Soalan
Adakah seseorang yang percaya boleh merasakan Roh Kudus?
Jawapan
Walaupun beberapa pelayanan tertentu menghasilkan “naluri” contohnya, keyakinan terhadap dosa, penghiburan, dan pemberian kuasa- Alkitab tidak menyuruh kita menerapkan hubungan dengan Roh Kudus berdasarkan apa mahupun bagaimanakah naluri kita. Setiap orang percaya yang telah lahir semula memiliki Roh Kudus di dalam dirinya. Yesus memaklumkan, bahawa ketika sang Penghibur datang, Dia akan bersama-sama mendiami kita,” Aku akan memohon pada Bapa, dan Ia akan memberi seorang Penolong lain, agar Ia menyertai kamu selama-lama, iaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima Dia, sebab mereka tidak melihatNya dan tidak mengenaliNya. Tetapi kamu mengenaliNya, kerana Ia menyertai kamu dan akan mendiami kamu (Yohanes 14:16-17). Dengan erti kata lain, Yesus menghantar Peribadi sepertiNya untuk menyertai dan mendiami diri kita.
Kita mengetahui bahawa Roh Kudus menyertai kita disebabkan Firman Allah memberitahu hal itu. Setiap yang lahir semula akan didiami Roh Kudus, tetapi bukan semua orang percaya “dikuasai” Roh Kudus, dan terdapat perbezaan yang jelas di antara hal ini.
Semasa kita hidup dalam kemanusiaan, kita tidak dikuasai Roh Kudus walaupun Ia mendiami kita. Rasul Paulus mengulas kebenaran ini dan dia menggambarkan agar kita memahami, “Janganlah kamu menjadi mabuk oleh wain, kerana hal itu akan merosakkan hidup kamu. Tetapi hendaklah kamu dikuasai oleh Roh Allah” (Efesus 5:18). Kebanyakan orang yang membaca ayat ini menganggap Paulus melarang meminum anggur. Tetapi konteks bahagian ayat Alkitab ini merupakan kehidupan dan pergaulan orang-orang percaya yang dipenuhi Roh Kudus. Disebabkan itu terdapat sesuatu yang lebih daripada suatu amaran agar tidak keterlaluan meminum anggur.
Semasa seseorang mabuk akibat terlalu banyak meminum anggur, mereka menyerlahkan sifat-sifat tertentu; sewenang-wenang, pertuturan mereka tidak jelas, dan keperibadian mereka terjejas.Inilah perbandingan dari Paulus. Samalah seperti karektor orang yang terlalu mabuk dek anggur, seharusnya mempunyai sifat-sifat orang yang dikuasai Roh Kudus. Bacaan kita dalam Galatia 5:22-24 tentang “buah” Roh. Inilah buah milik Roh Kudus dan disebutkan oleh orang percaya yang telah lahir semula yang di bawah kekuasaan Roh Kudus.
Bentuk ayat dalam Efesus 5:18 memperlihatkan proses bertalian dipenuhi oleh Roh Kudus. Disebabkan nasihat ini agar “terus-terusan dikuasai,” ertinya tidak mustahil untuk “tidak dikuasai” atau dipenuhi Roh Kudus. Selanjutnya dari Efesus 5 memaklumkan kita sifat-sifat orang percaya yang dipenuhi Roh Kudus. Maka berkata-katalah seseorang kepada orang lain dalam mazmur, kidung puji-pujian dan nyanyian rohani. Menyanyi dan bersorak-sorailah demi Tuhan dengan sepenuh hati. Sentiasalah mengucapkan syukur di atas segala sesuatu dalam nama Tuhan kita Yesus Kristus terhadap Allah dan Bapa kita serta rendahkanlah hatimu kepada yang lain demi takut akan Kristus (Efesus 5:19-21).
Disebabkan itu orang percaya yang lahir semula tidak sewajarnya dikuasai oleh hal-hal selain Roh Kudus. Kita tidak akan dikuasai Roh Kudus kerana kita “menganggap” dipenuhi, tetapi disebabkan itu hak dan milik kita dalam Kristus. Dipenuhi atau dikuasai Roh Kudus merupakan hasil dari ketaatan hidup terhadap Tuhan. Inilah anugerah dan bukannya emosi. Emosi biasa akan memperdaya kita, dan menjadikan kita menurutkan emosi semata-mata dari kemanusiaan dan bukannya Roh Kudus. “Maksudku: hiduplah demi Roh, maka kamu tidak akan menuruti kemahuan daging. Jika hidup dengan Roh, hidup juga dipimpin oleh Roh (Galatia 5:16, 25).
Setelah melihatkan semua ini, kita tidak boleh mengandaikan ada waktunya kita dikuasai sebegitu dan kehadiran serta kekuasaan Roh Kudus seringkali menjadi pengalaman emosional. Semasa hal ini berlaku, lahirlah sukacita yang tiada tolok bandingannya. Raja Daud “menari-nari dengan sukacita” (2 Samuel 6:14) semasa mereka membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Menghadapi sukacita Roh difahami kita, anak-anak Allah diberkati anugerahNya. Disebabkan itu sudah tentu pelayanan Roh Kudus melibatkan emosi. Pada masa yang sama, walaupun kerja Roh Kudus melibatkan emosi, kita tidak boleh bergantung berdasarkan jaminan bahawa kita memiliki Roh pada emosi kita.
English
Adakah seseorang yang percaya boleh merasakan Roh Kudus?