settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang berpacaran/masa bercinta?

Jawapan


Walaupun perkataan “masa bercinta” dan “berpacaran” tidak ditemui dalam Alkitab, kita diberikan beberapa prinsip yang perlu dijadikan garispanduan orang-orang Kristian sebelum berkahwin. Prinsip pertama adalah kita perlu berpisah dengan fahaman dunia tentang berpacaran kerana ia bertentangan dengan jalan-jalan Tuhan (2 Petrus 2:20). Pandangan dunia berkata berpacaranlah sebanyak yang kita mahu, sedangkan perkara yang penting adalah untuk mengenali watak seseorang itu sebelum membuat sebarang komitmen dengannya. Kita perlu memeriksa sama orang itu telah dilahirkan kembali dalam Roh (Yohanes 3:3-8) dan juga mempunyai kerinduan untuk menjadi sama seperti Kristus (Filipi 2:5). Sasaran utama dalam berpacaran adalah untuk mendapatkan pasangan. Alkitab berkata orang-orang Kristian seharusnya tidak berkahwin dengan orang-orang yang tidak percaya (2 Korintus 6:14-15) kerana ini akan melemahkan hubungan kita dengan Yesus dan membuat kita berkompromi dari segi moral.

Apabila seseorang berada dalam hubungan yang berkomitmen,samada berpacaran atau masa bercinta, jangan lupa untuk mengasihi Tuhan di atas segala sesuatu. Ini sangat penting (Matius 10:37). Sekiranya seseorang itu dianggap sebagai “segalanya” atau “yang terpenting” dalam kehidupan seseorang, itu merupakan penyembahan berhala dan dosa (Galatia 5:20; Kolose 3:5). Kita tidak boleh menajiskan diri kita dengan seks sebelum nikah (1 Korintus 6:9, 13; 2 Timotius 2:22). Dosa-dosa seks bukan hanya merupakan dosa terhadap Tuhan tetapi juga terhadap tubuh kita sendiri (1 Korintus 6:18). Sangat penting untuk mengasihi dan menghormati orang lain sebagaimana kita mengasihi diri kita (Roma 12:9-10). Ini sangat benar dalam hubungan pacaran/masa bercinta. Mentaati prinsip-prinsip Alkitabiah ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan dasar perkahwinan yang teguh. Berkahwin merupakan salah satu keputusan sangat yang penting perlu kita lakukan, sebab setelah berkahwin mereka akan menjadi satu daging. Tuhan mahu agar hubungan ini berkekalan dan tidak dipisahkan (Kejadian 2:24;Matius 19:5).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang berpacaran/masa bercinta?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries