settings icon
share icon
Soalan

Mungkinkah Yesus berdosa (boleh atau tidak boleh)? Jika Yesus Jika Yesus tidak boleh berdosa, bagaimana Dia sebenar-benarnya mampu “bersimpati pada kelemahan-kelemahan kita” (Ibrani 4:15). Jika Dia tidak mungkin berdosa, apakah sebabnya Dia diuji?

Jawapan


Persoalan ini terbahagi kepada dua kategori. Agak penting bagi mengingati persoalan adakah Yesus berdosa ataupun tidak. Kedua-dua pihak menerimanya, sebagaimana dijelaskan oleh Alkitab, bahawa Yesus tidak berdosa. Persoalannya, adakah mungkin Yesus boleh berdosa? Sesiapa yang berpegang pada mustahilnya berdosa mempercayai bahawa Yesus tidak boleh berdosa. Yang mana satu pandangan yang betul? Ajaran Alkitab jelasnya menunjukkan mustahil Yesus itu berdosa –Yesus tidak boleh berdosa. Jika berdosa, sehingga ke hari ini Dia akan terus-terusan berdosa kerana Yesus mempunyai intipati yang sama ketika Dia mendiami dunia. Dia adalah Allah-manusia dan akan selama-lamanya begitu, memiliki keilahiah dan kemanusiaan sempurna yang bersatu dalam satu peribadi sehingga tidak dapat dipisahkan. Mempercayai Yesus boleh berdosa, sama lah seperti kita mempercayai Allah boleh berdosa. Kolose 1:19, “Allah sendiri yang menentukan bahawa keperibadian Allah juga terdapat dengan sepenuhnya dalam diri Anak.” Kolose 2:9, “Seluruh keperibadian Allah terdapat dalam diri Kristus…”

Sungguhpun Yesus merupakan insan yang sempurna,Dia tidak dilahirkan dengan alamiah berdosa sepertimana kita. Jelasnya Dia diuji sepertimana kita, iaitu ujian di hadapanNya terdapat Iblis, namun Dia tetap tidak berdosa disebabkan Allah tidak pernah berdosa. Hal ini bertentangan dengan alamiahNya (Matius 4:1; Ibrani 2:18, 4:15; Yakobus 1:13). Berdasarkan definisi dosa terhadap perlanggaran hukum Allah. Allah yang menciptakan Taurat, justeru Taurat itu secara alamiahnya merupakan apa dan tidak akan dilakukan oleh Allah; oleh sebab itu, dosa merupakan segala hal yang tidak akan dilakukan oleh Allah disebabkan alamiahNya.

Bagi diriNya, diuji tidak bermakna berdosa. Seseorang itu boleh diuji dengan sesuatu yang anda tidak mahukan, contohnya membunuh atau melakukan penyimpangan seks.Mungkin anda sama sekali tidak ingin melakukannya, tetapi anda tetap diuji oleh seseorang agar melakukannya. Paling kecil ujian didefinisikan dalam dua:

1) Diuji –menerima tawaran seseorang atau sesuatu di luar jangkaan anda, ataupun alamiah anda sendiri yang ingin melakukan dosa.

2) Diuji- mempertimbangkan diri untuk menyertai perlakuan dosa dan kenikmatan serta konsekuensinya sehingga ke tahap menguasai fikiran anda.

Defini pertama tidak mencerminkan perlakuan/fikiran berdosa, definisi kedua menerangkan hal tersebut. Semasa anda terpasak dengan perlakuan dosa serta mempertimbangkan bagaimana hendak menjayakannya, anda telah melepasi garisan dosa. Yesus diuji sepertimana definisi pertama, namun Dia tidak pernah diuji oleh alamiah dosa disebabkan Dia tidak mempunyai alamiah dosa. Iblis menawarkan perlakuan-perlakuan dosa tertentu kepadaNya, tetapi Dia tiada keinginan dari diriNya untuk melakukan perlakuan itu. Justeru Dia diuji sepertimana kita, tetapi masih juga tidak berdosa.

Sesiapa yang berpegang pada kemungkinan berdosa mempercayai bahawa jika Yesus tidak boleh berdosa, Dia tidak harus mengalami ujian, dan disebabkan itulah tidak dapat berempati dengan pergaulan dan ujian-ujian kita. Kita haruslah mengingati bahawa untuk memahami sesuatu, seseorang itu haruslah mengalaminya sendiri. Allah mengetahui segala-galanya tentang itu. Walaupun Allah tidak ingin berdosa, jelasnya tidak pernah berdosa- Allah tahu dan memahami bagaimana rasanya diuji. Yesus boleh berempati dengan ujia kita kerana Dia mengetahuinya…bukan disebabkan Dia telah “mengalami” pengalaman kita itu.

Yesus tahu bagaimana rasanya diuji, tetapi Dia tidak mengetahui bagaimana rasanya melakukan dosa. Hal seperti ini tidak menghalang Yesus untuk membantu kita. Kita diuji dengan dosa-dosa yang sering dialami orang (1 Korintus 10:13). Dosa-dosa ini umumnya dapat dimasukkan ke dalam tiga jenis: nafsu mata, nafsu daging dan keegoan hidup (1 Yohanes 2:16). Sila perhatikan ujian dan dosa Hawa, samalah dengan ujian Yesus, lantaran anda akan mendapati bahawa semua ujian itu berasal daripada ketiga-tiga kategori ini. Yesus diuji dalam pelbagai cara dan ruang, samalah seperti kita, tetapi Dia tetap suci.Sungguhpun alamiah kita yang telah musnah itu mendesak naluri agar menyertai perlakuan dosa tertentu, kita mampu mengatasi dosa disebabkan kita sudah matang, dan masih hamba Allah.” (Roma 6, khususnya ayat 2, dan 16-22).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Mungkinkah Yesus berdosa (boleh atau tidak boleh)? Jika Yesus Jika Yesus tidak boleh berdosa, bagaimana Dia sebenar-benarnya mampu “bersimpati pada kelemahan-kelemahan kita” (Ibrani 4:15). Jika Dia tidak mungkin berdosa, apakah sebabnya Dia diuji?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries