settings icon
share icon
Soalan

Bolehkah monoteisme dibuktikan?

Jawapan


Definisi monoteisme –Berasal dari perkataan "mono" (tunggal) dan "teisme" (kepercayaan pada Allah). Yang khusus, monoteisme merupakan kepercayaan terhadap Allah yang satu, yang sejati, satu-satunya Pencipta, Pemelihara, dan juga Hakim bagi semua makhluk. Monoteisme berbeza dengan "henoteisme," iaitu kepercayaan pada pelbagai Allah, dengan Allah tunggal yang lebih utama daripada Allah yang lain, Monoteisme bertitik tolak dengan politeisme yang merupakan kepercayaan pada pelbagai Allah.

Terdapat banyak hujahan yang mendukung monoteisme, termasuklah pewahyuan khusus (Alkitab), pewahyuan alamiah (filosofi), dan juga antropologi sejarah. Yang berikut akan dihuraikan ringkas, walaupun penjelasannya tidak dianggap sebagai menyeluruh. Hujahan biblika bagi monoteisme –Ulangan 4:35, "Engkau beri melihat agar mengetahui, bahawa Tuhan itu Allah, tiada yang lain melainkan Dia." Ulangan 6:4, "Ingatlah hai Israel! TUHAN dan TUHAN satu-satunya-ialah Allah kita." Maleakhi 2:10a, "Bukankah kita semua mempunyai Bapa yang sama?Bukankah kita semua dicipta oleh Allah yang sama?" 1 Korintus 8:6, tetapi bagi kita Allah hanya satu. Dia Bapa yang menciptakan segala sesuatu, dan untuk Dialah kita hidup. Tuhan hanya satu juga, iaitu Yesus Kristus. Melalui Dia segala sesuatu diciptakan, dan kerana Dialah kita hidup." Efesus 4:6, "Dan satu Allah, Bapa semua orang. Dialah Tuhan semua orang, yang bekerja melalui semua orang, dan tinggal dalam semua orang." 1 Timotius 2:5, "Kerana hanya ada satu Allah dan hanya ada satu yang dapat memimpin manusia kepada Allah, iaitu Kristus Yesus yang datang ke bumi sebagai manusia." Kamu percaya hanya Allah hanya satu. Bagus! Roh-roh jahat pun percaya akan hal itu dan gementar kerana takut."

Jelasnya ramai orang tidak memadai memperkatakan bahawa Allah hanya satu disebabkan Alkitab menyatakan sedemikian. Ini disebabkan tanpa Allah tiada cara lain untuk membuktikan Alkitab itu benar-benar FirmanNya! Tetapi, kebanyakan orang boleh sahaja menyatakan Alkitab bukti supranatural yang dapat diramalkan, yang menguatkan ajaran, inilah dasar yang meneguhkan monoteisme. Hujahan seperti ini adalah kepercayaan dan pengajaran Yesus Kristus yang membuktikan Dia itu Allah (atau paling sedikit diperkenankan oleh Allah) menerusi kelahiranNya sebagai mukjizat, penghidupanNya dan mukjizat kebangkitanNya. Allah tidak menipu atau ditipu; disebabkan itu apa yang dipercayai dan diajar oleh Yesus itu sebenar-benar perkara. Disebabkan itu, monoteisme yang dipercayai dan diajar oleh Yesus benar seadanya. Hujahan ini tidak mungkin memberi kesan dalam diri mereka yang tidak mendapati bukti supranatural Alkitab dan Kristus, tetapi menjadi permulaan yang baik bagi memahaminya.

Hujahan sejarah bagi monoteisme – Hujahan berdasarkan populariti sangat diragui, tetapi menarik bagi melihat betapa monoteisme mempengaruhi agama-agama lain di dunia. Teori terkenal tentang perkembangan agama secara evolusi berasal daripada pandangan tentang realiti umum, serta anggapan tentang antropologi evolusionis yang menganggap kebudayaan-kebudayaan "primitif" mewakili tahap awal perkembangan agama. Tetapi terdapat beberapa masalah dengan teori ini: (1) Perkembangan yang digambarkan tidak pernah diteliti –malahan pernyataannya dilihat tiada peningkatan ke arah monoteisme dari mana-mana kebudayaan sekalipun – yang wujud, malahan sebaliknya. (2) Metod antropologi mengungkapkan "primitif" secara menyamakannya dengan perkembangan teknologi, tetapi ini bukanlah kriteria yang memuaskan hati disebabkan dalam suatu budaya mempunyai banyak cabang-cabangnya. (3) Tahap-tahap yang sering lenyap atau dilangkah (4) Akhirnya, kebanyakan budaya politeistik menunjukkan baki-baki monoteisme tahap awal perkembangan mereka itu.

Yang ditemukan, Allah itu monoteistik, merupakan peribadi, maskulin, menduduki langit, berpengetahuan dan berkuasa yang luar biasa, mencipta duniawi, sumber moraliti yang harus ditaati, tetapi kita menentang dan akibatnya, kita terhalau, namun jalan perdamaian telah diwujudkan. Boleh dikatakan semua agama mengandungi variasi Allah seperti ini dari dulu sehinggalah merosotnya politeisme, animism dan sihit –bukanlah sebaliknya (Islam menjadi kes yang jarang, di mana Islam di sebalik 360 darjah mempercayai monoteisme). Walau bagaimanapun dalam pergerakan ini, politeisme menjadi monoteistik atau henoteistik fungsional. Jarang sekali agama politeistik tidak memiliki salah satu daripada dewa-dewi sebagai Allah nya yang berkuasa menjangkaui Allah-Allah lain, kerana Allah-Allah lain berperanan sebagai pengantara.

Hujahan filosofi/teologi bagi Monoteisme –Terdapat banyak hujahan filosofi tentang ketidakmungkinan terdapat lebih daripada satu Allah. Banyak daripada hujahan ini berasaskan posisi metafizik manusia dalam soal fitrah daripada realiti. Dalam artikel yang ringkas ini, tidak mungkin menyedarkan orang dengan pandangan dasar metafizik, kemudian menerangkan pandangan mereka tentang monoteisme, tetapi percayalah bahawa dasar-dasar filosofi dan teologi daripada kebenaran yang beribu tahun usianya (dan kebanyakannya tidak perlu diterangkan lagi). Ringkasnya, berikut adalah tiga hujahan yang dapat diteliti (bermula daripada yang kurang rumit):

1. Jika lebih daripada satu Allah, alam semesta akan terjejas kerana terdapat pelbagai pencipta dan penguasa, tapi hakikatnya alam tidak terjejas, disebabkan itu hanya Allah yang Esa.

2. Disebabkan Allah merupakan makhluk sempurna, mustahil terdapat Allah kedua kerana kedua-duaNya pasti berbeza, dan perbezaan antara sempurna dan tidak sempurna bermaksud Dia kurang sempurna, jadi Dia bukanlah Allah.

3. Disebabkan Allah wujud tanpa batasan, Dia tidak boleh dibahagi-bahagi (disebabkan bahagianNya tidak boleh dikira agar menjadi tidak terbatas). Jika kewujudanNya bukan sebahagian dari diriNya, (sepertimana lumrah sesuatu benda itu ada atau tiada), maka Allah perlulah memiliki sifat kewujudan yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, mustahil ada dua makhluk yang tidak terbatas disebabkan salah satu daripadanya haruslah berbeza dari yang satu lagi, serta berbeza dari segi kewujudan yang tidak terbatas, ini bermaksud mustahil sama sekali.

Seseorang mungkin boleh berhujah bahawa hujahan-hujahan ini tidak mengetepikan "Allah-Allah" ke tahap lebih rendah, dan itu boleh saja diterima. Sungguhpun kita mengetahui bahawa ini tidak benar secara Alkitabiah, teorinya juga tidak salah. Dengan erti kata yang lain, Allah boleh mencipta "Allah-Allah" pangkat rendah, tetapi hakikatnya Dia tidak melaksanakan hal tersebut. Jika melakukannya, bukan sahaja "Allah-Allah" tersebut menjadi makhluk yang terbatas, mungkin mirip dengan malaikat (bdk Mazmur 82). Hal tersebut tidak menjejaskan monoteisme, yang tidak pernah menyebutkan bahawa tiada makhluk rohani lain –hanya tiada Allah lain.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bolehkah monoteisme dibuktikan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries