Soalan
Adakah seorang isteri harus tunduk kepada suaminya?
Jawapan
Sikap tunduk merupakan isu yang sangat penting dalam perkahwinan. Sebelum dosa masuk ke dalam dunia sudah terdapat prinsip kepimpinan (1 Timotius 2:13). Adam telah dicipta terlebih dahulu dan Hawa diciptakan untuk menjadi “penolong” (Kejadian 2:18-20). Pada masa yang sama, tidak ada wibawa yang perlu ditaati manusia kecuali kewibawaan Tuhan memandangkan belum ada dosa pada waktu itu. Apabila Adam dan Hawa melanggar perintah Tuhan, dosa masuk ke dalam dunia dan kewibawaan pun diperlukan. Oleh sebab itu Tuhan telah menetapkan kewibaan untuk menguatkuasakan hukum dan memberikan perlindungan yang kita perlukan. Pertama,kita perlu tunduk kepada Tuhan dan ini merupakan satu-satunya jalan untuk benar-benar mentaati-Nya (Yakobus 1:21; 4:7). Dalam 1 Korintus 11:2-3, kita dapati suamii perlu tunduk kepada Kristus sebagaimana Kristus perlu tunduk kepada Tuhan Allah. Ayat itu kemudiannya berkata isteri perlu menuruti teladan tersebut dan tunduk kepada suaminya.
Sikap tunduk merupakan respon semulajadi dalam satu perhubungan cinta kasih. Apabila seorang suami mengasihi isterinya sebagaimana Kristus mengasihi gereja (Efesus 5:25-33), maka sikap tunduk merupakan respon semulajadi seorang isteri terhadap suaminya. Perkataan Yunani yang diterjemah sebagai “tunduk,” hupotasso, merupakan bentuk berterusan daripada kata perbuatan tersebut. Ini bererti tunduk kepada Tuhan Allah, kerajaan atau terhadap seorang suami. Ianya bukan satu tindakan sekali sahaja melainkan satu tindakan yang berterusan. Ianya berterusan sehingga menjadi corak tingkah laku. Sikap tunduk yang dibincangkan dalam Efesus 5 bukan bersifat ke satu pihak sahaja iaitu terhadap seorang yang mahu menguasai semua perkara dan mementingkan diri sendiri. Sikap tunduk yang Alkitabiah direkabentuk bagi dua orang yang dipenuhi Roh Kudus dan saling tunduk terhadap satu dengan yang lain dan terhadap Tuhan Allah. Sikap tunduk bersifat dua hala. Sikap dan tindakan tunduk merupakan satu kedudukan hormat dan yang sangat lengkap sifatnya. Apabila seorang isteri dikasihi sebagaimana gereja dikasihi oleh Kristus, sikap tunduk bukanlah perkara yang sukar dilakukan. Efesus 5:24 berkata, “Karena itu sebagaimana jemaat tunduk kepada Kristus, demikian jugalah isteri kepada suami dalam segala sesuatu..” Ayat ini berkata seorang isteri perlu tunduk kepada suaminya dalam segala hal yang baik dan berlandaskan hukum. Oleh yang demikian seorang isteri tidak terikat untuk melanggar hukum atau mengengkari Tuhan atas alasan ‘tunduk’.
Matthew Henry Menulis: “Wanita telah diciptakan dari tulang rusuk Adam. Dia tidak diciptakan daripada kepala untuk memerintah ke atas lelaki, bukan pula diciptakan daripada kaki supaya diinjak-injak oleh lelaki, tetapi daripada sebelah sisinya supaya menjadi setaraf dengan dia, di bawah tangannya untuk dilindungi, dan berhampiran jantungnya untuk dikasihi.” Orang-orang percaya perlu tunduk terhadap satu sama lain dalam takut akan Kristus (Efesus 5:21). Dalam konteksnya, semua yang terdapat dalam Efesus 5:19-33 merupakan akibat daripada dipenuhi dengan Roh. Orang-orang percaya yang dipenuhi Roh menjadi orang-orang yang menyembah (5:19), bersyukur(5:20), dan tunduk (5:21). Paulus melanjutkan pemikirannya tentang kehidupan yang dipenuhi Roh Kudus dan menerapkannya ke dalam perhubungan suami isteri. Seorang isteri perlu tunduk kepada suaminya bukan kerana wanita lebih rendah daripada lelaki tetapi kerana corak yang telah ditentukan oleh Allah supaya perhubungan suami-isteri dapat berfungsi. Sikap tunduk bukan membuatkan seorang isteri menjadi “tempat pijak dan menyapu kaki” seorang suami. Dengan bantuan Roh Kudus, seorang isteri tunduk kepada suaminya dan seorang suami mengasihi isterinya dengan penuh pengorbanan.
English
Adakah seorang isteri harus tunduk kepada suaminya?