settings icon
share icon
Soalan

Apakah deisme terbuka?

Jawapan


“Deisme terbuka” yang juga dikenali sebagai “teologi keterbukaan” dan “keterbukaan Tuhan” merupakan satu usaha untuk menjelaskan pengetahuan ke depan Tuhan dalam hubungannya dengan kebebasan manusia. Hujah deisme terbuka adalah ini: manusia adalah benar-benar bebas. Sekiranya Tuhan benar-benar mengetahui masa depan, manusia tidak dapat mengalami kebebasan yang sebenarnya. Oleh yang demikian, Tuhan tidak tahu semua perkara berhubung masa depan. Deisme terbuka mengatakan masa depan tidak dapat diketahui. Oleh itu, Tuhan tahu segala sesuatu yang dapat diketahui tetapi Dia tidak tahu masa depan.

Deisme terbuka mendasarkan kepercayaan ini ke atas Firman Tuhan yang berkata “maka menyesallah TUHAN..” atau seperti Tuhan “merasa terkejut” dan “seperti mendapat penambahan pengetahuan” (Kejadians 6:6; 22:12; Keluaran 32:14; Yunus 3:10). Memandangkan banyak bahagian Firman Tuhan yang mengatakan tentang pengetahuan Tuhan tentang masa depan, maka bahagian Firman Tuhan ini perlu difahami sebagai usaha Tuhan untuk menjelaskan diri-Nya dalam cara yang kita dapat difahami. Tuhan tahu tindak-tanduk dan keputusan yang kita akan ambil, tetapi Tuhan “menyesal” terhadap tindakan-Nya yang akan diambil-Nya berdasarkan tindakan-tindakan kita.Kekecewaan Tuhan ke atas kejahatan manusia bukan bermakna Dia tidak menyedari bahawa sesuatu perkara itu akan berlaku.

Mazmur 139 :4, 16 sangat bertentangan dengan deisme terbuka kerana Firman Tuhan berkata “Sebab sebelum lidahku mengeluarkan perkataan, sesungguhnya, semuanya telah Kauketahui, ya TUHA... mata-Mu melihat selagi aku bakal anak, dan dalam kitab-Mu semuanya tertulis hari-hari yang akan dibentuk, sebelum ada satu pun dari padanya.” Bagaimana mungkin Tuhan meramal dengan tepat butiran-butiran rumit tentang Yesus Kristus sekiranya Dia tidak mengetahui masa depan?Bagaimana mungkin Tuhan menjamin keselamatan kekal kita sekiranya Dia tidak tahu apa yang ada di masa depan?

Akhirnya, deisme terbuka gagal dalam usahanya untuk menjelaskan apa yang tidak dapat dijelaskan iaitu hubungan di antara pengetahuan ke depan Tuhan dengan kebebasan manusia sebagaimana Kalvinisme yang ekstrim gagal membuat manusia untuk tidak lebih daripada robot-robot yang telah diprogramkan. Deisme terbuka gagal kerana ia menolak kemahatahuan Tuhan dan kedaulatan Tuhan. Tuhan perlu difahami dengan iman, kerana “tanpa iman tidak mungkin orang berkenan kepada Allah” (Ibrani 11:6a). Oleh yang demikian deisme terbuka tidak bersesuaian dengan Firman Tuhan. Ia satu lagi jalan manusia yang terbatas berusaha memahami Tuhan yang tidak terbatas. Deisme terbuka harus ditolak oleh pengikut-pengikut Yesus. Walaupun deisme terbuka merupakan penjelasan tentang perhubungan di antara pengetahuan ke depan Tuhan dan kebebasan manusia, ia bukanlah satu penjelasan yang Alkitabiah.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah deisme terbuka?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries