Soalan
Apakah langkah-langkah menuju keselamatan?
Jawapan
"Kerana dengan kematian Kristus kita dibebaskan, maknanya Allah sudah mengampunkan dosa kita (Efesus 1:7).
Langkah-langkah keselamatan boleh membingungkan kita kerana untuk masuk ke syurga perlu mengikuti "langkah-langkah" sebagaimana dinyatakan oleh ayat di atas; keselamatan itu anugerah Tuhan, kita tidak boleh menghasilkannya sendiri (Titus 3:5). Akibat mati rohani, kerana seseorang tidak mampu mengasihi Tuhan (Efesus 2:1).
Syukur "tatkala kita sedang berdosa" (Roma 5:8), Tuhan menebus kita. Penebusan ini untuk membayar harga bagi membebaskan tawanan. Dengan cara mengorbankan anakNya di atas salib, Tuhan membayar upah dosa (kematian), membebaskan orang-orang berdosa dari penaklukan dosa. Dengan cara membangkitkan Kristus dari kuburnya, Tuhan membuktikan pengorbanan itu efektif dan memberi kuasa Tuhan Yesus untuk memerintah serta berdoa syafaat bagi kita di sebelah kanan Allah Bapa (Roma 4:25; Markus 16:19).
Walaupun tidak dapat memasuki syurga melalui jalan keselamatan, kita diseru agar bertindakbalas penebusan Kristus melalui penyesalan dan iman. Tindak balas ini adalah anugerah Tuhan (Efesus 2:8-9). Disebabkan itu, pertanyaan ini dinyatakan dengan tepat, "Apakah langkah-langkah dari Tuhan bagi keselamatan golongan berdosa"? Dia melaksanakannya melalui Yesus Kristus!
"Semua orang telah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Tetapi oleh rahmat Allah yang dikurniakan dengan percuma, hubungan manusia dengan Allah menjadi baik semula, melalui Yesus Kristus yang membebaskan mereka….Oleh itu kita tidak mempunyai apapun untuk dibanggakan!Mengapa demikian? Adakah kerana kita mentaati Taurat? Tidak, tetapi kerana kita percaya. (Roma 3:23-24, 27-29).
Pertanyaan berikutnya adalah, "Bagaimana kita seharusnya, melalui anugerah Tuhan menghadapi kematian dan kebangkitan Kristus?" Marilah kita menyelidiki tiga respons tersebut. Renungkan adakah anda perlu menanggapi anugerah Tuhan demi diselamatkan dari dosa dan neraka.
Langkah-langkah menuju Keselamatan (Tindak balas terhadap penebusan Kristus).
1. Mengenalpasti keperluan: Sebelum mengakui Yesus sebagai Juruselamat, anda harus memahami mengapa anda memerlukan seorang Juruselamat. Ramai orang beranggapan jika mereka mentaati hukum maka mereka layak masuk ke syurga. Isunya, bagaimana mereka mentakrifkan hukum. Pada hari pengadilan setelah mati, kita tidak berdiri di hadapan seorang insan yang lemah sebagai hakim. Kita akan memberi mandat kepada Tuhan yang suci yang adil mengadili pemikiran, lisan dan perbuatan kita.
Tuhan menetapkan hukum-hukumNya dalam Alkitab dan diringkas sebagai Sepuluh Hukum. Sudahkah anda melaksanakannya? Mungkin anda berfikir, "Saya tidak pernah membunuh orang," Tetapi Yesus menyatakan makna sebenar berdasarkan hukum Taurat. Dia menyamakan kebencian dengan pembunuhan (Matius 5:21-22; 1Yohanes 3:15). Yesus mengajarkan bahawa memandang seseorang dengan rasa berahi merupakan zina di dalam hati (Matius 5:27-29).
Selain itu, kita telah melanggar dua perintahNya, mengasihi Tuhan dengan sepenuh hati dan mengasihi satu sama lain seperti diri sendiri (Matius 22:37-40). Mencintai harta benda lebih daripada mencintai Tuhan dan diri sendiri lebih daripada orang lain, kita berdosa dan kehilangan kemuliaan Allah (Roma 3:23).
Bersalahkah anda? "Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa,kita menipu diri sendiri dan Allah tidak ada di dalam hati" (1Yohanes 1:8). Hukuman bagi dosa yang layak diterima ialah kematian, iaitu terpisah dari Tuhan di neraka buat selama-lamanya (Roma 6:23). Adakah anda menyedari bahawa anda memerlukan seorang Juruselamat demi menyelamatkan anda daripada dosa-dosa? Itulah anugerah Tuhan yang boleh meyakinkan anda!
2. Menyesali Dosa: Dengan mempercayai Yesus, anda haruslah mengubah fikiran anda. Penyesalan bukanlah penyesalan kerana "Saya terdesak". Penyesalan ialah perubahan pemikiran, kesedihan kerana dosa menyedihkan Tuhan dan bertaubat daripada dosa kepada Kristus yang berkuasa untuk memenangi dosa. Anda tidak boleh menanggung dosa dan Kristus sekaligus.
Walaupun penyesalan melahirkan perubahan sikap, tidak bermaksud kita tidak berdosa lagi. Namun demikian kita akan memandang secara berbeza terhadap dosa. Bukannya menyukai dan menikmati dosa, kita belajar membenci dosa. Tuhan mengubah umpan dosa dengan keinginan murni untuk menggembirakan Tuhan.
Setelah meyakinkan kita tentang dosa (respons pertama), anugerah Tuhan memberi ruang penyesalan dan kemahuan untuk mengubah diri (respons kedua). Berbalik daripada dosa dengan iman yang berpalling kepada satu-satunya Juruselamat dosa.Kepercayaan kepada penebusan Kristus daripada dosa dan kemenanganNya ke atas dosa melibatkan respons ketiga terhadap anugerah Tuhan.
3. Menerima Kristus: Bagi orang-orang berdosa yang bertaubat, Tuhan menyediakan keselamatan daripada hukuman dan kuasa dosa menerusi Yesus.Respons kita mestilah iman kepada Kristus dan apa yang telah dilakukanNya. Yesus hidup dalam hidup yang sempurna kerana Dia adalah Allah yang menyerupai manusia, Yesus mati demi menebus kerana Dia adalah Juruselamat dosa; Yesus juga bangkit sebagai Pemenang di atas dosa dan kematian kerana Dia adalah Tuhan bagi segala-galanya.
Melalui anugerah Tuhan kita bertaubat daripada dosa, mempercayai Yesus sebagai Juruselamat dosa dan kita mentaati Dia sebagai Tuhan kehidupan kita. Kita dilahirkan semula ke dalam hidup baru oleh Roh Kudus. Dengan itu Dia mengubah nafsu kita menjadi ingin memuliakan Tuhan.
Rumusannya, seseorang tidak dapat memasuki syurga dengan mengikuti langkah-langkah tertentu bagi mendapatkan keselamatan. Sebaliknya Tuhan menyeru seseorang yang berdosa itu bertindak balas terhadap penebusan Kristus. Respons pertaubatan dan iman juga adalah iman yang dianugerahkanNya. Orang-orang Kristian tidak membanggakan apa-apapun melainkan Tuhan!
"Dahulu kamu mati secara rohani, kerana kamu tidak taat kepada perintah Allah dan kamu berdosa. Pada masa itu hidup kamu mengikut cara hidup yang jahat daripada orang di dunia ini. Kamu mentaati penguasa roh-roh jahat di angkasa, iaitu roh yang sekarang menguasai orang yang tidak taat kepada Allah. Sebenarnya dahulu kita semua seperti mereka. Kita hidup mengikut tabiat manusia dan melakukan sesuatu yang dikehendaki tubuh dan fikiran kita. Seperti orang lain, kita pun kena kemurkaan Allah. Tetapi Allah sangat berbelas kasihan dan Dia sangat mengasihi kita, sehingga sementara kita mati secara rohani kerana perlanggaran kita, Dia menghidupkan kita semula bersama-sama Kristus. Kamu sudah diselamatkan oleh rahmat Allah. Kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah menghidupkan kita semula bersama-sama Dia supaya kita memerintah dengan Kristus di syurga. Allah melakukan hal itu supaya pada zaman yang akan datang , semua orang akan mengetahui rahmatNya yang tidak terhingga itu. Dia menunjukkan kasihNya kepada kita melalui Kristus Yesus. Hal itu demikian kerana dengan rahmat Allah, kamu diselamatkan oleh sebab kamu percaya kepada Yesus. Penyelamatan itu bukan hasil usaha kamu sendiri, melainkan kurnia Allah. Oleh itu kamu tidak mempunyai alasan untuk bercakap besar tentang hal itu. Kita ciptaan Allah dan kerana kita hidup bersatu dengan Kristus Yesus, Allah telah menjadikan kita untuk mengamalkan perbuatan yang baik, yang sudah disediakanNya untuk kita lakukan (Efesus 2:1-10).
Sila perhatikan Tuhan menyelamatkan umat Kristian ke arah melakukan kerja-kerja yang mulia. Semua agama mengajar untuk mendapatkan keselamatan melalui kerja mulia. Misalnya Islam mengharuskan umatnya mentaati Lima Rukun Islam sebagai langkah-langkah keselamatan.
Dalam masyarakat pluralistik kini menuntut satu agama sebagai kebenaran kelihatannya sombong. Tetapi Tuhan tidak dibatasi oleh keinginan mahupun kepercayaan manusia. Sebagai Hakim berdaulat Dia boleh membiarkan kita dihukum dan akibatnya kita akan kekal terpisah dari Dia di dalam neraka. Sungguhpun demikian, Tuhan telah mengutus Kristus demi menyelamatkan umatNya daripada dosa-dosa.Keagungan Tuhan semata-mata! Jadi bagaimana anda bertindak balas?
Adakah anda sudah membuat keputusan untuk menerima Kristus Yesus sebagai penyelamat anda selepas membaca laman ini? Jika ya, sila tekan butang di bawah "Saya telah menerima Kristus Yesus hari ini".
English
Apakah langkah-langkah menuju keselamatan?