Soalan
Adakah terdapat sesuatu yang disebut sebagai pasangan jiwa? Adakah Tuhan mempunyai seorang peribadi tertentu untuk anda kahwini?
Jawapan
Pengertian umum tentang “pasangan jiwa” adalah setiap orang akan mempunyai seorang peribadi yang “sempurna kesesuaiannya,” dan sekiranya anda berkahwin dengan orang lain selain orang ini, maka anda tidak akan bahagia. Adakah konsep ini Alkitabiah? Tidak. Konsep ini seringkali digunakan sebagai alasan untuk bercerai. Orang-orang yang tidak bahagia dalam perkahwinan mereka berkata mereka tidak berkahwin dengan pasangan jiwa mereka maka dengan itu harus mencari pasangan hidup mereka yang tepat. Ini tidak lebih daripada sekadar alasan. Satu alasan yang tidak Alkitabiah. Sekiranya anda sudah berkahwin maka orang yang anda telah kahwini merupakan pasangan jiwa anda. Markus 10:7-9 berkata, “Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayahnya dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia.” Sepasang suami isteri “telah disatukan,” “satu daging,” “bukan lagi dua, tetapi satu,” dan “telah dipersatukan.” Itulah pasangan jiwa.
Sesebuah perkahwinan mungkin tidak bersatu dan bersukacita sebagaimana yang diharapkan sepasang suami isteri. Seorang suami dan isteri mungkin tidak mempunyai kesatuan fizikal, emosi dan rohani yang mereka inginkan. Namun suami dan isteri ini merupakan pasangan jiwa. Pasangan dalam keadaan ini perlu berusaha dalam membentuk satu keintiman “pasangan hidup” yang sebenar. Dengan mentaati apa yang diajarkan Alkitab tentang perkahwinan (Efesus 5:22-33), pasangan suami isteri dapat membentuk keintiman, kasih, dan komitmen yang dimaksdukan dengan pasangan jiwa “satu daging”. Sekiranya anda sudah berkahwin, anda berkahwin kepada pasangan jiwa anda. Tanpa mengira ketidakharmonian sesebuah perkahwinan, Tuhan dapat membawa kesembuhan, pengampunan, pemulihan, keharmonian dan cinta kasih perkahwinan yang sesungguhnya.
Adakah mungkin kita berkahwin dengan orang yang silap? Sekiranya kita memberikan diri kita kepada Tuhan dan mencari pimpinan-Nya, Dia berjanji akan memimpin kita: “Percayalah kepada TUHAN dengan segenap hatimu, dan janganlah bersandar kepada pengertianmu sendiri. Akuilah Dia dalam segala lakumu, maka Ia akan meluruskan jalanmu.” ( Amsal 3:5-6). Amsal 3:5-6 memberikan implikasi sekiranya kita tidak mempercayai Tuhan dengan segenap hati melainkan berharap kepada pengertian kita sendiri maka kita akan melangkah ke arah yang salah. Ya, sewaktu tidak taat dan kurangnya persekutuan dengan Tuhan, anda mungkin akan berkahwin dengan seseorang yang bukan kesukaan-Nya untuk anda. Namun dalam keadaan yang sedemikian, Tuhan masih berdaulat dan berkuasa.
Walaupun sesebuah perkahwinan bukan berada dalam kesukaan Tuhan, ia masih dalam kehendak kedaulatan dan rancangan-Nya. Tuhan membenci perceraian (Maleakhi 2:16) dan “berkahwin dengan orang yang salah” tidak pernah dijadikan landasan untuk bercerai dalam Alkitab. Kenyataan yang berkata “Saya telah berkahwin dengan orang yang salah dan tidak akan bahagia sebelum saya bertemu pasangan jiwa saya yang tepat” adalah tidak Alkitabiah dalam dua segi. Pertama, tuntutan itu berkata pilihan anda yang salah telah mengalahkan kehendak Allah dan merosakkan rancangan-Nya. Kedua ianya berkata Tuhan tidak mampu membahagiakan, menyatukan dan memberikan kejayaan kepada satu keluarga yang bergumul. Tidak ada yang kita lakukan dapat merosakkan kedaulatan kehendak Allah. Tuhan dapat mengambil dua orang yang sangat tidak berpadanan dan membentuk mereka menjadi dua orang yang sempurna untuk satu sama lain.
Sekiranya kita mempertahankan perhubungan yang dekat dengan Tuhan Dia akan memimpin dan membimbing kita. Sekiranya seseorang berjalan bersama Tuhan dan sungguh-sungguh mahu melakukan kehendak-Nya maka Tuhan akan memimpin orang itu kepada pasang hidupnya. Tuhan akan memimpin kita kepada “pasangan jiwa” kita sekiranya kita berserah diri kepada Dia dan mengikuti-Nya. Bagaimanapun, menjadi pasangan jiwa merupakan satu kedudukan dan amalan. Seorang suami dan isteri merupakan pasangan jiwa dalam hal mereka adalah “satu daging”, secara rohani, jasmani dan disatukan secara emosi. Dalam amalan, terdapat proses untuk mengerjakan makna pasangan suami isteri dan pasangan jiwa sehingga ianya menjadi satu realti harian. Pasangan jiwa yang benar-benar bersatu hanya dapat dimungkinkan dengan mengerjakan corak perkahwinan Alkitabiah.
English
Adakah terdapat sesuatu yang disebut sebagai pasangan jiwa? Adakah Tuhan mempunyai seorang peribadi tertentu untuk anda kahwini?