settings icon
share icon
Soalan

Bagaimanakah Tuhan membahagi-bahagikan kurniaan roh? Mungkinkah Tuhan mengurniakan saya kurniaan roh jika saya memohonnya?

Jawapan


Roma 12:3-8 dan 1 Korintus 12 jelasnya setiap umat Kristian dikurniakan Roh sesuai dengan kehendak Tuhan. Kurnia-kurniaan Roh diberikan dengan tujuan untuk membina tubuh Kristus (1 Korintus 12:7; 14:12). Masa yang tepat semasa kurniaan ini diturunkan tidak disebutkan secara khusus. Kebanyakan umat menganggap kurniaan Roh diturunkan ketika kelahiran rohani (keselamatan). Tetapi terdapat beberapa ayat yang mungkin menunjukkan Allah turut mengurniakan Roh pada waktu yang baik kebelakangan ini. Sama ada 1 Timotius 4:14 dan 2 Timotius 1:6 merujuk "kurniaan" yang diterima Timotius "oleh nubuat" ketika beliau ditahbiskan. Kemungkinan ini menunjukkan bahawa salah seorang perintis ketika penahbisan Timotius berturut di bawah kekuasaan Allah tentang kurniaan rohani yang akan diberikan pada Timotius demi membolehkan beliau melayani kelak.

Dalam 1 Korintus 12:28-31 and 1 Korintus 14:12-13 kita turut dimaklumkan bahawa Allah (dan bukannya diri kita) yang memilih kurniaan itu. Ayat-ayat tersebut menunjukkan bukan semua orang akan memiliki kurniaan tertentu. Paulus memaklumkan orang-orang yang percaya di Korintus, jika mereka ingin menerima kurniaan rohani, mereka haruslah membuang ketaksuban kepada kurniaan yang "luar biasa" atau "yang kelihatan", dan mencari kurniaan-kurniaan yang membina, seperti bernubuat (menyebarkan Firman Tuhan untuk membimbing umat lain). Mengapa Paulus menyuruh mereka mencari kurniaan-kurniaan "terbaik" jika mereka sudah boleh mendapatkan segala-galanya, dan tidak berkesempatan untuk memperoleh kurniaan-kurniaan "terbaik" ini? Ini akan membawa kita agar mempercayai Solomo yang memohon hikmat Allah agar menjadi pemimpin baik dari umatNya, maka Allah turut mengurniakan kurniaan-kurniaan yang kita perlukan demi kebaikan gereja.

Setelah menyebutkan hal ini, masih perlu ditekankan bahawa kurniaan-kurniaan dibahagikan berdasarkan pilihan Allah, bukannya diri kita. Jika setiap orang di Korintus mengingini kurniaan tertentu, misalnya bernubuat, Allah tidak akan mengurniai setiap orang hanya disebabkan mereka sangat-sangat mengingininya. Mengapa? Mana wajar orang-orang lain yang dikehendaki dalam melayani peranan lain dalam tubuh Kristus?

Ada seperkata yang sangat jelas, perintah Allah merupakan anugerah kemampuan dari Allah. Jika Dia memerintahkan kita agar melakukan sesuatu (seperti bersumpah, mengasihi yang tidak wajar dikasihi, menjadikan semua bangsa anak Tuhan, dll) Dia akan menjadikan kita boleh melakukannya. Segelintir orang mungkin tidak memiliki "kurniaan" untuk menginjili orang lain, misalnya, tetapi Allah memerintahkan semua umat Kristian agar bersumpah dan memuridkan (Matius 28:18-20; Kisah 1:8). Kita semua diseru agar menginjili, baik yang memiliki kurniaan penginjilan ataupun tidak. Umat Kristian yang tekad mahu berusaha setelah mempelajari Firman Allah dan menyebarkan kebolehannya mengajar, akan menjadi guru yang lebih baik dari orang yang mempunyai kurnia mengajar tetapi mengabaikan kurniaan tersebut.

Rumusannya, adakah kurniaan rohani diberikan pada saat kita menerima Kristus, atau kita memperolehinya melalui hidup di samping Allah? Jawapannya kedua-duanya. Lazimnya kurniaan rohani diturunkan saat diselamatkan, tetapi boleh juga diturunkan melalui perkembangan rohani. Adakah keinginan hati anda boleh diperjuangkan dan dikembangkan menjadi kurniaan rohani? Mampukah anda mengejar kurniaan rohani tertentu? 1 Korintus 12:31 kelihatannya menunjukkan bahawa kemungkinan untuk "sebenar-benar menginginkan kurniaan terbaik." Anda boleh memohon kurniaan rohani tertentu dari Allah dan dengan cepat mendapatkannya melalui usaha-usaha dalam bidang tersebut. Pada masa yang sama, jika itu bukannya kehendak Allah, anda tidak boleh berkeras mendapatkannya sekalipun mengejarnya. Allah Maha bijaksana dan mengetahui kurniaan yang terbaik bagi anda dalam kerajaanNya.

Seberapa hebat sekalipun anda dalam kurniaan yang dimiliki, kita diseru agar menyebarkan bidang-bidang yang dicantumkan dalam daftar kurniaan rohani...memperlihatkan keramahtamahan, kemurahan, melayani satu sama lain, menyebarkan Injil, dll. Ketika kita giat melayaniNya demi kasih, demi membantu orang lain dalam kemuliaanNya, Dia akan memuliakan namaNya, membina gerejaNya dan memberi kita pahala (1 Korintus 3:5-8, 12:31-14:1).

Allah berjanji bahawa di saat kita menerima Dia sebagai kemakmuran kita, Dia akan mengabulkan keinginan jiwa kita (Mazmur 37:4-5). Termasuklah mempersiapkan diri untuk melayaniNya dengan cara yang memberi makna dan kepuasan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Bagaimanakah Tuhan membahagi-bahagikan kurniaan roh? Mungkinkah Tuhan mengurniakan saya kurniaan roh jika saya memohonnya?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries