunan, sihir atau horoskop untuk apa juga kes, dari mana pun sumber maklumat adalah cara yang baik untuk mendapatkan maklumat. Apakah cara Tuhan supaya kita menemukan kehendak-Nya untuk hidup kita? Cara Tuhan adalah sederhana tetapi berkuasa dan berkesan iaitu dengan menyelidiki Alkitab (2 Timotius 3:16-17) dan berdoa meminta hikmat daripada Tuhan (Yakobus 1:5).
English
Apakah pandangan Kristian terhadap orang psikik?