settings icon
share icon
Soalan

Mengapa kebangkitan Yesus Kristus penting?

Jawapan


Kebangkitan Kristus penting disebabkan beberapa perkara. Pertama, kebangkitan menunjukkan kekuasaan Allah yang luar biasa hebatnya. Mempercayai kebangkitan adalah mempercayai Allah. Jika Allah itu wujud, dan Dia yang menciptakan alam semesta, serta berkuasa ke atasnya, Dia mempunyai kuasa untuk menghidupkan orang mati. Jika Dia tidak berkuasa seperti itu, Dia bukanlah Allah yang layak diimani dan disembah. Dia sahaja san Pencipta hidup yang boleh membangkitkan dari kematian, Dia sahaja yang dapat memulihkan ketakutan kematian, dan Dia sahaja yang dapat menyingkirkan kematian, serta kemenangan dari kubur. Dengan membangkitkan Yesus dari kubur, Allah memperingatkan kita akan kedaulatanNya yang mutlak ke atas dosa dan kematian.

Kedua, kebangkitan Yesus menjadi kesaksian kebangkitan umat manusia, yang merupakan ciri asas dasar iman Kristian. Berbeza dengan agama-agama lainnya, keKristianan mempunyai kendiri yang melangkaui kematian, dan menjanjikan bahawa umat-umatNya juga sedemmikian. Semua agama (palsu) yang lain dicipta oleh manusia dan nabi yang akan berakhir di kuburan. Sebagai umat Kristian, kita memperoleh penghiburan bahawa Allah menjadi manusia, mati demi dosa-dosa kita, dibunuh dan dibangkitkan pada hari ketiga. Kubur gagal menghalangNya. Dia hidup dan kini duduk di sebelah kanan Allah Bapa di syurga. Gereja yang hidup mempunyai Kepala yang hidup.

Menerusi 1Korintus 15 Paulus menerangkan secara terperinci pentingnya kebangkitan Kristus. Beberapa orang di Korintus tidak mempercayai kebangkitan orang mati, dan dalam hal ini Paulus menerangkan enam konsekuensi parah jika tidak berlaku kebangkitan.

1) perkhabaran tentang Kristus tidak beerti (ayat 14); 2) iman dalam Kristus tidak berguna (ayat 14; 3) saksi-saksi dan pemberita kebangkitan berdusta (ayat 15); 4) tiada yang ditebus daripada dosa (ayat 17; 5) golongan percaya pada zaman dulu telah lenyap (ayat 18; dan 6) umat Kristian paling dikasihani di seluruh dunia (ayat 19).Tetapi Kristus yang telah bangkit dari orang mati dan "telah menjadi buah sulung dari semua yang tertidur" (ayat 20), adalah jaminan bahawa kita turut menjejakiNya dalam kebangkitan.

Firman Allah yang diinspirasikan menjamin kebangkitan golongan percaya terhadap kedatangan Yesus Kristus demi TubuhNya (Gereja) semasa orang mempercayai pengangkatan. Pengharapan dan jaminan sebegini diutarakan dalam nyanyian agung tentang kemenangan yang dicoret oleh Paulus menerusi

1 Korintus 15:155, “"Oh maut di manakah kemenanganmu? Oh maut, di mana sengatmu?" Bagaimana ayat-ayat penutup ini berkaitan dengan pentingnya kebangkitan? Jawab Paulus,"....jerih perihmu tidak sia-sia(ayat 58). Beliau memperingatkan bahawa disebabkan kita tahu akan dibangkitkan ke kehidupan baharu, kita mampu menganggung penganiayaan dan bahaya demi Kristus (ayat 29-31) sepertimana yang dihadapi oleh Kristus, serta ribuan syahid dalam sejarah, dengan rela hati menyerah hidup di dunia demi hidup kekal melalui kebangkitan.

Kebangkitan adalah kemenangan agung dan mulia bagi setiap golongan percaya dalam Yesus Kristus yang mati, dikuburkan, dan dibangkitkan pada hari ketiga, bersesuaian dengan Alkitab Suci. Kemudian, Dia kembali lagi. Golongan yang mati di dalam Kristus akan dibangkitkan, sementara mereka yang tinggal dan hidup semasa kedatanganNya akan berubah dan menerima tubuh baharu yang dimuliakan. (1 Tesalonika 4:13-18). Mengapa kebangkitan Yesus Kristus penting? Ia menunjukkan Allah menerima pengorbanan Yesus demi kita. Hal tersebut membuktikan Allah berkuasa membangkitkan kita di antara orang mati. Perkara ini menjamin mereka yang mempercayai Kristus tidak akan kekal mati, sebaliknya dibangkitkan demi kehidupan kekal abadi. Inilah pengharapan agung kita!

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa kebangkitan Yesus Kristus penting?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries