Soalan
Siapakah anak-anak Allah dan anak-anak perempuan manusia dalam Kejadian 6:1-4?
Jawapan
Kejadian 6: 1-4 merujuk kepada anak-anak Allah dan anak-anak perempuan manusia. Ada beberapa pendapat tentang anak-anak Allah dan mengapa anak-anak yang dihasilkan dengan anak-anak perempuan manusia membesar menjadi manusia-manusia raksasa.
Terdapat tiga pandangan utama berhubung identiti anak-anak Allah, 1) mereka adalah malaikat-malaikat yang telah jatuh, 2) mereka merupakan pemimpin-pemimpin manusia yang berkuasa dan 3) mereka merupakan keturunan Set yang suci telah kahwin campur dengan keturunan Kain yang jahat. Pandangan yang pertama dikuatkan oleh sebutan “anak-anak Allah” dalam Alkitab yang selalu merujuk kepada malaikat-malaikat (Ayub 1:6; 2:1; 38:7). Namun pandangan ini bermasalah sebab dalam Matius 22: 30 dikatakan malaikat tidak berkahwin. Alkitab tidak memberikan kita alasan untuk percaya bahawa malaikat mempunyai jantina dan dapat membiak. Dua pandangan yang lain tidak menghadapi masalah ini.
Kelemahan pandangan 2) dan 3) adalah pada lelaki biasa yang mengahwini anak-anak perempuan manusia yang biasa tidak akan menghasilkan keturunan “raksasa” , “gagah perkasa” dan “orang-orang kenamaan. ” Lagipun, mengapakah Tuhan membawa air bah ke atas muka bumi (Kejadian 6:5-7) apabila Dia tidak pernah menghalang laki-laki perkasa atau kurunan Set daripada mengahwini perempuan yang biasa atau keturunan Kain? Penghukuman yang berlaku dalam Kejadian 6: 5-7 berkait rapat dengan apa yang berlaku dalam Kejadian 6:1-4. Hanya perkahwinan cabul dan degil di antara malaikat-malaikat telah jatuh dengan anak-anak perempuan manusia padan menerima penghukuman sekeras itu.
Dikatakan tadi bahawa kelemahan pandangan yang pertama ini adalah apa yang dikatakan dalam Matius 22: 30 “Karena pada waktu kebangkitan orang tidak kawin dan tidak dikawinkan melainkan hidup seperti malaikat di sorga.” Bagaimanapun, teks ini tidak mengatakan malaikat-malaikat “tidak dapat berkahwin.” Ia hanya mengatakan malaikat-malaikat tidak berkahwin. Kedua, Matius 22: 30 merujuk kepada “malaikat-malaikat di syurga.” Ia bukan merujuk kepada malaikat-malaikat yang telah jatuh, yang tidak peduli terhadap peraturan yang telah dicipta dan ditetapkan Tuhan bahkan sentiasa berusaha merosakkan rancangan-rancangan Tuhan. Fakta yang mengatakan malaikat-malaikat suci tidak berkahwin atau terlibat dalam hubungan seks tidak bererti itu juga benar untuk Iblis dan roh-roh jahatnya.
Pandangan 1) merupakan penjelasan yang paling sesuai. Satu “pertentangan” yang menarik bila mengatakan malaikat tidak berjantina dan pada masa yang sama mengatakan “anak-anak Allah” merupakan malaikat-malaikat telah jatuh dan menghasilkan keturunan dengan anak-anak manusia. Bagaimanapun kita perlu tahu bahawa walaupun malaikat merupakan mahluk roh (Ibrani 1:14), mereka dapat menjelma dalam tubuh jasmani manusia (Markus 16:5). Orang-orang Sodom dan Gomora mahu mengadakan hubungan seks dengan dua orang malaikat yang bersama Lot. Adalah munasabah bahawa malaikat dapat menjelma sebagai manusia sehingga mempunyai jantina dan kemungkinan menghasilkan anak. Mengapakah malaikat-malaikat yang telah jatuh tidak selalu melakukan perkara ini? Nampaknya Tuhan telah memenjarakan malaikat-malaikat yang telah melakukan dosa ini, supaya malaikat-malaikat telah jatuh yang lain tidak akan melakukannya (seperti yang digambarkan dalam Yudas 6). Penafsir Ibrani, apokrip dan pseudopokrip sama-sama berpegang bahawa malaikat-malaikat yang telah jatuh sebagai anak-anak Allah dalam Kejadian 6: 1-4. Ini tidak akan menghentikan perdebatan. Bagaimanapun, pandangan yang mengatakan Kejadian 6:1-4 melibatkan malaikat-malaikat yang telah jatuh mengadakan hubungan dengan manusia perempuan mempunyai dasar konteks dan sejarah yang kuat.
English
Siapakah anak-anak Allah dan anak-anak perempuan manusia dalam Kejadian 6:1-4?