settings icon
share icon
Soalan

Apakah penggantian bagi menebus dosa?

Jawapan


“Penggantian bagi menebus dosa” merujuk kepada fakta Yesus Kristus yang mati bagi pihak semua orang yang berdosa. Alkitab mengajar bahawa semua manusia berdosa (baca Roma 3:9-18 dan Roma 3:23). Hukuman bagi dosa kita ialah kematian. Roma 6:23 berkata, “Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Tuhan.”

Ayat-ayat ini mengajar kita beberapa perkara. Kita semua akan mati dan hidup kekal di neraka sebagai hukuman bagi dosa kita. Kematian dalam Alkitab merujuk kepada “perpisahan.” Semua orang pasti akan mati dan sesetengah orang akan hidup kekal bersama Tuhan di syurga manakala, yang lain akan hidup kekal di neraka. Kematian di sini merujuk kepada kehidupan di neraka. Walau bagaimanapun, perkara kedua yang diajar dalam ayat ini ialah hidup sejati dan kekal yang boleh didapati melalui Yesus Kristus. Inilah penggantian sebagai tebusan dosa.

Yesus Kristus mati bagi pihak kita semasa Dia disalib pada salib. Kita memang patut mati atas salib kerana kita yang hidup berdosa. Tetapi Kristus menerima hukuman bagi pihak kita. “Kristus tidak berdosa, tetapi demi kebaikan kita, Tuhan meletakkan dosa kita pada Dia. Dengan demikian kita berbaik semula dengan Tuhan apabila kita bersatu dengan Kritus” (2 Korintus 5:21). Dia mengambil tempat kita sebagai pengganti bagi hukuman yang sepatutnya kita terima.

“Kristus sendiri memikul dosa kita pada tubuh-Nya di kayu salib, supaya kita bebas daripada kuasa dosa, lalu hidup menurut kehendak Tuhan. Luka-luka Kristuslah yang menyembuhkan kamu” (1 Petrus 2:24). Sekali lagi, kita dapat melihat di sini bahawa Kristus memikul dosa kita pada tubuh-Nya bagi membayar hukuman kita. Kita juga akan membaca ayat-ayat seperti, “Hal itu demikian kerana Kristus sendiri mati sekali sahaja dan untuk selama-lamanya, supaya dosa kita diampunkan. Dia tidak bersalah tetapi mati untuk orang yang bersalah, supaya Dia boleh memimpin kamu kepada Tuhan. Dia dbunuh dalam keadaan jasmani, tetapi dihidupkan semula dalam keadaan rohani.” (1 Petrus 3:18). Ayat-ayat ini bukan sahaja mengajar kita bahawa Kristus ialah “pengganti” kita, tetapi juga “tebusan dosa”, bermakna Dia sudah memadai sebagai bayaran bagi dosa manusia.

Satu lagi perenggan yang menceritakan “pengganti bagi tebusan dosa” ialah Yesaya 53:5. Ayat ini bercerita tentang Kristus yang akan datang dan mati di atas salib bagi dosa kita; perenggan ini sangat terperinci dan penyaliban berlaku seperti yang diramalkan. Perhatikan perkataan-perkataan ini semasa kamu baca. “Tetapi Dia dilukai kerana dosa kita, dia diseksa kerana perbuatan jahat kita. Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya, kita disembuhkan kerana luka-lukanya.” Dapat dilihat di sini bahawa berlaku penggantian. Di sini, sekali lagi kita dapat melihat bahawa Kristus membayar hukuman dosa kita.

Kita tidak dapat membayar harga hukuman dosa kita. Jika kita berbuat demikian, kita akan dihukum dan dimasukkan ke neraka selama-lamanya. Tetapi Kristus mengambil initiatif untuk datang ke bumi dalam bentuk Anak Tuhan, Yesus Kristus, untuk membayar hukuman dosa kita. Kerana segala yang dilakukan-Nya bagi kita, sekarang kita mendapat peluang bukan sahaja untuk mendapat pengampunan dosa malah peluang untuk hidup sejati dan kekal bersama-Nya. Kita mesti mempunyai iman pada segala yang dilakukan oleh Kristus pada salib. Kita tidak dapat menyelamatkan diri sendiri; kita memerlukan pengganti untuk mengambil alih tempat kita.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah penggantian bagi menebus dosa?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries