Soalan
Apakah ateisme?
Jawapan
Ateisme adalah pandangan yang mengatakan Tuhan tidak wujud. Ateisme bukanlah satu perkembangan yang baru. Mazmur 14:1 yang ditulis oleh Daud sekitar tahun 1000 S.M. berkata tentang ateisme: “Orang bebal berkata dalam hatinya: "Tidak ada Allah.’” Perangkaan terbaru menunjukkan pertambahan pada jumlah orang yang mengaku sebagai ateis mencecah 10% di seluruh dunia. Mengapakah semakin ramai orang menjadi ateis?Adakah ateisme merupakan pandangan yang paling masuk akal seperti yang dituntut golongan ateis?
Mengapa ateisme ini boleh wujud? Mengapakah Tuhan tidak menyatakan diri-Nya kepada orang ramai untuk membuktikan kewujudan-Nya? Kita sering berfikir sekiranya Tuhan menampakkan diri-Nya sudah pasti semua orang akan percaya kepada-Nya! Masalahnya bukan kehendak Tuhan untuk hanya meyakinkan orang tentang kewujudan-Nya. Tuhan mengkehendaki supaya orang-orang mempercayai-Nya dengan iman (2 Petrus 3:9) dan menerima juga dengan iman pemberian keselamatan daripada-Nya (Yohanes 3:16). Tuhan telah menyatakan kewujudan-Nya berkali-kali dalam Perjanjian Lama (Kejadian 6-9; Keluaran 14:21-22; 1 Raja-Raja 18:19-31). Adakah orang-orang pada masa itu percaya kepada kewujudan Tuhan? Ya. Adakah mereka berpaling daripada jalan-jalan mereka yang jahat dan mentaati Tuhan? Tidak. Sekiranya seseorang tidak bersedia menerima kewujudan Tuhan dengan iman, maka orang itu pasti tidak akan bersedia untuk menerima Yesus Kristus dengan iman (Efesus 2:8-9). Tuhan mengkehendaki agar orang-orang menjadi pengikut-pengikut-Nya dan bukan setakat percaya kepada kewujudan-Nya.
Alkitab berkata kewujudan Tuhan mestilah diterima dengan iman. Ibrani 11:6 berkata, “Tetapi tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah. Sebab barangsiapa berpaling kepada Allah, ia harus percaya bahwa Allah ada dan bahwa Allah memberi upah kepada orang yang sungguh-sungguh mencari Dia.” Alkitab memperingatkan bahawa kita diberkati apabila mempercayai dan berpegang pada Tuhan dengan iman: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya.” (Yohanes 20:29).
Kewujudan Tuhan mestilah diterima dengan iman, tetapi ini bukan bererti kepercayaan kepada Tuhan itu sesuatu yang tidak masuk akal. Terdapat banyak hujah yang baik untuk menyokong kewujudan Allah. Alkitab mengajarkan bahawa kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan sangat jelas di alam semesta (Mazmur 19:1-4) dalam alam semulajadi (Roma 1:18-22) dan di dalam hati kita (Pengkhotbah 3:11). Dengan semua yang diperkatakan ini kewujudan Tuhan masih tidak dapat dibuktikan sebab ia mestilah diterima dengan iman.
Pada masa yang sama ateisme juga menuntut iman. Apabila seseorang membuat satu kenyataan mutlak seperti “Tuhan tidak wujud” itu adalah pengakuan bahawa ia sudah mengetahui semua yang perlu diketahui tentang segala sesuatu dan telah berada di serata alam semesta dan telah melihat semua yang dapat dilihat. Tentu saja tidak akan ada orang-orang ateis yang akan membuat pengakuan sebegitu. Bagaimanapun itulah sebenarnya yang mereka tuntut dan akui apabila mereka membuat kenyataan bahawa Tuhan benar-benar tidak wujud. Orang-orang ateis tidak dapat membuktikan yang Tuhan bukan tinggal di pusat matahari atau di bawah awan planet Musytari atau disebuah nebula yang jauh sekali dari bumi. Memandangkan tempat-tempat ini berada di luar kemampuan kita untuk menyelidikinya, maka tidak dapat dibuktikan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Ianya menuntut sebanyak iman untuk menjadi seorang ateis sebagaimana yang dituntut untuk menjadi seorang yang percaya kepada kewujudan Tuhan.
Ateisme tidak dapat dibuktikan dan kewujudan Allah harus diterima dengan iman. Jelas sekali orang-orang Kristian sangat percaya kepada kewujudan Tuhan dan mengaku kewujudan Tuhan sebagai perkara keimanan. Pada masa yang sama kita menolak pendapat yang berkata kepercayaan kepada Tuhan sebagai tidak masuk akal. Kita percaya kewujudan Tuhan dapat dilihat dengan jelas, dirasai dan dapat dibuktikan secara filsafat dan secara saintifik bila diperlukan. “ Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya;hari meneruskan berita itu kepada hari, dan malam menyampaikan pengetahuan itu kepada malam.Tidak ada berita dan tidak ada kata, suara mereka tidak terdengar.” (Mazmur 19:2-4).
English
Apakah ateisme?