Soalan
Apakah klausa filioque?
Jawapan
Klausa filioque dari dulu sehingga sekarang, menjadi kontroversi dalam gereja tentang hubungannya dengan Roh Kudus. Persoalannya, dari siapakah Roh Kudus berasal, Bapa, atau Bapa dan Anak. Kata "filioque" dalam bahasa Latin bermaksud "dan Anak". Hal ini disebut, klausa filioque disebabkan frasa "dan Anak" ditambahkan kepada Kredo Nicea, menunjukkan bahawa Roh Kudus berasal dari Bapa "dan Anak." Terdapat banyak penghujahan tentang hal ini yang akhirnya menyebabkan perpecahan di antara Gereja Roma Katolik dan Ortodoks Timur pada 1054 A.D. Sehingga kini, kedua-dua gereja masih tidak bermuafakat tentang klausa filioque.
Yohanes 14:26 memaklumkan, "...namun Penghibur, Roh Kudus yang akan diutuskan Bapa dalam namaKu..."Yohanes 15:26 memaklumkan, "Sekiranya Penghibur yang Kuutus dari Bapa datang, Roh Kebenaran yang datang dari Bapa, Ia akan bersaksi tentang Aku." Rujuk Yohanes 14:16 dan Filipi 1:19. Ayat-ayat Alkitab ini menunjukkan Roh Kudus diutuskan oleh Bapa dan Anak. Hal yang menjadi asas klausa filioque adalah minat melindungi keilahian Roh Kudus. Alkitab menyebutkan dengan jelas bahawa Roh Kudus itu Allah (Kisah 5:3-4).
Mereka yang menentang klausa filioque merasa terbeban disebabkan mereka mempercayai Roh Kudus berasal daripada Bapa dan Anak, ertinya Roh Kudus "hormat" kepada Bapa dan Anak. Mereka yang menyokong klausa filioque pula mempercayai Roh Kudus berasal dari Bapa dan Anak tanpa kesan Roh Kudus sebagai Allah yang sama taraf dengan Bapa dan Anak.
Kontroversi klausa filioque berkemungkinan besarnya menjadi aspek keperibadian Allah yang kita tidak fahami secara menyeluruh. Allah, peribadi yang tiada had. Roh Kudus merupakan Allah...dan diutuskan oleh Allah sebagai "pengganti" Yesus Kristus di dunia. Adakah Roh Kudus diutuskan oleh Bapa, atau Bapa dan Anak -berkemungkinan besarnya tidak mendapat jawapan memuaskan, serta bukannya sesuatu yang mutkamad harus dijawab. Klausa filioque berkemungkinannya tetap akan menjadi kontroversi.
English
Apakah klausa filioque?