Soalan
Adakah Kristian perlu memohon pengampunan bagi dosa-dosa mereka?
Jawapan
Pertanyaan yang seringkali ditanya adalah, "Bagaimana jika saya berdosa dan meninggal dunia sebelum sempat mengakui dosa tersebut di hadapan Allah? Pertanyaan lain pula, "Apa yang akan terjadi jika saya berdosa, tetapi lupa dan tidak pernah mengakuinya di hadapan Allah?" Kedua-dua pertanyaan ini berasaskan kesimpulan yang mengelirukan.
Keselamatan bukanlah persoalan golongan percaya berusaha mengakui dan bertaubat dari dosa-dosa mereka sebelum meninggal dunia. Keselamatan bukanlah berasaskan apa yang seorang Kristian akui dan bertaubat. Ya kita haruslah mengakui dosa kita terhadap Allah, menyedari bahawa kita telah berdosa. Tetapi tidak harus sentiasa meminta Allah mengampuni kita. Semasa kita mempercayai Yesus Kristus demi keselamatan kita, SEMUA dosa telah diampuni. Itu merangkumi masa lepas, kini dan akan datang, besar ataupun kecil. Golongan percaya tidak patut terus-menerus memohon pengampunan atau bertaubat demi mendapatkan pengampunan dosa. Yesus sudah meninggal untuk membayar hukuman demi dosa-dosa kita, dan semasa diampuni, kesemuanya diampuni (Kolose 1:14, Kisah 10:43).
Apa yang perlu dilakukan tentang mengakui dosa, "Jika mengaku berdosa, maka Dia setia dan adil, sehingga Dia mengampuni semua dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kemungkaran (1 Yohanes 1:9). Sila rujuk bahawa ayat ini tidak menyebutkan memohon pengampunan daripada Allah. Kitab Suci tidak pernah menyuruh golongan percaya dalam Kristus meminta pengampunan Allah. Apa yang 1 Yohanes 1:9 sebutkan adalah "mengakui" dosa terhadap Allah. Perkataan "mengakui" bermaksud "sepakat". Semasa mengakui berdosa di hadapan Allah, kita bersepakat denganNya bahawa kita silap, dan telah berdosa. Menerusi pengakuan, Allah terus-terusan mengampuni kita berdasarkan fakta Dia "setia dan adil".
Bagaimana dikatakan Allah itu "setia dan adil?" Dia setia kerana pengampunan dosa, Dia telah berjanji untuk melakukanNya bagi semua yang menerima Kristus sebagai Juruselamat. Dia adil kerana menetapkan pembayaran Kristus demi dosa-dosa kita, mengetahui bahawa dosa-dosa telah ditebus.
Tetapi 1 Yohanes 1:9 menyatakan bahawa pengampunan bergantung pada kita yang mengakui dosa terhadap Allah. Bagaimana perkara ini berlaku jikalau kesemua dosa sudah diampunkan semasa kita menerima Kristus sebagai Juruselamat? Nampaknya Rasul Yohanes menggambarkan pengampunan "relasional". Secara "posisi" kesemua dosa telah diampuni sebaik sahaja menerima Kristus sebagai Juruselamat. Pengampunan secara "posisi" menjamin keselamatan kita dan menjanjikan hidup kekal di syurga. Ketika kita berhadapan dengan Allah setelah meninggal dunia, Allah tidak akan menolak kita masuk ke syurga disebabkan dosa-dosa kita. Ini lah pengampunan secara "relasi" berdasarkan fakta semasa kita berdosa, kita menyinggung hati Allah dan mendukacitakan RohNya (Efesus 4:30). Meskipun Allah telah mengampuni dosa-dosa kita, ia tetap menghalang hubungan kita dengan Allah. Seorang anak yang bersalah terhadap ayahnya tidak akan dihalau dari keluarga. Ayah yang rohani akan memaafkan anak tanpa syarat. Ketika itu, hubungan baik di antara ayah dan anak tidak akan tercapai sehinggalah dipulihkan. Hal ini hanya berlaku ketika anak mengakui kesalahan terhadap ayah dan meminta maaf. Itulah sebabnya kita harus mengakui dosa terhadap Allah....bukan demi membela keselamatan kita, tetapi demi membawa perhubungan rapat dengan Allah yang mengasihi, dan telah mengampunkan kita.
English
Adakah Kristian perlu memohon pengampunan bagi dosa-dosa mereka?