Soalan
Adakah Allah mengasihi semua orang atau hanya umat Kristian?
Jawapan
Dalam pendefinisian tertentu, Allah mengasihi semua orang di seluruh dunia (Yohanes 3:16; 1 Yohanes 2:2; Roma 5:8) Kasih ini bukannya kasih bersyarat- kasih ini adalah berasaskan fakta bahawa Allah itu Kasih (1 Yohanes 4:8, 16). Kasih Allah pada semua umat manusia menyebabkan Allah memperlihatkan kemurahanNya dengan tidak segera menghukum umatNya disebabkan dosa-dosa mereka (Roma 3:23; 6:23). Sekiranya Allah tidak mengasihi semua orang, kita semua akan berada di neraka pada masa sekarang. Kasih Allah terhadap dunia dimanifestasikan dengan memberi peluang kepada orang untuk bertaubat (2 Petrus 3:9). Namun demikian, kasih Allah terhadap dunia ini tidak menjadikan Dia mengabaikan dosa. Allah merupakan Allah yang adil (2 Tesalonika 1:6). Dosa tidak akan dibiarkan selama-lamanya (Roma 3:25-26).
Perbuatan kasih kekal yang utama disebut oleh Roma 5:8, "Tetapi Allah telah menunjukkan betapa besar kasihNya kepada kita, kerana Kristus mati bagi kita semasa kita masih berdosa." Sesiapa yang mengabaikan kasihNya, yang menolak Kristus sebagai Juruselamat, yang menolak Juruselamat yang telah menebusnya (2 Petrus 2:1) orang tersebut akan mengalami kemurkaan Allah buat selama-lamanya (Roma 1:18), bukan kasihNya (Roma 6:23). Allah mengasihi semua orang tanpa syarat demi memperlihatkan kemurahanNya terhadap semua orang. Dengan bersyarat, Allah hanya mengasihi orang yang beriman kepada AnakNya demi keselamatan (Yohanes 3:36). Hanya mereka-mereka yang mempercayai Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat akan menikmati kasih Allah buat selama-lamanya.
Apakah Allah mengasihi semua orang? Ya. Adakah Allah mengasihi umat Kristian lebih daripada orang bukan Kristian? Tidak. Adakah Allah mengasihi umat Kristian dengan cara yang berbeza daripada umat bukan Kristian? Ya. Allah mengasihi semua orang dengan samarata dalam maksud Dia bermurah hati terhadap semua orang. Allah cuma mengasihi umat Kristian Allah demi mendapatkan anugerah dan kemurahanNya selama-lamanya-janji kasihNya demi hidup kekal di Syurga. Bahawa kasih Allah pada semua orang seharusnya menarik hati kita untuk mengakui kasihNya yang kekal.
English
Adakah Allah mengasihi semua orang atau hanya umat Kristian?