settings icon
share icon
Soalan

Apakah agnostisisme?

Jawapan


Agnostisisme merupakan pandangan yang berkata kewujudan Tuhan mustahil untuk diketahui atau dibuktikan. Perkataan “agnostik” bererti “tanpa pengetahuan.” Agnostisisme merupakan satu bentuk ateisme yang bersifat intelek. Ateisme mengatakan Tuhan tidak wujud. Kedudukan ateisme tidak dapat dibuktikan. Agnostik berkeras berkata kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan atau dibuktikan palsu dan mustahil untuk kita mengetahui samada Tuhan wujud ataupun tidak. Dalam hal ini pendapat orang-orang agnostik adalah benar. Kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan atau dibuktikan palsu berdasarkan pemerhatian dan ujikaji.

Alkitab berkata kita perlu menerima kewujudan Tuhan dengan iman. Ibrani 11:6 berkata “tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada, dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.” Allah adalah roh (Yohanes 4:24) oleh sebab itu Dia tidak dapat dilihat atau disentuh. Kita tidak dapat melihat Tuhan Kecuali Dia memilih untuk menyatakan diri-Nya(Roma 1:20). Alkitab mengisytiharkan bahawa kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan jelas dalam alam semesta ini (Mazmur 19:1-4), dapat dirasakan dalam alam semulajadi(Roma 1:18-22) dan dipastikan di dalam hati kita (Pengkhotbah 3:11).

Orang-orang agnostik tidak bersedia membuat keputusan samada menyokong atau membantah kewujudan Tuhan. Mereka berdiri di atas pagar. Golongan teisme percaya kepada kewujudan Tuhan. Ateisme percaya Tuhan tidak wujud. Orang-orang agnostik berpendapat bahawa kita tidak harus percaya kepada kewujudan Tuhan atau percaya kepada ketidakwujudan Tuhan sebab mustahil untuk mengetahui tentang kedua-duanya.

Demi perbincangan, mari ketepikan bukti-bukti jelas dan yang tidak dapat disangkal berhubung kewujudan Tuhan. Sekiranya kita meletakkan kedudukan fahaman ketuhanan golongan teisme dan agnostik pada dasar sama rata, yang mana satukah paling “masuk akal” untuk dipercayai berhubung adanya kehidupan selepas kematian? Sekiranya Tuhan tidak wujud, golongan teisme dan agnostic akan lenyap begitu sahaja apabila mereka meninggal dunia. Sekiranya Tuhan itu wujud, golongan teisme dan agnostik sama-sama akan mempertanggungjawabkan hidup mereka kepada satu Peribadi. Dari sudut ini, jelas sekali bahawa lebih masuk akal untuk tergolong dalam golongan teisme berbanding agnostik. Jika kedua-dua kedudukan tidak dapat dibukti atau dibuktikan palsu, ia kelihatan bijaksana membuatkan setiap usaha untuk betul-betul memeriksa kedudukan yang bersifat infiniti dan kekal pada kesan akhirnya.

Mempunyai keragu-raguan adalah normal. Terdapat banyak perkara dalam dunia ini yang kita tidak mengerti. Seringkali manusia meragui kewujudan Tuhan sebab tidak mengerti atau bersetuju dengan perkara-perkara yang Dia lakukan atau benarkan. Bagaimanapun sebagai manusia yang terbatas, kita tidak boleh berfikir akan dapat memahami Tuhan Allah yang tidak terbatas. Roma 11:33-34 berseru, “O, alangkah dalamnya kekayaan, hikmat dan pengetahuan Allah! Sungguh tak terselidiki keputusan-keputusan-Nya dan sungguh tak terselami jalan-jalan-Nya! Sebab, siapakah yang mengetahui pikiran Tuhan? Atau siapakah yang pernah menjadi penasihat-Nya?’” Kita harus percaya Tuhan dengan iman dan berpegang pada jalan-jalan-Nya dengan iman. Tuhan bersedia dan mahu menyatakan diri-Nya dalam cara yang luarbiasa kepada mereka yang mahu percaya kepada-Nya. Ulangan 4:29 berkata, “Dan baru di sana engkau mencari TUHAN, Allahmu, dan menemukan-Nya, asal engkau menanyakan Dia dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu.”

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah agnostisisme?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries