settings icon
share icon
Soalan

Apakah cara yang betul untuk menyelidiki Alkitab?

Jawapan


Menentukan erti dan apa yang dikatakan oleh Firman Tuhan merupakan salah satu tugas terpenting dalam kehidupan seorang yang percaya. Tuhan tidak menyuruh kita untuk setakat membaca Alkitab. Kita perlu menyelidiki dan dapat mengendalikannya dengan betul. Menyelidiki Firman Tuhan itu bukannya mudah. Bacaan sepintas lalu ke atas Firman Tuhan boleh menghasilkan satu kesimpulan yang salah. Oleh sebab itu, sangat penting untuk memahami beberapa prinsip dalam menentukan erti Firman Tuhan dengan betul.

Pertama, penyelidik Alkitab mesti berdoa dan meminta Roh Kudus untuk memberikan pemahaman, sebab itu merupakan salah satu daripada peranan-Nya. “Tetapi apabila Ia datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang akan datang.” (Yohanes 16:13). Sebagaimana Roh Kudus telah memimpin rasul-rasul dalam penulisan Perjanjian Baru, Dia juga membimbing kita dalam pemahaman Firman Tuhan. Ingatlah bahawa Alkitab itu adalah buku Tuhan, dan kita perlu bertanya kepada Tuhan apa ertinya. Sekiranya anda seorang Kristian, Penulis Firman Tuhan – Roh Kudus- diam di dalam anda, dan Dia mahu anda memahami apa yang telah ditulis-Nya.

Kedua, kita tidak akan menarik keluar satu ayat daripada ayat-ayat di sekitarnya dan cuba mencari makna kepada ayat itu di luar daripada konteknya. Kita perlu sentiasa membaca ayat-ayat dan bab-bab di sekitar untuk mengerti konteksnya. Semua Firman Tuhan itu datangnya daripada Tuhan (2 Timotius 3:16; 2 Petrus 1:21) tetapi Tuhan telah menggunakan manusia untuk menulisnya. Orang-orang ini mempunyai tema mereka , tujuan penulisan dan isu-isu yang sedang mereka atasi sewaktu mereka menulis. Kita perlu membaca latarbelakang kitab-kitab, ditulis kepada siapa, bila ditulis, dan kenapa ia telah ditulis. Juga kita perlu berhati-hati dalam membiarkan teks untuk berbicara untuk dirinya sendiri. Kadangkala orang akan memasukkan pengertian mereka sendiri supaya mendapatkan penasfiran dendiri.

Ketiga, kita tidak boleh berusaha sendiri dalam penyelidikan Alkitab kita. Adalah satu kesombongan bila mengatakan kita tidak dapat memahami apa-apa melalui pekerjaan orang lain yang sepanjang hayatnya telah menyelidiki Firman Tuhan. Beberapa orang melakukan kesilapan apabila berfikir mereka dapat menghadapi Alkitab dengan pemikiran yang hanya bergantung kepada Roh Kudus dan dengan cara itu akan menemui semua kebenaran-kebenaran tersembunyi dalam Alkitab. Kristus, dalam memberikan Roh Kudus, telah memberikan kepada umat yang mempunyai karunia-karunia rohani kepada tubuh Kristus. Salah satu daripada karunia-karunia rohani itu adalah karunia mengajar (Efesus 4:11-12; 1 Korintus 12:28). Guru-guru ini telah diberikan Tuhan untuk membantu kita dapat memahami dan mentaati Firman Tuhan dengan betul. Adalah bijak untuk sentiasa menyelidiki Firman Tuhan dengan orang-orang percaya yang lain, saling membantu dalam memahami dan menerapkan kebenaran Firman Tuhan.

Jadi apakah kesimpulan terbaik tentang cara menyelidiki Alkitab? Pertama, melalui doa dan kerendahan hati, kita mesti bergantung kepada Roh Kudus untuk memberi kita pemahaman. Kedua, kita perlu menyelidiki Firman Tuhan di dalam konteksnya sebab kita menyedari bahawa Alkitab dapat menjelaskan dirinya sendiri. Ketiga, kita harus hormati usaha orang-orang Kristian yang lain,dahulu dan sekarang, yang juga telah berusaha mengkaji Firman Tuhan dengan teratur. Ingat, Tuhan Allah merupakan Penulis Alkitab, Dia mahu kita memahaminya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah cara yang betul untuk menyelidiki Alkitab?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries