settings icon
share icon
Soalan

Apakah maksudnya bahawa Yesus itu Anak Domba Allah?

Jawapan


Tatkala Yesus digelarkan Anak Domba Allah dalam Yohanes 1:29 dan 1:36, ini merujuk Yesus sebagai korban utama dan sempurna bagi dosa. Bagi memahami siapakah Kristus dan apakah yang dilakukanNya, kita wajar memulakan dengan Perjanjian Lama yang mengandungi ramalan-ramalan tentang kedatanganNya sebagai “korban penebus kesalahan” (Yesaya 53:10). Malahan, seluruh sistem pengorbanan yang ditetapkan Allah dalam Perjanjian Lama itu menyediakan pentas kedatangan Yesus Kristus, yang merupakan korban sempurna bagi penebusan dosa-dosa umatNya (Roma 8:3, Ibrani 10).

Mempersembahkan domba memainkan peranan penting dalam kehidupan beragama bagi umat Yahudi dan sistem persembahan mereka. Semasa Yohanes Pembaptis merujuk pada Yesus sebagai “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa dunia!” (Yohanes 1:29), golongan Yahudi yang mendengar hal itu mungkin terfikir akan salah satu daripada korban terpenting. Menjelang Hari Raya Paskah, tanggapan pertama mereka mungkin korban anak domba Paskah. Hari Raya Paskah adalah perayaan Yahudi untuk memperingati peristiwa Allah membebaskan orang Israel daripada perhambaan di Mesir. Hakikatnya penyembelihan anak domba Paskah dan meletakkan darah di muka pintu rumah bertujuan agar malaikat maut melintasi rumah mereka “yang ditutupi darah” (Keluaran 12:11-13) merupakan gambaran indah tentang kejadian penebusan Kristus di tiang salib.

Persembahan lain yang melibatkan domba ialah persembahan rutin di Bait Suci, Yerusalem. Setiap pagi dan petang, seekor domba dipersembahkan di Bait Allah demi dosa orang ramai (Keluaran 29:38-42). Persembahan rutin ini samalah seperti memperlihatkan pengorbanan Kristus sempurna di atas tiang salib. Hakikatnya peristiwa kematian Yesus disalib sama dengan waktu korban petang di Bait Suci. Golongan Yahudi pada zaman itu karib dengan nabi-nabi dalam Perjanjian Lama, seperti Yeremia dan Yesaya, yang ramalannya terlebih dahulu memberitahu tentang kedatangan seseorang yang akan ditambat “seperti seekor domba ke tempat pengorbanan” (Yeremia 11:19, Yesaya 53:7) serta penderitaan mahupun pengorbananNya akan menebus Israel. Tentulah orang yang diramalkan oleh nabi-nabi Perjanjian Lama ini tentunya Yesus Kristus, “Anak Domba Allah”.

Walaupun konsep tentang sistem pengorbanan ini mungkin asing kepada kita pada masa kini, konsep penebusan atau penggantian mungkin mudah difahami. Kita mengetahui bahawa upah dosa ialah kematian (Roma 6:23) dan ternyata dosa memisahkan kita daripada Allah. Kita juga mengetahui dari Alkitab bahawa kita orang-orang berdosa dan tiada seorangpun benar di sisi Allah (Roma 3:23). Semua orang telah berdosa dan jauh daripada Allah serta berdosa di sisiNya; oleh sebab itu, satu-satunya harapan kita jika Dia bersedia menyediakan cara untuk berdamai dengan diriNya dan itulah yang dilakukanNya dengan mengutus anakNya Yesus Kristus agar mati disalib. Kristus mati demi menebus dosa dan untuk membayar hukuman dosa bagi semua orang yang mempercayaiNya.

Melalui kematianNya disalib sebagai korban sempurna demi dosa, kemudian kebangkitanNya tiga hari kemudian, maka kita kini dapat memiliki hidup kekal jika mempercayaiNya. Fakta Allah sendiri yang menyediakan korban penebus atau pembayar dosa kita merupakan sebahagian berita baik dari Injil yang jelas disebutkan dalam 1 Petrus 1:18-21, “Kamu mengetahui apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kamu daripada kehidupan sia-sia yang kamu warisi daripada nenek moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas, tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela. Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini,Dia datang untuk menyelamatkan kamu. Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, dan berharap kepadaNya dengan sepenuhnya.”

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah maksudnya bahawa Yesus itu Anak Domba Allah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries