settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perancang keluarga? Haruskah orang Kristian mengamal perancang keluarga?

Jawapan


Manusia diperintahkan Tuhan supaya “berkembang biak dan bertambah banyak” (Kejadian 1:28). Perkahwinan telah ditentukan Tuhan sebagai suasana stabil untuk menghasil dan membesarkan anak-anak. Malangnya sekarang ini kanak-kanak sering dipandang sebagai gangguan dan beban. Mereka menjadi penghalang kepada laluan kerjaya dan sasaran kewangan dan menjadi perosak gaya hidup kepada banyak orang secara sosial. Penggunaan perancang keluarga seringkali berpusatkan kepada sifat mementingkan diri yang seperti itu.

Berlawanan dengan sifat penting diri di sebalik beberapa penggunaan perancang keluarga, Alkitab mengatakan bahawa anak-anak merupakan pemberian daripada Tuhan (Kejadian 4:1; Kejadian 33:5). Anak-anak adalah milik pusaka daripada Tuhan (Mazmur 127:3-5). Anak-anak adalah berkat daripada Tuhan (Lukas 1:42). Anak-anak adalah mahkota kepada orang-orang tua (Amsal 17:6). Tuhan memberkati perempuan-perempuan mandul dengan anak-anak (Mazmur 113:9; Kejadian 21:1-3; 25:21-22; 30:1-2; 1 Samuel 1:6-8; Lukas 1:7, 24-25). Tuhan membentuk anak-anak dalam kandungan (Mazmur 139:13-16). Tuhan mengenal anak-anak sebelum mereka dilahirkan (Yeremia 1:5; Galatia 1:15).

Ayat Firman yang terdekat untuk mengatakan Tuhan mengecam perancang keluarga terdapat dalam Kejadian 38 iaitu peristiwa tentang anak-anak lelaki Yehuda Er dan Onan. Er telah mengahwini seorang perempuan bernama Tamar, tetapi Tuhan telah membunuhnya sebab ia terlalu jahat dan meninggalkan Tamar tanpa suami ataupun anak-anak. Tamar kemudian dikahwinkan kepada saudara lelaki Er yang bernama Onan menurut peraturan orang Lewi yang terdapat dalam Ulangan 25:5-6. Onan tidak mahu membahagikan hartanya dengan mana-mana anak yang akan dihasilkan bagi pihak saudara lelakinya, oleh itu dia telah menggunakan kaedah perancang keluarga yang tertua iaitu dengan mencabut keluar. Kejadian 38:10 says, “Tetapi yang dilakukannya itu adalah jahat di mata TUHAN, maka TUHAN membunuh dia juga.” Onan telah didorong oleh sikap mementingkan diri: dia menggunakan Tamar untuk nikmat peribadinya, tetapi enggan melaksanakan tanggungjawab dalam memberikan keturunan kepada saudara lelakinya yang telah meninggal dunia. Ayat ini sering digunakan sebagai bukti untuk mengatakan Tuhan tidak bersetuju dengan penggunaan perancang keluarga. Bagaimanapun Tuhan telah membunuh Onan bukan disebabkan oleh tindakannya mengelak kehamilan melainkan oleh sikap dan dorongan mementingkan diri sendiri di sebalik tindakannya itu.

Sangat penting untuk memandang anak-anak kita sebagaimana Tuhan memandang mereka, bukan dengan cara yang dikatakan dunia kepada kita. Dalam berkata demikian, Alkitab tidak mencegah perancang keluarga. Definisi perancang keluarga adalah berlawanan dengan penghamilan. Samada betul atau salah bukan ditentukan oleh tindakan menghalang kehamilan itu. Kita dapat belajar daripada peristiwa Onan bahawa sikap di sebalik menghalang kehamilan itulah yang akan menentukan samada benar atau salah. Sekiranya sepasang suami isteri menghalang kehamilan supaya mereka akan mempunyai lebih banyak wang untuk diri mereka sendiri maka tindakan itu adalah salah. Sekiranya sepasang suami isteri mengamalkan perancang keluarga untuk melambatkan kedatangan anak-anak untuk sementara waktu sehingga mereka menjadi lebih matang dan lebih bersedia secara kewangan dan rohani maka perancang keluarga dapat digunakan untuk seketika waktu. Semuanya berbalik kepada apa yang mendorong kepada tindakan kita.

Alkitab sentiasa berkata mempunyai anak-anak sebagai sesuatu yang baik. Alkitab “menjangka” suami dan isteri akan mempunyai anak-anak. Ketidakmampuan mendapatkan anak-anak dikatakan sebagai suatu perkara yang kurang baik dalam Alkitab. Tidak ada seorang pun dalam Alkitab pernah berkata tidak inginkan anak-anak. Pada masa yang sama kita tidak dapat membahas berdasarkan Alkita dengan jelas bahawa adalah menjadi suatu kesalahan untuk mengamalkan perancang keluarga. Semua pasangan yang telah berkahwin harus mencari kehendak Tuhan berhubung bila mereka perlu mencuba untuk mendapatkan anak-anak dan berapa ramai yang mereka inginkan.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang perancang keluarga? Haruskah orang Kristian mengamal perancang keluarga?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries