settings icon
share icon
Soalan

Bagaimana saya dapat menjadi anak Allah?

Jawapan


"Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepadaNya, mereka diberikanNya hak menjadi anak Allah," (Yohanes 1:12).

"Anda harus dilahirkan semula"
Semasa dilawati oleh Nikodemus, seorang pemimpin agama, Yesus tidak menjaminnya masuk syurga. Sebaliknya Yesus menyatakan, "Percayalah, tidak seorang pun dapat menikmati Pemerintahan Allah kecuali dia dilahirkan semula," Pertama kali seseorang dilahirkan dia mewarisi dosa akibat kecurangan Adam di Taman Eden. Tiada seorangpun mengajar anak bagaimana menjadi berdosa. Lumrahnya dia menuruti keinginan yang salah dan melahirkan dosa-dosa seperti menipu, mencuri dan membenci. Bukan menjadi anak Allah, sebaliknya menjadi anak derhaka dan dimurkai.

"Dahulu kamu mati secara rohani, kerana kamu tidak taat pada perintah Allah dan kamu berdosa. Pada masa itu hidup kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkara, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat pada Allah. Sebenarnya kita dahulu seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan segala sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain kita pun kena kemurkaan Allah (Efesus 2:1-3).

Sebagai anak-anak yang dimurkai, kita terpisah dari Tuhan di dalam neraka. Syukurlah bahagian Alkitab ini menambah, "Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita.sehingga sementara kita mati secara rohani kerana perlanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah" (Efesus 2:4-5).

Bagaimana kita dihidupkan semula melalui Kristus/dilahirkan semula/dijadikan anak Allah? Kita haruslah menerima Yesus!

Menerima Yesus.
Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepadaNya, mereka diberikanNya hak menjadi anak Allah (Yohanes 1:12). Petikan ini dengan jelas menegaskan cara seseorang dapat menjadi anak Allah. Kita perlu menerima Yesus dengan mempercayaiNya. Apakah yang harus dipercayai tentang Yesus?

Pertamanya, kita haruslah mengakui bahawa Yesus itu anak Allah yang kekal dalam wajah manusia. Dilahirkan oleh anak dara bernama Maria melalui kuasa Roh Kudus, Yesus tidak mewarisi dosa azali Adam. Disebabkan itu Dia digelarkan Adam yang kedua (1Korintus 15:22). Kalau kecurangan Adam membawa sumpahan dosa ke dalam dunia, kehidupan Kristus yang sempurna pula menutupi kehidupan berdosa kita. Respons kita adalah bertaubat (menyesal daripada dosa), dan mempercayai pada kehidupanNya yang sempurna untuk memurnikan hidup kita.

Kedua, kita haruslah beriman terhadap Yesus sebagai Juruselamat. Rancangan Allah adalah mengorbankan AnakNya yang sempurna di atas salib untuk menebus hukuman ke atas kita akibat dosa-dosa kita. Bagi yang menerima Dia, kematian Kristus membebaskan mereka daripada hukuman dan dosa.

Akhirnya, kita haruslah mengakui Yesus sebagai Tuhan. Setelah membangkitkan Kristus sebagai Pemenang yang mengatasi dosa dan kematian, Allah memberiNya segala kuasa (Efesus 1:20-23)

Yesus memimpin semua orang yang mempercayaiNya; Dia akan menghakimi orang yang menolak Dia (Kisah 10:42).

Anugerah Allah memberi penyesalan dan iman terhadap Juruselamat dan Tuhan, maka kita dilahirkan semula ke dalam hidup baru sebagai anakNya. Hanya mereka yang mempercayai Yesus- bukan sekadar mengetahui tentangNya, tetapi bergantung padaNya demi keselamatan, tunduk terhadapNya sebagai Tuan, dan mengasihiNya sebagai harta paling berharga –itulah yang menjadi anak-anak Allah.

Menjadi anak Allah
Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepadaNya, mereka diberikanNya hak menjadi anak Allah. Mereka menjadi anak Allah bukan dengan jalan dilahirkan oleh manusia, tetapi Allah sendiri menjadikan mereka anak-anakNya (Yohanes 1:12-13).

Serupa juga kita tidak melakukan apa-apa dalam kelahiran alamiah, kita juga tidak dapat melahirkan diri sendiri ke dalam keluarga Allah dengan berbuat kebaikan atau menghasilkan iman dengan sendiri. Sepertimana dinyatakan oleh surah-surah tersebut, Allah yang "memberi kuasa" dengan kemurahanNya. "Betapa besar kasih sayang dikurniakan Bapa terhadap kita, sehinggakan kita digelarkan anak-anakNya (1Yohanes 3:1). Disebabkan itu, anak Allah hanya membanggakan Tuhan (Efesus 2:8-9).

Seorang anak menjadi dewasa mirip ibu bapanya. Demikian halnya Allah menghendaki anak-anakNya menjadi serupa dengan Yesus Kristus. Walaupun kita menjadi sempurna ketika berada di syurga, anak Allah tidak akan hidup terus-menerus dalam dosa dan tanpa bertaubat.

"Anak-anakKu, janganlah biarkan sesiapapun menipu kamu. Sesiapa melakukan kehendak Allah, dia anak Allah, seperti Kristus. Sesiapa terus-menerus berbuat dosa, dia anak iblis, kerana iblis berdosa sejak permulaan. Justeru untuk hal inilah Anak Allah datang bagi memusnahkan pekerjaan iblis. Sesiapa yang menjadi anak Allah tidak terus-menerus berbuat dosa kerana sifat Allah sendiri ada padanya. Kerana Allah itu Bapanya dia tidak dapat terus-menerus berbuat dosa. Inilah perbezaan antara anak Allah dan anak iblis. Sesiapa tidak melakukan kehendak Allah atau tidak mengasihi saudaranya bukanlah anak Allah (1 Yohanes 3:7-10).

Jangan silap, anak Allah tidak dapat "dibuang" kerana telah berdosa. Namun seseorang yang "terbiasa" melakukan dosa (terus-menerus melakukannya tanpa mempedulikan Yesus dan firmanNya) menandakan dia tidak benar-benar lahir semula. "Bapa kamu iblis dan kamu anak-anaknya. Kamu lebih suka menurut kehendak bapa kamu (Yohanes 8:44). Dari segi yang lain, anak-anak Allah tidak akan senang melakukan dosa tetapi cenderung untuk mengenal, mengasihi dan memuliakan Bapa mereka.

Pahala menjadi anak Allah tidak ternilai. Sebagai anakNya, kita sebahagian daripada keluargaNya (gereja), dijanjikan kediaman di syurga, dan diberi hak untuk mendekati Allah sebagai Bapa di dalam doa (Efesus 2:19;1 Petrus 1:3-6, Roma 8:15).

Sambutlah seruan Allah untuk bertaubat daripada dosa dan mempercayai Kristus. Jadilah anak Allah bermula hari ini!

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimana saya dapat menjadi anak Allah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries