settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang peperangan rohani?

Jawapan


Terdapat dua kesalahan utama bila bercakap tentang peperangan rohani — penekanan berlebihan dan kurangnya penekanan. Beberapa orang mempersalahkan roh-roh jahat untuk setiap dosa, konflik, masalah dan roh-roh jahat ini perlu diusir keluar. Orang lain pula sama sekali tidak menghirau tentang dunia roh dan kenyataan yang dikatakan Alkitab bahawa kita sedang berperang menentang kuasa-kuasa roh kegelapan. Kunci kepada peperangan rohani yang berhasil adalah mencari keseimbangan Alkitabiah. Yesus kadangkala mengusir roh-roh jahat keluar daripada orang dan pada masa lain Dia menyembuhkan penyakit tanpa menyebut kehadiran roh jahat. Rasul Paulus mengarahkan orang Kristian untuk berperang melawan dosa (Roma 6) dan berperang melawan si Jahat (Efesus 6:10-18).

Efesus 6:10-12 menyatakan, “Akhirnya, hendaklah kamu kuat di dalam Tuhan, di dalam kekuatan kuasa-Nya. Kenakanlah seluruh perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat Iblis; karena perjuangan kita bukanlah melawan darah dan daging, tetapi melawan pemerintah-pemerintah, melawan penguasa-penguasa, melawan penghulu-penghulu dunia yang gelap ini, melawan roh-roh jahat di udara.” Teks Firman Tuhan ini mengajar kebenaran yang sangat penting iaitu kita dapat menjadi kuat hanya dalam kuasa Tuhan. Perisai Tuhan melindungi kita dan peperangan kita adalah melawan kuasa-kuasa roh kegelapan yang ada dalam dunia.

Satu contoh yang sangat baik tentang kuat dalam kuasa Tuhan adalah Penghulu Malaikat, Mikhael dalam Yudas 9. Mikhael di antara yang paling berkuasa di antara kesemua malaikat-malaikat Tuhan tidak menghardik Iblis dalam kuasanya sendiri tetapi dia berkata "Kiranya Tuhan menghardik engkau!" Wahyu 12:7-8 merekodkan kemenangan Mikhael terhadap Iblis. Namun begitu, apabila berlawan dengan Iblis Mikhael menghardik Iblis dalam nama dan wibawa Tuhan dan bukannya dalam kekuatannya sendiri. Orang-orang Kristian hanya mempunyai wibawa terhadap Iblis melalui perhubungan yang telah dijalin dengan Tuhan Yesus Kristus dan hanya di dalam Nama-Nya hardikan kita mempunyai kuasa.

Efesus 6:13-18 memberi penjelasan tentang perlengkapan peperangan rohani yang Tuhan berikan kepada kita. Kita perlu berdiri teguh dengan berikatpinggangkan kebenaran, berbajuzirahkan keadilan, berkasutkan kasut kerelaan memberikatakan Injil damai sejahtera, perisai iman, topi keselamatan, pedang Roh, dan berdoa di dalam Roh. Apakah yang diwakili oleh setiap bahagian perlengkapan senjata Allah ini? Kita perlu bercakap benar melawan tipu daya Iblis. Kita perlu bertenang oleh kenyataan Allah tentang diri kita yang ‘telah diisytiharkan benar oleh korban Kristus’. Kita perlu memberitakan Injil tanpa menghirau banyaknya tentangan yang dihadapi. Kita tidak boleh menjadi lemah dalam iman walaupun diserang dengan kuat. Perlindungan kita yang terakhir adalah keyakinan terhadap keselamatan. Tidak ada kuasa roh jahat manapun yang dapat mengambil keyakinan ini daripada kita. Senjata kita untuk menyerang adalah Firman Tuhan, bukan dengan pendapat kita sendiri atau perasaan kita. Kita perlu mencontohi Yesus dalam mengenalpasti beberapa peperangan rohani hanya dapat dimenangi dengan doa.

Yesus adalah contoh terunggul dalam peperangan rohani. Perhatikan bagaimana Yesus menangani serangan-serangan Iblis sewaktu digoda di padang gurun (Matius 4:1-11). Setiap pencobaan di hadapi dan dibalas dengan cara yang sama — iaitu dengan berkata “Ada tertulis.” Yesus tahu Firman Allah yang hidup merupakan senjata yang paling berkuasa terhadap pencobaan Iblis. Sekiranya Yesus sendiri menggunakan Firman untuk menyerang balas, beranikah kita menggunakan sesuatu yang kurang daripada Firman Tuhan?

Contoh untuk dielakkan dalam peperangan rohani adalah contoh anak-anak Skewa. “Juga beberapa tukang jampi Yahudi, yang berjalan keliling di negeri itu, mencoba menyebut nama Tuhan Yesus atas mereka yang kerasukan roh jahat dengan berseru, katanya: "Aku menyumpahi kamu demi nama Yesus yang diberitakan oleh Paulus." Mereka yang melakukan hal itu ialah tujuh orang anak dari seorang imam kepala Yahudi yang bernama Skewa.Tetapi roh jahat itu menjawab: "Yesus aku kenal, dan Paulus aku ketahui, tetapi kamu, siapakah kamu?" Dan orang yang dirasuk roh jahat itu menerpa mereka dan menggagahi mereka semua dan mengalahkannya, sehingga mereka lari dari rumah orang itu dengan telanjang dan luka-luka (Kisah 19:13-16). Tujuh orang anak-anak Skewa menggunakan nama Yesus. Itu tidak mencukupi. Anak-anak Skewa tidak mempunyai perhubungan dengan Yesus, oleh sebab itu perkataan mereka tidak mempunyai kuasa dan wibawa sedikitpun. Anak-anak Skewa bergantung kepada kaedah-kaedah. Mereka tidak bergantung kepada Yesus sebagai Penyelamat mereka dan mereka juga tidak menggunakan Firman Tuhan dalam peperangan rohani mereka. Akibatnya mereka telah mengalami kekalahan yang sangat memalukan. Marilah belajar daripada contoh ini dan melakukan peperangan rohani sebagaimana yang diajarkan dalam Alkitab.

Sebagai kesimpulan, apakah kunci kepada kejayaan dalam peperangan rohani? Pertama, kita bergantung kepada kuasa Tuhan dan bukan pada kuasa kita sendiri. Kedua, kita menghardik dalam nama Yesus, bukan dalam nama sendiri. Ketiga,kita melindungi diri kita dengan seluruh perlengkapan senjata Allah. Keempat, kita maju berperang dengan pedang Roh—iaitu Firman Tuhan. Akhir sekali kita menyedari bukan semua dosa dan masalah merupakan perbuatan roh jahat yang perlu dihardik.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang peperangan rohani?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries