settings icon
share icon
Soalan

Apakah doa keselamatan?

Jawapan


Ramai orang bertanya, "Apakah terdapat doa yang boleh saya amalkan untuk mendapatkan keselamatan diri saya?" Ketika mempertimbangkan soalan ini, perlu diingat bahawa keselamatan bukanlah diperolehi dengan memetik doa atau mengucapkan kalimat-kalimat tertentu. Alkitab tidak menggabungkan orang-orang yang diselamatkan dengan cara berdoa. Berdoa bukanlah jalan keselamatan yang sebenar menurut Alkitab.

Keselamatan dari segi Alkitab adalah dengan mempercayai Yesus. Yohanes 3:16 menerangkan, "Allah sangat mengasihi orang di dunia ini sehingga Dia memberikan anakNya yang tunggal,supaya setiap orang yang percaya kepada Anak itu itu tidak binasa tetapi beroleh hidup sejati dan kekal." Keselamatan oleh iman (Efesus 2:8), dengan cara menerima Yesus sebagai Juruselamat (Yohanes 1:12), hanya mempercayai Yesus (Yohanes 14:6; Kisah Rasul 4:12) – bukan melalui berdoa.

Berita Alkitab tentang keselamatan adalah sederhana dan jelas, dalam masa yang sama mengujakan. Semua orang yang telah berdosa melawan Allah mereka (Roma 3:23). Tiada seorang pun yang tidak pernah berbuat dosa seumur hidupnya (Pengkhutbah 7:20). Disebabkan dosa-dosa maka kita layak dihukum oleh Allah (Roma 6:23), dan hukuman itu adalah kematihan fiikal serta kematian rohani. Disebabkan dosa-dosa kita dan hukuman tersebut, tiada yang dapat dilakukan pada diri sendiri untuk berdamai dengan Allah. Lantaran kasih Allah kepada kita, Dia menjadi manusia dalam diri Yesus Kristus. Yesus hidup sempurna dan mengajar akan kebenaran. Namun umat menolakNya dan menyalib Yesus sehingga mati. Melalui perbuatan keji itu, Yesus telah mati menggantikan kita. Yesus menanggung beban dan penghakiman dosa menggunakan dirinya sendiri dan mati demi kita (2Korintus 5:21). Yesus dibangkitkan (1Korintus 15), melangsaikan harga dosa, dan menandakan Dia telah mengalahkan dosa serta kematian. Dari pengorbanan Yesus ini, Allah menawarkan keselamatan sebagai anugerah kepada kita. Allah menyeru kita agar mengubah pandangan terhadap Yesus (Kisah Rasul 17:30), dan menerima Dia sebagai pembayaran penuh demi dosa-dosa kita (1Yohanes 2:2). Keselamatan diperoleh melalui anugerah yang Allah tawarkan, bukan melalui doa yang dibaca.

Ini tidak bermaksud bahawa doa tidak berkaitan dalam penerimaan keselamatan. Jika anda mendalami Injil, percayalah bahawa Injil itu benar, dan telah menerima Yesus demi keselamatan anda itu –lebih baik dan layak menyatakan iman kepada Allah melalui berdoa. Berbual lah dengan Allah melalui doa untuk melangkah ke hadapan dan menerima fakta tentang Yesus sebagai kebenaran seterusnya mempercayai Dia adalah Juruselamat kita. Doa dihubungkan sebagai tindakan meletakkan iman anda terhadap Yesus demi mendapatkan keselamatan. Walau bagaimanapun ditegaskan lagi bahawa itu tidak menyamai bergantung pada keselamatan. Anda sekadar berdoa. Berdoa tidak akan menyelamatkan anda! Andai anda inginkan keselamatan yang tersedia melalui Yesus Kristus, berimanlah kepadaNya. Mempercai sepenuhnya akan kematianNya sebagai korban yang memadai bagi dosa-dosa anda. Bergantunglah sepenuhnya pada Dia, Juruselamat anda. Inilah bagaimana Alkitab menerangkan keselamatan. Jika anda telah menerima Yesus sebagai Juruselamat, ucapkanlah doa ke hadirat Allah. Nyatakan pada Allah betapa bersyukurnya anda kerana Yesus, nyatakan syukur anda di atas kasih dan pengorbananNya itu. Nyatakan anda berterima kasih kepada Yesus di atas kematianNya dan keselamatan yang disediakan bagi diri anda. Inilah hubungannya keselamatan dan doa Alkitabiah.

Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah doa keselamatan?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries