settings icon
share icon
Soalan

Puasa Kristian - apakah yang dikatakan Alkitab?

Jawapan


Firman Tuhan tidak memberi perintah supaya orang Kristian berpuasa. Tuhan tidak meminta atau menuntutnya daripada orang-orang Kristian. Pada masa yang sama Alkitab menyatakan bahawa puasa itu baik dan menguntungkan. Dalam Kisah Para Rasul orang-orang percaya berpuasa sebelum mengambil keputusan-keputusan penting (Kisah 13:4, 14:23). Puasa dan doa seringkali dikaitkan bersama (Lukas 2:37; 5:33). Terlalu sering, puasa berfokus kepada pengurangan makanan. Sebenarnya puasa bertujuan mengalihkan pandangan kita daripada perkara-perkara dunia untuk fokus sepenuhnya kepada Tuhan. Puasa merupakan cara untuk menyatakan kepada Tuhan dan diri sendiri bahawa kita bersungguh-sungguh dalam perhubungan dengan Dia. Berpuasa membantu kita untuk mendapatkan sudut pandangan baru dan memperbaharui kebergantungan kita kepada Tuhan.

Walaupun hampir setiap peristiwa berpuasa dalam Alkitab merupakan penahanan diri terhadap makanan, terdapat cara lain juga untuk berpuasa. Apa yang kita lepaskan seketika supaya dapat memberi perhatian dan fokus kepada Tuhan boleh dikira sebagai berpuasa (1 Korintus 7:1-5). Berpuasa perlu ditetapkan pada masa tertentu, terutama sekali apabila mehanan diri terhadap makanan. Masa yang diperpanjang tanpa makanan dapat memudaratkan tubuh. Berpuasa bukan bertujuan menyiksa tubuh, tetapi untuk mengarahkan semula perhatian kita kepada Tuhan. Berpuasa juga tidak boleh dijadikan salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan. Tujuan berpuasa Alkitabiah bukan untuk mengurangkan berat badan melainkan untuk mendapatkan perhubungan lebih dalam dengan Tuhan. Semua orang dapat berpuasa, tetapi beberapa orang mungkin tidak dapat berpuasa dari makanan (Contoh, orang bepenyakit kencing manis). Semua orang dapat melepas sesuatu untuk seketika bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.

Dengan mengalihkan pandangan daripada perkara dunia, kita dapat memberikan perhatian kepada Tuhan. Berpuasa bukan cara untuk mendapatkan Tuhan melakukan kehendak kita. Berpuasa mengubah kita, bukan mengubah Tuhan. Kita berpuasa juga bukan untuk kelihatan lebih rohani daripada orang lain. Berpuasa perlu dilakukan dalam roh yang rendah hati dan sikap hati yang penuh sukacita. Matius 6:16-18 berkata, "Dan apabila kamu berpuasa, janganlah muram mukamu seperti orang munafik. Mereka mengubah air mukanya, supaya orang melihat bahwa mereka sedang berpuasa. Aku berkata kepadamu: Sesungguhnya mereka sudah mendapat upahnya.Tetapi apabila engkau berpuasa, minyakilah kepalamu dan cucilah mukamu, supaya jangan dilihat oleh orang bahwa engkau sedang berpuasa, melainkan hanya oleh Bapamu yang ada di tempat tersembunyi. Maka Bapamu yang melihat yang tersembunyi akan membalasnya kepadamu."

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Puasa Kristian - apakah yang dikatakan Alkitab?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries