Soalan
Haruskah seorang Kristian bersenam? Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kesihatan?
Jawapan
Sebagaimana dengan pekara lain dalam kehidupan terdapat juga keterlaluan dalam soal bersenam. Ada orang yang hanya memberi penumpuan kepada perkara-perkara rohani sehingga melalaikan tubuh jasmani mereka. Orang lain pula mengutamakan bentuk tubuh sehingga melalaikan pertumbuhan dan kematangan rohani mereka. Kedua-duanya tidak menampakkan keseimbangan yang Alkitabiah. 1 Timothy 4:8 memberitahu kita, “Latihan badani terbatas gunanya, tetapi ibadah itu berguna dalam segala hal, karena mengandung janji, baik untuk hidup ini maupun untuk hidup yang akan datang.” Perhatikan ayat ini tidak menafikan keperluan untuk bersenam. Sebaliknya ayat ini berkata bersenam itu berharga, tetapi ia memberikan keutamaan yang tepat dengan mengatakan ibadah itu lebih berguna dalam segala hal.
Rasul Paulus menggunakan latihan jasmani sebagai contoh dalam menyampaikan kebenaran rohani dalam 1 Korintus 9: 24-27. Dia menyamakan perjalanan kehidupan Kristian dengan satu perlumbaan untuk mendapatkan “hadiah”. Tetapi hadiah yang kita ingin dapatkan merupakan mahkota kekal yang tidak akan luntur ataupun lenyap. Dalam 2 Timotius 2:5, Paulus berkata, “Seorang olahragawan hanya dapat memperoleh mahkota sebagai juara, apabila ia bertanding menurut peraturan-peraturan olahraga.” Sekali lagi Paulus menggunakan gambaran seorang pelumba dalam 2 Timotius 4:7 apabila dia berkata “Aku telah mengakhiri pertandingan yang baik, aku telah mencapai garis akhir dan aku telah memelihara iman.” Manakala ayat-ayat Firman ini bukan berfokus terhadap latihan jasmani, namun istilah olahraga yang Paulus gunakan untuk menyampaikan pelajaran rohani menunjukkan bahawa Paulus melihat latihan jasmani dan pertandingan dari satu sudut yang positif. Kita merupakan mahluk jasmani dan rohani. Manakala aspek kerohanian itu lebih penting secara Alkitabiah, namun lebih penting kita tidak mengabaikan kerohanian atau aspek fizikal kesihatan kita.
Jadi jelas bahawa tidak salah bagi seorang Kristian untuk bersenam. Bahkan Alkitab jelas meminta supaya kita menjaga tubuh dengan baik (1 Korintus 6: 19-20). Alkitab pada masa yang sama memberi amaran tentang perkara yang sia-sia (1 Samuel 16:7; Amsal 31:30; 1 Petrus 3:3-4). Sasaran senaman bukan untuk mempertingkatkan kualiti tubuh supaya diperhati dan disukai oleh orang lain. Sebaliknya ia bertujuan mempertingkatkan tahap kesihatan supaya kita dapat memiliki lebih banyak tenaga untuk dapat mengabdi kepada perkara-perkara rohani.
English
Haruskah seorang Kristian bersenam? Apakah yang dikatakan Alkitab tentang kesihatan?