settings icon
share icon
Soalan

Mengapakah kelahiran daripada seorang dara itu penting?

Jawapan


Pengajaran tentang kelahiran daripada seorang dara sangat penting (Yesaya 7:14; Matius 1:23, Lukas 1:27,34). Pertama sekali, mari kita melihat bagaimana Firman Tuhan menggambarkan peristiwa sangat bermakna ini. Malaikat Gabriel menjawab pertanyaan “bagaimana” daripada Maria dengan, "Roh Allah akan datang kepadamu dan kuasa Allah akan menaungi engkau..” (Lukas 1:35). Malaikat itu memberi dorongan kepada Yusuf dan Maria dengan mengatakan bahawa “anak di dalam kandungannya adalah kerana kuasa Roh Kudus” (Matius 1:20). Matius menulis mengenai dara itu, “ternyata dia mengandung kerana kuasa Roh Kudus” (Matius 1:20). Galatia 4:4 juga mengajar tentang kelahiran daripada seorang dara: “Allah mengutus Anak-Nya sendiri ke dunia. Anak-Nya itu dilahirkan oleh seorang wanita dan hidup di bawah taurat”.

Daripada ayat-ayat ini, jelas bahawa kelahiran Yesus adalah melalui kuasa Roh Kudus yang bekerja di dalam tubuh Maria. Roh yang tidak berbentuk dan rahim Maria yang berbentuk sama-sama terlibat. Maria tentu sekali tidak dapat membuat dirinya mengandung dengan usaha sendiri, maka dalam hal ini Maria hanyalah satu “saluran” semata-mata. Hanya Tuhan yang dapat melakukan mukjizat inkarnasi (Tuhan menjadi manusia) itu.

Tanpa hubungan fizikal di antara Maria dengan Yesus, hal itu akan memberikan implikasi bahawa Yesus bukan seorang manusia sepenuhnya. Firman Tuhan mengajar kita bahawa Yesus ialah manusia sepenuhnya iaitu yang mempunyai tubuh fizikal seperti yang kita miliki. Tubuh ini diterima-Nya daripada Maria. Pada masa yang sama Yesus juga ialah Allah sepenuhnya yang memiliki sifat kekal tanpa dosa. Lihat Yohanes 1:12, 1 Timotius 3:16; dan Ibrani 2: 14-17

Yesus dilahirkan tanpa dosa; maka hal ini bermaksud Yesus tidak mempunyai sifat yang berdosa (Ibrani 7:26). Sifat berdosa diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui keturunan (Roma 5:12,17,19). Kelahiran melalui seorang dara telah mengelakkan warisan sifat yang berdosa ini dan membolehkan Allah dilahirkan sebagai seorang manusia yang sempurna.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapakah kelahiran daripada seorang dara itu penting?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries