settings icon
share icon
Soalan

Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?

Jawapan


Kitab Injil tidak menyatakan dengan jelas samada binatang mempunyai roh atau akan pergi ke syurga. Walau bagaimanapun, kita boleh merujuk kepada beberapa prinsip di dalam Kitab Injil untuk menjawab soalan ini. Kitab Injil mengatakan bahawa manusia dan binatang (Kejadian 2:7, 1:30; 6:17; 7:15,22) mempunyai nafas. Perbezaan utama antara manusia dan haiwan ialah manusia dicipta dalam imej dan rupa Tuhan (Kejadian 1:26-27). Haiwan tidak dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan. Manusia yang dicipta mengikut imej dan rupa Tuhan memiliki sifat-sifat yang serupa dengan Tuhan seperti mempunyai rohani, akal, emosi dan azam, serta mempunyai keperibadian yang boleh terus wujud selepas mati. Jika haiwan juga mempunyai roh, roh haiwan patut tidak sama dengan roh manusia, tetapi lebih rendah mutunya. Roh haiwan tidak akan terus wujud selepas mereka mati.

Satu lagi aspek yang patut dipertimbangkan ialah Tuhan memang mencipta haiwan dalam proses penciptaannya. Tuhan mencipta haiwan dan mengatakan bahawa mereka adalah baik (Kejadian 1:25). Oleh itu, mungkin juga terdapat haiwan yang hidup di dunia yang baru (Wahyu 21:1). Ada kemungkinan besar terdapat haiwan di dunia yang baru (Yesaya 11:6, 65:25). Susah untuk mengatakan bahawa tidak mungkin kita akan berjumpa dengan binatang kesayangan kita di syurga. Tuhan adalah adil dan saksama, kita akan bersetuju dengan rancangan dan keputusan Tuhan mengenai isu ini semasa kita berjumpa dengan Tuhan di syurga.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah binatang kesayangan pergi ke syurga? Adakah binatang mempunyai roh?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries