Soalan
Adakah berbahasa lidah bukti memiliki Roh Kudus?
Jawapan
Terdapat tiga peristiwa dalam Kisah Rasul apabila berbahasa lidah berlaku seiring dengan penerimaan Roh Kudus (Kisah 2:4; 10:44-46; 19:6). Namun ketiga-tiga peristiwa ini satu-satunya bukti bahasa lidah tempat penerimaan Roh Kudus dalam Alkitab. Dalam seluruh kitab tersebut, beribu-ribu orang percaya terhadap Yesus dan tiada yang dikatakan tentang berbahasa lidah (Kisah 2:41; 8:5-25; 16:31-34; 21:20). Menerusi Perjanjian Baharu tidak pernah ada ajaran bahasa lidah satu-satunya membuktikan seseorang telah menerima Roh Kudus.Hakikatnya, Perjanjian Baharu mengajar sebaliknya, kita dimaklumkan bahawa setiap orang percaya terhadap Kristus memiliki Roh Kudus (Roma 8:9; 1 Korintus 12:13; Efesus 1:13-14), tetapi bukan semua orang percaya boleh berbahasa lidah (1 Korintus 12:29-31).
Justeru, mengapakah berbahasa lidah membuktikan memiliki Roh Kudus dalam bahagian ketiga Alkitab, dari Kisah Rasul? Kisah 2 menerangkan, para Rasul dibaptis dalam Roh Kudus dan diberi kuasa untuk memberitakan Injil. Para Rasul dibolehkan bertutur dalam bahasa asing (bahasa lidah) agar dapat menyampaikan kebenaran kepada umat-umat penutur asalnya. Kisah 10 mencatatkan Rasul Petrus diutuskan menyampaikan Injil kepada umat bukan Yahudi. Sebagaimana golongan Yahudi, Petrus dan umat Kristian sukar menerima bangsa-bangsa lain(golongan bukan Yahudi) di dalam gereja. Allah menganugerahkan bahasa lidah kepada mereka untuk menunjukkan mereka menerima Roh Kudus sepertimana diterima oleh Rasul (Kisah 10:47, 11:17).
Kisah 10:44-47 menggambarkan, "Sementara Petrus berkata-kata, Roh Allah turun dan menguasai semua orang yang mendengar perkhabaran itu. Maka semua golongan bersunat yang percaya, yang menyertai Petrus, kagum melihat bahawa kurniaan Roh Kudus dikurniakan ke atas bangsa bukan Yahudi, disebabkan mereka mendengar golongan tersebut berbahasa roh dan memuliakan Allah. Lalu Petrus berkata: "Bolehkah sesiapa menghalang mereka dibaptis dengan air? Sedangkan mereka telah pun menerima Roh Kudus sepertimana kita?" Kelak, Petrus memperlihatkan peristiwa ini bukti Allah turut menyelamatkan bangsa-bangsa lain (Kisah 15:7-11).
Berbahasa lidah tidak pernah ditonjolkan sebagai yang wajib dikejar oleh semua umat Kristian ketika menerima Yesus sebagai Juruselamat dan disebabkan itu dibaptis dalam Roh Kudus. Hakikatnya, daripada kisah-kisah pertaubatan Perjanjian Baharu, hanya dua yang menjelaskan bahasa lidah dalam konteks tersebut. Bahasa lidah kurniaan menakjubkan yang bertujuan khusus bagi waktu-waktu tertentu. Bahasa lidah bukanlah bukti menerima Roh Kudus.
English
Adakah berbahasa lidah bukti memiliki Roh Kudus?