settings icon
share icon
Soalan

Apakah langit yang baru dan bumi yang baru?

Jawapan


Ramai orang mempunyai konsep yang salah tentang syurga. Wahyu 21-22 memberikan kepada kita gambaran yang terperinci tentang langit yang baru dan bumi yang yang baru. Selepas peristiwa-peristiwa akhir zaman langit dan bumi yang ada sekarang akan berlalu dan akan digantikan dengan langit yang baru dan bumi yang baru. Tempat tinggal kekal orang-orang percaya adalah bumi yang baru. Bumi yang baru adalah “syurga” tempat di mana kita akan menjalani kehidupan kekal. Ia adalah bumi yang baru di mana terletaknya kota syurgawi iaitu Yerusalem Baru. Ianya bumi yang baru di mana akan ada gerbang-gerbang mutiara dan jalanraya-jalanraya yang diperbuat daripada emas.

Syurga–iaitu bumi yang baru-merupakan satu tempat fizikal di mana kita akan diam dengan tubuh kemuliaan kita (1 Korintus 15:35-58). Konsep yang mengatakan syurga berada di awan-awan adalah tidak Alkitabiah. Juga konsep yang berkata kita akan wujud seperti roh-roh yang terapung-apung di udara juga tidak Alkitabiah. Syurga yang akan dinikmati oleh orang-orang percaya adalah sebuah planet yang baru dan yang sempurna dan itulah yang akan menjadi tempat kediaman kita. Bumi yang baru ini akan bebas daripada dosa, kejahatan,penyakit,penderitaan dan kematian. Ia mungkin sama dengan bumi yang kita ada sekarang ini atau merupakan satu bumi yang dicipta semula tetapi tidak akan ada kutuk dosa di dalamnya.

Bagaimana dengan langit yang baru? Langit dalam minda orang-orang di zaman lampau merujuk kepada angkasa lepas, juga kepada tempat kediaman Tuhan. Jadi apabila Wahyu 21:1 merujuk kepada langit yang baru, ia menunjukkan kepada kita bahawa keseluruhan alam semesta akan dicipta menjadi baru – bumi yang baru,langit yang baru dan angkasaraya yang baru. Nampaknya seperti syurga juga akan diciptakan semula, bagi memberikan permulaan baru yang segar kepada segala sesuatu, samada jasmani mahupun rohani. Adakah kita akan masuk ke dalam langit dan bumi yang baru? Mungkin juga, tetapi kita kena tunggu untuk mengetahuinya. Semoga kita semua membenarkan Firman Tuhan untuk membentuk pemahaman kita tentang syurga.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah langit yang baru dan bumi yang baru?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries