Soalan
Bahagian yang mana satukah dalam Perjanjian Lama menyebutkan tentang Kristus?
Jawapan
Terdapat banyak ramalan Perjanjian Lama tentang Yesus Kristus. Beberapa penafsir menyatakan ramalan Mesianis itu sejumlah ratusan. Berikut adalah ramalan yang paling jelas dan penting. Tentang kelahiran Yesus: Yesaya 7:14,”Baiklah, Tuhan sendiri akan memberi tanda pada tuanku:seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakannya ‘Imanuel’. Yesaya 9:6, Disebabkan seorang anak telah dilahirkan untuk kita, seorang putera dilahirkan untuk kita, lambang pemerintahan terdapat di bahunya, namanya akan disebut-sebut orang: Penasihat yang Bijaksana, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai”. Mikha 5, “Hai Betlehemv Efrata, engkaulah salah satu kota terkecil di negeri Yahuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa,asal-usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.
Tentang pelayanan dan kematian Yesus: Zakharia 9:9, Bersukacitalah penduduk Sion, bersorak sorailah penduduk Yerusalem. Lihatlah raja kamu datang! Dia datang dengan kemegahan dan kemenangan tetapi dengan kerendahan hati, dia datang dengan menunggang anak keldai yang muda.” Mazmur 22:16-18, Sekumpulan orang jahat mengerumuni aku seperti anjing, menyiat kulitku, menusuk tangan kakiku, menghitung tulang-temulangku, serta membuang undi dengan menggunakan jubahku.
Berkemungkinan ramalan paling jelas tentang Yesus, dan sudah tentulah yang paling panjang, dari pasal 53 dari kitab Yesaya. Yesaya 53:3-7, “Dia dihina, ditolak, insan yang penuh kesengsaraan dan sanggup menanggung derita kesakitan; Dia sangat-sangat dihina, sehingga orang ramai tidak ingin memandangnya dan tidak mempedulikannya. Tetapi sesungguhnya, penyakit kitalah yang ditanggungnya, dan kesengsaraan kita yang dibahunya, padahal kita menganggap dia dihukum, dipukul dan ditindas Allah. Namun dia terluka akibat kemungkaran kita, dia diremuk-redamkan akibat kejahatan kita; ganjaran keselamatan bagi kita diletakkan di bahunya, dan luka-lukanya menyembuhkan kita. Dahulu kita sesat umpama domba, masing-masing dengan jalannya sendiri, tetapi TUHAN telah meletakkan kejahatan kita di atasnya, lantas dia dianiaya, tetapi membiarkan dirinya tertindas, malah tidak membuka mulut seperti anak domba yang dibawa ke tempat penyembelihan; ibarat ibu domba yang kelu lidahnya di hadapan orang yang menyukur bulunya, ia berdiam diri sahaja.
Ramalan “ke tujuh puluh tujuh” menerusi Daniel pasal 9 meramalkan tarikh yang sama ketika Yesus, si Mesiah akan “disingkirkan.” Yesaya 50:6 secara tepatnya menggambarkan siksaan yang dialami oleh Yesus. Zakharia 12:10 meramalkan “ditikamnya” Mesiah, berlaku setelah Yesus meninggal dunia di atas salib. Masih terdapat banyak contoh diutarakan, namun yang ada sudah memadai. Perjanjian lama dengan jelasnya meramalkan kedatangan Yesus sebagai Mesiah.
English
Bahagian yang mana satukah dalam Perjanjian Lama menyebutkan tentang Kristus?