Soalan
Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?
Jawapan
Pengikut-pengikut Kristian di negara yang mempunyai kebebasan beragama sukar untuk memahami kesusahan pengikut Kristus di negara lain yang tiada kebebasan beragama. Kitab Injil yang merupakan firman Tuhan, memberi kefahaman tentang cabaran hidup dan kesusahan sebegini, tidak mengira masa dan tempat. Yesus telah mengatakan bahawa mengikutinya ialah pengalaman yang mencabar. Sebenarnya, pilihan ini memerlukan kita mengorbankan segala yang kita ada. Pertama, kita perlu mengorbankan diri. Yesus memberitahu orang ramai yang mengikutinya, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku.” (Markus 8:34). Salib ialah alat menjatuhkan hukuman mati dan Yesus menjelaskan bahawa mengikutinya bermakna mati terhadap diri. Semua nafsu dan keghairahan dunia ini hendaklah disalib supaya kita boleh mendapat nyawa baru di dalam Yesus, kerana tiada orang yang dapat melayani dua orang tuan (Lukas 16:13). Tetapi nyawa baru adalah lebih bernilai daripada segala yang kita boleh perolehi daripada dunia ini.
Kedua, mengikut Yesus mungkin boleh merosakkan hubungan kamu dengan keluarga dan kawan. Yesus menjelaskan di Matius 10:32-39 bahawa dia datang ke dunia ini untuk memisahkan pengikut-pengikutnya daripada keluarga mereka, tetapi bagi mereka yang tidak dapat benci (kurang kasihi) keluarganya tidak layak menjadi pengikutnya. Jika kita menafikan Kristus untuk berbaik-baik dengan keluarga di dunia ini, Dia akan menafikan kita di syurga. Jika ini berlaku, maka kita tidak akan dapat masuk ke syurga. Tetapi jika kita mengakui Yesus di depan orang, tidak mengira apa harga yang perlu dibayar, Dia akan memberitahu Tuhan, “orang ini kepunyaan saya, terimanya masuk ke Dunia Tuhan.” Hidup kekal ialah “mutiara yang sangat bernilai” di Matius 13:44-45 iaitu semua benda kita boleh dilepaskan demi hidup kekal. Adalah tidak bijak jika kita berpegang kepada benda-benda yang tidak kekal di dunia ini dan lupakan hidup kekal di akhirat. . “Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?” (Markus 8:36). Seperti Jim Elliot, mubaligh yang dibunuh kerana membawa agama Kristian ke Huaorani Indian di Ekuador, berkata, “Orang itu adalah tidak bodoh jika dia memberi segala yang tidak boleh disimpan kekal untuk mendapat segala yang dia tidak mampu hilangkan.”
Yesus menjelaskan bahawa penyeksaan demi-Nya memang tidak boleh dielakkan. Dia menggalakkan kita agar menghadapi kesukaran ini dan tidak berputus asa semasa menghadapi kesusahan. Dia menganggap mereka yang diseksa kerana percaya kepada-Nya sebagai satu “restu” dan mengingatkan kita bahawa “Berbahagialah orang yang dianiaya disebabkan kebenaran, kerana mereka memiliki Kerajaan di Syurga.” Dia juga mengingatkan bahawa kita yang kepunyaannya akan selalu diseksa. Nabi-nabi di Perjanjian Lama juga diseksa, dicabul, dianiayai, dibunuh dan dipecah-belah!(Ibrani 11:37) Semua pengikut Yesus (kecuali Yohanes yang dihantar ke pulau Patmos) telah dibunuh kerana percaya kepada Yesus. Tradisi mengatakan bahawa Petrus disalib terbalik kerana dia merasakan dirinya tidak layak mati seperti Yesus. Dia menulis, “Berbahagialah kamu, jika kamu dihina kerana kamu pengikut Kristus, kerana Roh kemuliaan, iaitu Roh Tuhan ada padamu.” (1 Petrus 4:14). Paulus dipenjara, dipukul dan dibaling batu semasa berceramah mengenai Kristus, tetapi dia menganggap penyeksaan ini kecil jika dibandingkan dengan kemuliaan pada masa depan (Roma 8:18).
Walaupun harga menjadi pengikut Yesus tinggi, tetapi terdapat juga upah sekarang dan di dunia akan datang. Yesus berjanji akan selalu bersama kita, sehingga ke dunia kiamat (Matius 28:20); Dia tidak akan meninggalkan kita (Ibrani 13:5); dia faham kesakitan dan kesusahan kita kerana Dia sendiri telah menderita untuk kita (1 Petrus 2:21); Kasih-Nya tiada had, Dia tidak akan menguji kita di luar kebolehan kita menerima cabaran itu dan Dia akan selalu menyediakan jalan keluar (1 Korintus 10:13). Apabila kita menjadi orang yang pertama menerima Yesus dalam keluarga kita, kita menjadi ahli keluarga Tuhan yang pertama dan merupakan duta Tuhan kepada orang yang kita kasihi dan juga kepada seluruh dunia ini. Jika begitu, kita akan menjadi alat kepada Tuhan untuk menarik lebih ramai orang kepada Tuhan, memberi kita kegembiraan sebenar dan di luar daya pemikiran kita.
English
Jika saya menukar ke agama Kristian, keluarga saya tidak akan mengakui saya dan saya akan diseksa oleh adat resam. Apakah yang boleh saya lakukan?