settings icon
share icon
Soalan

Adakah iman dan Sains bercanggah?

Jawapan


Sains didefinisikan sebagai “pemerhatian, pengenalpastian, penjelasan, penyelidikan ujikaji dan penjelasan teori terhadap fenomena. ” Sains merupakan kaedah yang dapat digunakan manusia untuk lebih dapat memahami alam semulajadi ini. Ia merupakan pencarian pengetahuan melalui pemerhatian. Kemajuan dalam ilmu sains menunjukkan pencapaian lojika dan bayangan manusia. Bagaimanapun, kepercayaan seorang Kristian dalam sains tidak boleh sama dengan kepercayaan kita di dalam Tuhan. Seseeorang Kristian boleh memiliki iman di dalam Tuhan dan menghormati ilmu sains, asalkan kita tahu yang sempurna dengan yang tidak.

Kepercayaan kita dalam Tuhan adalah kepercayaan berdasarkan iman. Kita beriman kepada Anak-Nya untuk keselamatan, beriman kepada Firman-Nya untuk arahan dan beriman kepada Roh Kudus untuk pimpinan. Iman kita di dalam Tuhan haruslah mutlak, sejak kita meletakkan iman kita di dalam Tuhan, kita bergantung kepada Pencipta yang sempurna, maha berkuasa dan maha tahu. Kepercayaan kita dalam sains harus bersifat intelek dan tidak lebih daripada itu. Kita percaya sains dapat melakukan banyak perkara tetapi kita juga percaya sains dapat melakukan banyak kesilapan. Sekiranya kita meletakkan iman kita di dalam sains maka kita bergantung kepada manusia yang tidak sempurna, berdosa dan terbatas. Sejarah mengatakan Sains telah salah dalam banyak perkara ccontohnya bentuk bumi ini, penerbangan menggunakan kuasa, vaksin, pemindahan darah dan juga tentang penghasilan anak. Tetapi Tuhan tidak pernah salah.

Tidak ada yang perlu ditakuti dalam kebenaran. Oleh itu tiada sebab bagi seorang Kristian untuk merasa takut terhadap sains yang baik. Menyelidiki lebih dalam tentang bagaimana Tuhan membentuk alam semesta membantu manusia untuk menghargai penciptaan yang menghairankan. Mengembangkan pengetahuan membantu kita melawan penyakit, kejahilan dan salah faham. Tetapi bahaya apabila para saintis meletakkan iman kepada lojika manusia lebih tinggi daripada iman kepada Pencipta kita. Orang-orang ini sama saja dengan orang yang telah berpegang kuat kepada suatu agama; mereka telah memilih untuk beriman kepada manusia dan akan berusaha mencari fakta-fakta untuk mempertahankan keprcayaan mereka itu.

Namun saintis yang paling rasional sekalipun, juga mereka yang tidak mahu mempercayai Tuhan, mengakui kekurangan pemahaman manusia terhadap alam semesta. Mereka akan mengaku bahawa Tuhan dan Alkitab tidak dapat dibuktikan salah oleh sains, sebagaimana banyak daripada teori mereka yang terkenal tidak dapat dibuktikan mahupun dinyatakan salah. Sains merupakan disiplin yang neutral, ia hanya bertujuan mencari kebenaran dan bukannya untuk memperluaskan suatu agenda.

Banyak dalam sains yang menyokong kewujudan dan pekerjaan Tuhan. Mazmur 19:1 berkata, “Langit menceritakan kemuliaan Allah, dan cakrawala memberitakan pekerjaan tangan-Nya.” Apabila sains moden menemukan lebih banyak maklumat tentang alam semesta, kita mendapat lebih banyak bukti untuk penciptaan. DNA yang kompleks dan membuat salinan semula, kerumitan dan percantuman hukum-hukum fizik dan keharmonian mutlak keadaan kimia di atas bumi ini kesemuanya menyokong mesej Alkitab. Seorang Kristian perlu memeluk sains yang mencari kebenaran tetapi menolak “imam-imam sains” yang meletakkan pengetahuan manusia mengatasi Tuhan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Adakah iman dan Sains bercanggah?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries