settings icon
share icon
Soalan

Mengapa saya harus mempercayai kebangkitan Kristus?

Jawapan


Cukup suatu fakta sebagai bukti bahawa Yesus telah dihukum mati di khalayak ramai di Yudea pada abad pertama AD, semasa perintahan Pontius Pilatus, dengan cara disalib, disebabkan permintaan Mahkamah Agama Yahudi. Kesaksian sejarawan bukan Kristian dari Flavius Josephus, Cornelius Tacitus, Lucian dari Samosata, Maimonides, bahkan dari Mahkamah Agama Yahudi sendiri membuktikan kesaksian umat-umat Kristian tentang aspek permulaan sejarah terpenting daripada peristiwa kematian Yesus Kristus.

Berhubung kebangkitanNya, terdapat beberapa bukti yang kukuh. Ahli agama dan negarawan antarabangsa, Sir Lionel Luckhoo (tercatat dalam Guinness Book of World Records kerana kejayaannya membela 245 kes pembunuhan berturut-turut) menjadi lambang antusiasme dan keyakinan orang Kristian terhadap bukti kukuh kebangkitan semasa dia menulis, “Saya berpengalaman sebagai peguam lebih daripada 42 tahun di seantero dunia dan masih aktif mempraktikkannya sehingga kini. Untungnya saya, dalam berkali-kali kejayaan pengadilan dan dengan tegasnya saya membuktikan kebangkitan Yesus Kristus sangat banyak dan kukuh sehingga harus diterima tanpa ragu-ragu sama sekali.”

Tidaklah menghairankan, masyarakat sekular beranggapan, bukti-bukti tersebut secara apatinya sesuai dengan pandangan mereka yang utuh dengan metodologi naturalisme. Bagi mereka yang janggal dengan istilah ini, metodologi naturalisme merupakan usaha manusia untuk menjelaskan sesuatu perkara berdasarkan alasan alamiah dan hanya alasan tersebut semata-mata. Sekiranya sesuatu yang dianggap peristiwa sejarah bercanggahan dengan penjelasan alamiah (seperti mukjizat kebangkitan), para sarjana sekular umumnya menganggapnya skeptisisme melampau, tanpa mempedulikan bukti lain yang kuat sekalipun.

Dari sudut pandang kami, sikap utuh sedemikian terhadap penyebab-penyebab alamiah sama sekali tidak diasaskan oleh bukti-bukti yang cukup merupakan sikap tidak kondusif kepada penelitian yang tidak berasas. Kami bersependapat dengan Dr. Wehner von Braun dan ramai lagi yang tetap mempercayai bahwa memaksa kecenderungan popular falsafah terhadap bukti-bukti yang ada dapat menghalang objektiviti.Dari pandangan Dr. Von Braun, “Terpaksa mempercayai satu rumusan…..adalah penentangan terhadap objektiviti sains itu sendiri.”

Setelah menyatakan hal demikian, marilah kita meneliti beberapa bukti yang menjadi asas kebangkitan.

Bukti pertama tentang kebangkitan Kristus
Marilah kita memulakan dengan kesaksian sungguh-sungguh dari saksi-saksi. Para apologis Kristian yang mula-mula mengumpulkan ratusan saksi mata, beberapa orang daripada mereka mencatatkan pengalaman sendiri. Ramai di antara mereka ini secara sukarela dan nekad untuk mengalami kezaliman yang lama dan kematian daripada menidakkan kesaksian mereka. Fakta-fakta tersebut membuktikan kesungguhan mereka, mustahil mereka menipu. Menurut catatan sejarah (Kisah Rasul 4:1-17; Surat Plini kepada Trajan X, 96, dll) kebanyakan orang Kristian dapat mengakhiri penderitaan mereka dengan menyangkal iman. Tetapi kebanyakan mereka memilih untuk menderita dan tetap menceritakan kebangkitan Kristus sehingga ke akhir hayat.

Harus diakui bahawa mati syahid itu menakjubkan, tetapi bukanlah bukti yang kukuh. Hal itu tidak mengukuhkan kepercayaan sebaliknya lebih menekankan orang yang percaya (dengan memperlihatkan kesungguhan mereka dengan cara yang boleh dibuktikan). Apa yang membuatkan para syuhada Kristian luar biasa ini disebabkan mereka mengetahui apakah yang dipercayai itu benar ataupun salah. Mereka benar-benar melihat Yesus hidup semula, setelah kematianNya atau tidak sama sekali. Inilah yang luar biasa. Jika semua ini hanya satu pembohongan, mengapa begitu ramai yang mempertahankannya dalam keadaan yang harus ditanggung? Mengapa mereka terus mempercayai kepalsuan yang merugikan dan sanggup menanggung kezaliman, penjara, siksaan dan kematian?

Meskipun tidak disangkal para pembajak pada 11 September 2001 mempercayai kata-kata mereka (buktinya dengan kerelaan untuk mati demi kepercayaan), mereka tidak mengetahui apakah itu benar ataupun tidak. Mereka beriman pada tradisi yang diwarisi. Sebaliknya, orang-orang Kristian yang mula-mula menjadi syahid diperturun dari generasi awal. Mereka melihat sepertimana yang diperkatakan atau sama sekali tidak melihatnya.

Antara saksi yang paling menonjol adalah Rasul-rasul. Golongan mereka secara berkelompoknya mengalami perubahan drastik setelah melihat Kristus dibangkitkan. Ketika Yesus disalib, mereka bersembunyi kerana ketakutan. Setelah berlaku kebangkitan, mereka keluar ke khalayak ramai, dengan megahnya mengumumkan kebangkitan itu walaupun terpaksa menganggung kezaliman yang semakin berat. Bagaimana kita dapat menjelaskan hal perubahan mendadak yang drastik itu? Jelas sekali bukan disebabkan keuntungan kewangan. Rasul-rasul mengorbankan segala-galanya, termasuklah penghidupan mereka, demi mengumumkan kebangkitan.

Bukti kedua tentang kebangkitan Kristus.
Bukti ini berkaitan dengan pertaubatan segolongan orang yang ragu, yang paling menonjol adalah Paulus dan Yakobus. Berdasarkan pengakuannya, Paulus seorang penganiaya gereja yang sangat keji. Setelah digambarkan pertemuannya dengan Kristus yang telah bangkit, Paulus mengalami perubahan mendadak serta drastik, dari seorang penganiaya keji kepada salah seorang pejuang gereja yang paling hebat. Samalah seperti orang-orang Kristian yang lain, Paulus menempuh kezaliman, kekurangan, pukulan, pemenjaraan dan eksekusi disebabkan komitmentnya tidak goyah terhadap kebangkitan Kristus.

Yakobus pula seorang yang skeptik walaupun tidak melakukan kekejaman sepertimana Paulus. Pertemuannya dengan Kristus yang telah bangkit menukar dia menjadi orang percaya, yang sukar ditiru, bahkan kemudiannya pemimpin gereja di Yerusalem. Sehingga kini kita masih memiliki surat-suratnya kepada gereja, yang umumnya mula diterima oleh sarjana-sarjana. Sepertimana Paulus, Yakobus turut sanggup menderita dan mati demi kesaksiannya, inilah fakta yang membuktikan kedalaman imannya (lihat Kisah Para Rasul dan Antiquities of Jews XX, ix, 1 yang ditulis oleh Josephus).

Bukti ketiga dan keempat tentang kebangkitan Kristus
Bukti ketiga dan keempat berkaitan dengan kesaksian musuh-musuh tentang kubur yang kosong dan fakta bahawa kepercayaan tentang kebangkitan tersebar luas di Yerusalem. Yesus dihukum mati di khalayak ramai dan dimakamkan di Yerusalem. Mustahil kepercayaan tentang kebangkitannya tersebar luas di Yerusalem sementara tubuhnya masih terbujur kaku dalam kubur yang boleh digali semula oleh Sanhedrin, ini dipertonton kepada orang ramai, dan hal ini membuktikan kepalsuan kebangkitannya. Malahan, Sanhedrin telah memfitnah murid-murid mencuri jenazah Yesus, untuk menjelaskan kehilangan jenazah tersebut (dan kubur yang kosong). Dapatkah kita menjelaskan fakta tentang kubur yang kosong?

Inilah tiga penjelasan umum.
Pertama, murid-murid mencuri jenazah Yesus. Jika berlaku begitu, mereka akan mengetahui kebangkitan itu hanyalah pembohongan. Disebabkan itu mereka tidak mungkin sanggup menderita dan mati demi hal itu (lihat bukti pertama tentang kesungguhan saksi mata). Kesemua saksi mata akan sedar mereka tidak benar-benar melihat Kristus bangkit dari mati dan disebabkan itu mereka berbohong. Lantaran itu, ramai orang bersubahat, pasti salah seorangnya akan mengaku, jika bukan untuk mengakhiri penderitaan dirinya, tetapi kawan-kawan atau keluarganya.Generasi Kristian yang awal dizalimi, terutamanya ketika kebakaran di Rom pada tahun 64 AD (kebakaran yang dipercayai diperintahkan oleh Nero bagi menyediakan ruang untuk meluaskan istananya, tetapi difitnahkan oleh orang-orang Kristian di Rom untuk membebaskan dirinya) Sepertimana diceritakan oleh sejarawan Rom, Cornelius Tacitus, dalam Annals of Imperial Rome (diterbitkan kepada satu generasi setelah kebakaran itu).

“Nero bersalah dan sangat kejam menzalimi masyarakat yang paling dibencinya, merekalah orang-orang Kristian di kalangan masyarakat umum. Semasa pemerintahan Tiberius, Kristus, menempuh hukuman yang amat kejam dalam tangan pemerintah kita, Pontius Pilatus, dan fitnah paling jahat bukan sahaja berlaku di Yudea, sumber kezaliman pertama, malah di Rom, yang mana hal yang memalukan seluruh dunia itu menjadi mahsyur. Sementelahan itu, mula-mulanya mereka yang mengaku bersalah ditangkap, dan berdasarkan maklumat mereka, orang ramai didakwa, bukannya disebabkan membakar kota, tetapi disebabkan kezaliman melebihi kemanusiaan. Setelah mereka matipun, masih dihina. Mereka diselimuti kulit haiwan buas dan dicabik-cabik oleh anjing sehingga mati, dipaku di salib, atau dibakar serta dijadikan unggun api ketika malam menjelma (Annals, XV, 44).

Nero menggunakan tubuh orang Kristian yang dibakar hidup-hidup sebagai unggun api bagi pesta taman yang dianjurkannya. Bagi yang menempuh kezaliman dan kesakitan luar biasa ini, pastilah ada yang mengakui kebenaran. Malangnya, kita tidak mendapat catatan bahawa ada orang Kristian yang menyangkal iman kerana hendak mengakhiri penderitaan.Malahan, kita menerima pelbagai cerita tentang kemunculan setelah kebangkitan dan ratusan mata yang menyaksikan sanggup mati dan menderita disebabkannya.

Jika murid-murid tidak mencuri jenazah Kristus, bagaimana hendak menerangkan tentang kubur yang kosong? Ada yang menyatakan Kristus berpura-pura mati, kemudian melarikan diri dari kubur. Hal ini tidak masuk akal. Menurut saksi mata, Kristus dipukul, disiksa, dicambuk dan ditikam. Dia menderita akibat luka yang dalam, kehilangan banyak darah, sesak nafas dan ditikam dengan tombak.Tidak ada asas untuk mempercayai Yesus Kristus (atau sesiapapun) boleh melepaskan diri ketika menderita seperti itu, berpura-pura mati, berbaring dalam kubur selama tiga hari tiga malam tanpa rawatan perubatan, makanan atau air, kemudiannya mengangkat batu besar yang menutup kuburnya, melarikan diri tanpa jejak (jejak darah), lantas meyakinkan ratusan saksi mata bahawa dia bangkit dari kematian dalam keadaan sihat walafiat.Kemudiannya menghilang lagi tanpa jejak. Pemikiran sebegini tidak masuk akal.

Bukti kelima tentang kebangkitan Kristus
Akhirnya, bukti kelima berkaitan dengan keanehan kesaksian saksi mata. Dalam kebanyakan cerita tentang kebangkitan, wanita-wanita disebut saksi pertama atau utama. Hal ini agak ganjil dalam budaya Rom dan Yahudi kuno kerana wanita dipandang rendah. Kesaksian mereka dianggap tidak penting dan boleh diabaikan. Mengenangkan hal ini, tidak mungkin pencipta mereka cerita bohong dalam abad pertama Yahudi ingin memilih wanita sebagai saksi pertama mereka.Dari seramai-ramai murid belia yang mengaku menemui Yesus yang telah bangkit, jika itu satu pembohongan dan kisah itu juga pembohongan, mengapa saksi-saksi yang dipandang rendah dan kurang dipercayai menjadi pilihan?

Dr William Lane Craig menjelaskan, “Semasa anda memahami peranan wanita dalam masyarakat Yahudi dalam abad pertama, aneh bahawa kisah kubur kosong mengutarakan wanita yang pertama menemuinya. Wanita menempati tahap rendah dalam strata sosial abad pertama Palestin. Terdapat pepatah kuno menyebutkan, “Lebih baik firman Taurat dibakar daripada diserahkan kepada wanita,” dan “Diberkatilah dia yang melahirkan anak lelaki, tetapi celakalah dia yang melahirkan anak perempuan.” Kesaksian wanita-wanita tidak sah jika mereka tidak dibenarkan menjadi saksi dalam sistem kehakiman Yahudi. Luar biasa sekali saksi kubur kosong adalah para wanita…semua kisah lagenda pada zaman kebelakangan ini pastinya mencerminkan murid-murid lelaki yang menemui kubur tersebut, seperti Petrus atau Yohanes.Fakta bahawa saksi wanita dari kubur kosong dijelaskan dengan pasti, sama ada suka atau tidak, mereka lah yang menemui kubur kosong tersebut! Hal ini menggambarkan penulis Injil begitu setia mencatatkan peristiwa tersebut walaupun itu memalukan. Hal ini membuktikan sejarah tradisi, dan bukannya lagenda (Dr. William Lane Craig, dikutip oleh Lee Strobel, The Case for Christ, Grand Rapids: Zondervan, 1998, hal. 293.

Rumusan
Bukti-bukti ini: kesungguhan yang jelas saksi-saksi mata (dalam hal para Rasul, perubahan drastik dan tidak diduga), pertaubatan dan kesungguhan puak antagonis serta golongan skeptik yang akhirnya mati syahid, fakta tentang kubur kosong, kesaksian musuh tentangnya, fakta bahawa peristiwa-peristiwa ini berlaku di Yerusalem, tempat kepercayaan tentang kebangkitan serta tersebar luas, kesaksian wanita-wanita, makna kesaksian mereka dari konteks sejarah; semua ini utuh memperlihatkan sifat sejarah dari kebangkitan. Kami menggalakkan pembaca mempertimbangkan bukti-bukti ini. Apa yang diceritakan oleh bukti-bukti ini terhadap anda? Setelah selesai merenungkannya, kami dengan nekadnya menyatakan kutipan dari Sir Lionel” Bukti kebangkitan Yesus Kristus terlalu banyak dan kukuh sehingga harus diterima tanpa ada keraguan sama sekali.”

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mengapa percaya pada kebangkitan?Mengapa tidak lebih awal?Mengapa tidak lebih lewat?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries