settings icon
share icon
Soalan

Bagaimanakah saya boleh mendapat jaminan penyelamatan saya?

Jawapan


Bagaimana kamu boleh pasti bahawa kamu telah diselamatkan? Pertimbangkan 1 Yohanes 5:11-13 : “Inilah kesaksian itu: Tuhan sudah memberi kita hidup sejati dan kekal, dan hidup itu berasal daripada Anak-Nya. Sesiapa yang mempunyai Anak Tuhan, mempunyai hidup itu; dan sesiapa yang tidak mempunyai Anak Tuhan, tidak mempunyai hidup itu. Aku menulis surat ini kepada kamu yang percaya kepada Anak Tuhan, supaya kamu tahu bahawa kamu sudah mempunyai hidup sejati dan kekal.” Siapakah yang mempunyai Anak Tuhan? “Tetapi kepada mereka yang menyambut Dia dan percaya kepada-Nya, mereka diberikan-Nya hak menjadi anak Tuhan” (Yohanes 1:12). Jika kamu mempunyai Yesus, kamu mempunyai hidup itu. Hidup sejati dan kekal. Bukan sementara tetapi kekal.

Tuhan mahu kita semua pasti akan penyelamatan kita. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan Kristian kita setiap hari sambil tertanya-tanya dan bimbang samada kita benar-benar telah diselamatkan atau tidak. Maka, inilah sebabnya kitab Injil memastikan rancangan penyelamatan begitu jelas. Percayalah kepada Yesus Kristus dan kamu akan diselamatkan (Yohanes 3:16; Kisah Para Rasul 16:31) Adakah kamu percaya bahawa Yesus ialah Penyelamat; Dia mati demi membayar hukuman dosa-dosa kamu (Roma 5:8; 2 Korintus 5:21)? Adakah kamu percaya bahawa Dia sahaja penyelamat kamu? Jika jawapan kamu ialah ya, kamu telah diselamatkan! Keyakinan bermakna “tidak mempunyai sebarang keraguan”. Jika kamu percaya sepenuhnya pada Firman Tuhan, kamu akan “tidak mempunyai sebarang keraguan” mengenai fakta dan realiti penyelamatan sejati dan kekal kamu.

Yesus sendiri mengatakan bahawa bagi mereka yang percaya kepada-Nya: “Aku memberi mereka hidup sejati dan kekal, dan mereka tidak akan binasa. Tidak seorang pun dapat merampas mereka dari tangan-Ku. Apa yang diberikan oleh Bapa-Ku kepada-Ku lebih besar daripada segala-galanya. Tidak seorang pun dapat merampas mereka daripada tangan Bapa." (Yohanes 10:28-29). Sekali lagi, firman ini memberi penekanan pada “sejati dan kekal”. Hidup sejati dan kekal sememangnya –sejati dan kekal. Tiada sesiapa pun termasuk kamu sendiri dapat merampas pemberian hidup sejati dan kekal daripada Tuhan Yesus.

Hafal ayat-ayat ini. Kita menyimpan hukum Tuhan dalam hati kita, supaya kita tidak berdosa terhadap Tuhan (Mazmur 119:11), dan hal ini termasuk keraguan. Bergembiralah dengan segala yang dikatakan oleh Firman Tuhan kepada kamu: Kita tidak perlu ragu sebaliknya hidup dengan penuh keyakinan! Kita menerima jaminan daripada Firman Tuhan sendiri yang menyatakan bahawa penyelamatan kita tidak boleh dipersoalkan. Keyakinan kita berdasarkan kasih Tuhan kepada kita melalui Yesus Kristus. Yudas 24-25, "Tuhan, yang dapat menjaga kamu supaya tetap beriman, dan yang dapat membawa kamu ke hadirat-Nya yang mulia dengan sukacita dan tanpa cela. Dialah satu-satunya Tuhan, Penyelamat kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita. Dialah Tuhan yang mulia, agung, berkuasa, dan berwibawa sejak dahulu kala sehingga sekarang dan selama-lamanya! Amin."

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah saya boleh mendapat jaminan penyelamatan saya?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries