settings icon
share icon
Soalan

Adakah terdapat kurnia daripada Roh Tuhan pada hari ini?

Jawapan


Mula-mula, adalah penting untuk menyedari bahawa kita bukan mempersoalkan samada Tuhan masih melakukan mukjizat pada hari ini. Bodoh dan tidak berdasarkan alkitab jika kita mendakwa bahawa Tuhan tidak menyembuhkan manusia, tidak berfirman kepada manusia dan tidak melakukan mukjizat dan keajaiban pada hari ini. Soalan sekarang ialah samada kurnia daripada Roh Tuhan seperti yang dijelaskan dalam 1 Korintus bab 12-14, masih aktif di gereja sekarang. Kita juga bukan mempersoalkan samada Roh Kudus “boleh” memberi seseorang kurnia-kurnia daripada-Nya. Soalan di sini adalah adakah Roh Kudus masih memberi kurnia-kurnia daripada-Nya pada hari ini. Walau bagaimanapun, kami sedar bahawa Roh Kudus bebas memberikan kurnia-kurnia-Nya mengikut kehendak-Nya sendiri. (1 Korintus 12:7-11).

Dalam buku kisah para rasul dan surat-surat paulus, sebahagian besar mukjizat dilakukan oleh para rasul dan kawan rapat mereka. 2 Korintus 12:12 memberikan kita alasan berlakunya perkara ini, "Perkara-perkara ini membuktikan seseorang ialah rasul — tanda, keajaiban dan mukjizat — dilakukan di kalangan kamu dengan tabah." Jika setiap pengikut Kristus dilengkapkan dengan kebolehan melakukan tanda, keajaiban dan mukjizat - tanda, keajaiban dan mukjizat sudah tidak boleh menjadi tanda bagi mengenal pasti samada seseorang itu ialah rasul. Kisah para rasul 2:22 memberitahu kita bahawa Yesus “diterima ramai” melalui "mukjizat, keajaiban dan tanda". Begitu juga dengan para rasul yang "terbukti" sebagai utusan tulen daripada Tuhan melalui mukjizat-mukjizat yang mereka lakukan. Kisah para rasul 14:3 menyatakan bahawa pesanan berita baik ‘disahkan’ melalui mukjizat-mukjizat yang dilakukan oleh Paulus dan Barnabas.

1 Korintus bab 12-14 membincangkan tentang soal kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan. Daripada teks ini, nampaknya Kristian ‘biasa’ kadangkala juga diberikan kurnia-kurnia mukjizat (12:8-10; 28-30). Kita tidak diberitahu betapa lazimnya perkara ini berlaku. Daripada segala yang kita pelajari di atas, para rasul "terbukti" melalui tanda dan keajaiban, maka nampaknya kurnia-kurnia mukjizat yang diberikan kepada Kristian ‘biasa’ adalah pengecualian dan bukannya kemestian. Selain daripada para rasul dan sahabat karib mereka, Perjanjian Baru tidak menjelaskan dengan spesifik individu yang melakukan kurnia-kurnia mukjizat melalui Roh Kudus.

Juga penting untuk menyedari bahawa gereja-gereja awal tidak mempunyai kitab Injil yang lengkap seperti yang kita miliki pada hari ini (2 Timotius 3:16-17). Maka, kurnia-kurnia seperti menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan, pengetahuan, kebijaksanaan dan sebagainya penting bagi Kristian terawal untuk mengetahui segala yang Tuhan hendak mereka lakukan. Kurnia menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan membolehkan para pengikut menyampaikan kebenaran yang baru dan wahyu daripada Tuhan. Kini wahyu daripada Tuhan sudah lengkap dalam kitab Injil, maka kurnia ‘menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan’ tidak diperlukan lagi ataupun sekurang-kurangnya bukan dalam jumlah seperti dalam Perjanjian Baru.

Tuhan menyembuhkan orang ramai melalui mukjizat setiap hari. Tuhan masih berfirman dengan manusia pada hari ini samada melalui suara yang kedengaran, melalui minda kita atau melalui penekanan dan perasaan. Tuhan masih melakukan mukjizat, tanda dan keajaiban – dan kadangkala melakukan mukjizat-mukjizat ini melalui Kristian. Walau bagaimanapun, segala yang dijelaskan tidak semestinya merupakan kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan. Tujuan utama kurnia-kurnia daripada Roh Tuhan ini adalah untuk membuktikan bahawa berita baik adalah benar dan para rasul adalah utusan asli daripada Tuhan. Kitab Injil tidak menyatakan bahawa kurnia-kurnia daripada Tuhan ini sudah pupus tetapi memberitahu kita asas kurnia-kurnia ini tidak penting lagi.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah terdapat kurnia daripada Roh Tuhan pada hari ini?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries