settings icon
share icon
Soalan

Masihkah Tuhan memberikan penglihatan kepada umat-Nya pada hari ini? Haruskah orang percaya mengharapkan penglihatan untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Kristian mereka?

Jawapan


Dapatkah Allah memberikan penglihatan kepada orang-orang pada hari ini? Dapat! Adakah Tuhan memberikan penglihatan kepada orang-orang pada hari ini? Mungkin juga. Haruskah kita berharap penglihatan untuk menjadi pengalaman yang biasa? Tidak. Sebagaimana yang dicatat dalam Alkitab, Tuhan berkali-kali berbicara melalui penglihatan kepada hamba-hamba-Nya. Mereka adalah orang-orang seperti Yusuf, anak Yakub, Yusuf, suami Maria; Salomo; Yesaya, Yehezkiel, Daniel, Petrus dan Paulus. Nabi Yoel telah menubuatkan pencurahan penglihatan di akhir zaman dan ini diteguhkan oleh Rasul Petrus dalam Kisah 2. Penting untuk dicatat bahawa perbezaan di antara penglihatan dan mimpi adalah penglihatan diberikan sewaktu terjaga dan mimpi diberikan sewaktu seseorang sedang tidur.

Di banyak bahagian dunia, Allah nampaknya kerap menggunakan penglihatan dan mimpi. Di kawasan-kawasan di mana terdapat sedikit atau tidak ada mesej Injil dan orang tidak memiliki Alkitab, Allah membawa mesej-Nya kepada orang-orang di tempat itu secara langsung melalui mimpi dan penglihatan. Hal ini berjalan seiring dengan contoh-contoh penglihatan dalam Alkitab yang sering digunakan oleh Tuhan untuk mendedahkan kebenaran-Nya kepada orang-orang di awal sejarah kekristenan. Jika Allah ingin menyampaikan mesej-Nya kepada seseorang, Dia boleh menggunakan apapun cara yang Dia rasa perlu seperti seorang mubaligh, malaikat, penglihatan atau mimpi. Tentu saja, Tuhan juga mampu untuk memberikan penglihatan di tempat-tempat di mana mesej Injil sudah dapat didengar. Tidak ada batasan untuk apa yang Tuhan dapat lakukan.

Pada masa yang sama, kita harus berhati-hati terhadap penglihatan dan penafsirannya. Kita harus ingat bahawa Alkitab sudah selesai dan memberitahu segala yang kita perlu ketahui. Perkara kunci yang perlu dipegang adalah jika Allah memberi penglihatan, itu akan bersetuju sepenuhnya dengan apa yang telah dinyatakan dalam Firman-Nya. Penglihatan tidak boleh diberikan kuasa yang sama atau lebih besar daripada Firman Allah. Firman Allah adalah kuasa tertinggi untuk iman dan amalan Kristian kita. Jika anda yakin anda mempunyai penglihatan dan merasa bahawa Allah memberikannya kepada anda, berdoalah sambil menyemaknya dengan Firman Tuhan dan pastikan penglihatan itu bersesuaian dengan Firman Tuhan. Maka berfikir dan berdoa tentang apa yang Allah mahu anda lakukan sebagai tindakbalas terhadap penglihatan itu (Yakobus 1:5). Tuhan tidak akan memberikan penglihatan kepada seseorang dan menyembunyikan erti penglihatan tersebut. Dalam Firman Tuhan, setiap kali seseorang meminta daripada Tuhan erti sesuatu penglihatan, Tuhan mempastikan bahawa penglihatan itu dijelaskan kepada orang itu (Daniel 8:15-17).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Masihkah Tuhan memberikan penglihatan kepada umat-Nya pada hari ini? Haruskah orang percaya mengharapkan penglihatan untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman Kristian mereka?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries